06

24 13 34
                                    

KERETA yang dipandu oleh Seungmin, bergerak ke bawah sedikit, memberi ruangan untuk pancuan empat roda berjenama BMW melalui jalan sempit ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA yang dipandu oleh Seungmin, bergerak ke bawah sedikit, memberi ruangan untuk pancuan empat roda berjenama BMW melalui jalan sempit ini. Sempat lagi pemandu kereta mewah itu membunyikan hon sebagai tanda ucapan terima kasih kerana kedua-dua tinted kereta ini gelap sehingga tidak dapat melihat pemandu yang berada di dalam kenderaan tersebut. Seungmin memandang kelibat kenderaan itu melalui cermin sisinya. Entah mengapa seperti dia pernah melihat sahaja kereta ini berdasarkan nombor plat yang tertera pada kenderaan itu. Mungkin pemilik kereta ini pernah menjadi mangsa langgarnya suatu ketika dulu.

Seungmin mengeleng kecil, dia segera memandu semula keretanya menuju ke Rumah Kebajikan Edelwiess. Dia sudah berjanji dengan Emma untuk membawanya keluar pergi ke bandar. Setelah tiba di destinasi, Seungmin segera melangkah keluar dari perut kereta. Hari ini dia hanya mengenakan sehelai kameja hitam bersama dengan seluar jeans yang terkoyak di bahagian lutut. Loceng utama rumah kebajikan itu di tekan sebelum pintu pagar utama terbuka secara automatik. Dari jauh terlihat kelibat Madam Rosellie berjalan mendekatinya. Tidak lengkang senyuman pada bibir wanita tua itu.

"Seungmin...kamu datang nak jumpa Emma ke?" Soal Madam Rosellie.

"Yup. Saya nak bawak Emma keluar kejap. Ada lagi beberapa hal yang kitaorang tak habis settlekan, boleh ke?" Soal Seungmin, meminta keizinan kepada Madam Rosellie untuk membawa Emma keluar.

"Boleh je. Kejap saya panggilkan Emma, dia tu kalau bersiap memang lama." Tutur Madam Rosellie sebelum melangkah masuk semula ke dalam.

Emma menatap lama dirinya di hadapan cermin. Hari ini dia hanya mengenakan sehelai baju sweatshirt bercorak bunga-bunga berwarna merah jambu, di padankan pula dengan seluar slack berwarna hitam. Rambutnya di biar lepas manakala wajahnya bersih tanpa sebarang make-up membiarkan ia kelihatan lebih fresh.

"Emma! Apa lagi yang kamu menungkan tu? Seungmin dah lama tunggu kamu dekat depan," tegur Madam Rosellie.

"Kejap Madam, Emma nak keluarlah ni." Jawab Emma sambil mencapai beg sandangnya, sempat lagi dia menyemburkan beberapa wangian pada tubuhnya.

Setelah 10 minit berlalu, akhirnya kelibat Emma muncul jua di hadapan Seungmin. Dari atas sampai bawah lelaki itu larik memerhatikan, mungkin pemakaian Emma pada hari ini kelihatan berbeza sedikit berbanding sebelum-sebelum ini.

"Lama awak tenung saya, nampak pelik ke?" Soal Emma sambil memperbetulkan bajunya.

"Cantik. Tak lapuk macam selalu. Kau search dekat pinterest eh?" Sengaja sahaja Seungmin mengusik.

"Isy! Awak ni merepek lah, Dah jom cepat nanti hari dah lewat susah pulak awak nak balik ke bandar nanti." Jawab Emma. Seungmin hanya menuruti, kedua mereka berjalan menuju ke kereta milik Seungmin, sempat lagi lelaki itu membuka pintu untuk Emma.

"Kami pergi dulu ya Madam." Ujar Emma sebelum meloloskan diri ke dalam kereta.



































Reminisensi [Oh Seungmin]Where stories live. Discover now