SEUNGMIN membuka kedua belah kelopak matanya tatkala ada beberapa semburan cecair mengena tepat pada wajahnya. Entah macam mana dia boleh termimpikan Emma pula malam tadi. Walhal baru beberapa hari mereka tidak bersua muka, takkan rindu pula? Seungmin bangkit dari pembaringan sebelum mengosok perlahan matanya yang di penuhi dengan tahi mata. Kini ,dengan jelas dia dapat melihat susuk tubuh Jungsu yang mengenakan sehelai apron berwarna merah jambu sedang bercekak pinggang di hadapannya.
"Bangunlah wahai saudara, hari ni kau tak kerja ke? Dah pukul 10." Seperti typikal mak-mak asian yang sering mengejutkan anak-anak pula Jungsu ini. Walhal dia tahu jarum jam masih belum bergenjak ke pukul sepuluh pagi lagi.
"Hari ni Sabtu, aku pergi butik lambat sikit," jawab Seungmin. Jungsu sekadar mengeleng kecil.
"Kau tahu tak majlis Jiseok malam ni batal? Haera keguguran," balas Jungsu, inilah tujuan utamanya bertandang ke bilik lelaki ini.
Seungmin termenung sejenak.
"Haera gugur? Macam mana dia boleh gugur?" Kini Seungmin pula yang mengajukan soalan. Wajahnya kelihatan risau.
"Tu aku tak tahu, aku ingat nak datang jenguk. Kesian pula dengar, kau nak ikut sekali?" Tanyanya lagi sambil mempamerkan riak wajah sayu.
Seungmin lantas mengeleng, "aku ada hal dengan someone, korang boleh gerak dulu." Balasnya lagi.
"Someone..." Jungsu mengangkat kedua belah keningnya kemudian dia tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
"Just friend," balas Seungmin acuh tak acuh. Dia tidak mahu lelaki persis wajah comel ini terus menerus berfikir lain.
"Ceh! Kawan konon, tapi baguslah kalau kau dah boleh move on secepat ni, kalau aku, mungkin sampai sekarang menangis tak berlagu kot."
Seungmin menarik satu senyuman. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia boleh berasa selesa bersama dengan Emma. Mungkin gadis ini memiliki keunikannya tersendiri ataupun memang benar dia ialah Emma yang selama ini dia tunggu. Tapi mana mungkin orang yang sudah mati, hidup semula kan?
"Aku nak bersiap pergi butik ni, apa-apa roger," pesan Seungmin sebelum mencapai sehelai tuala lalu menderap langkahnya menuju ke bilik air.
Seungmin termenung sejenak di hadapan cermin, perlahan-lahan dia memulas kepala paip shower, sebelum setitik demi setitik air jernih mengalir ke seluruh tubuhnya. Dia memejamkan kedua kelopak matanya cuba mengimbasi beberapa memori lampau yang kerap bermain di dalam kotak fikiran semenjak pertemuannya bersama dengan Emma.
"Mama! Kenapa majlis hari jadi Seumi kena sambut dekat rumah kebajikan?" Rungut seorang remaja lelaki dalam linkungan umur 15 tahun. Dia merengus kecil sebelum menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada. Riak wajahnya jelas kelihatan seperti tidak berpuas hati.
YOU ARE READING
Reminisensi [Oh Seungmin]
Fanfic[Edisi Xdinary Heroes 0.2] "Mari kita ucapkan selamat tinggal terakhir kita" Start: 22/10/2024 End: