07

22 13 49
                                    

PINTU utama butik di tolak perlahan oleh Seungmin, dari luar kawasan dia sudah dapat melihat beberapa orang pelanggan yang bertandang ke butiknya sedang memilih baju serta di layan mesra oleh para pekerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU utama butik di tolak perlahan oleh Seungmin, dari luar kawasan dia sudah dapat melihat beberapa orang pelanggan yang bertandang ke butiknya sedang memilih baju serta di layan mesra oleh para pekerjanya. Kebanyakkan pelanggan yang datang ke butik ini selalunya golongan muda, kalau yang veteran mereka akan membuat temu janji khas bersamanya untuk menempah baju. Pasaran jenama Odes Fashion & Style lebih terarah ke golongan generasi Z  sebenarnya.

"Sullyoon, mana Datin Minatozaki Sana?" Sergah Seungmin secara tiba-tiba, terhinjut kedua belah bahu Sullyoon tatkala disapa sebegitu.

"Dia ada dekat dalam office room Encik," jawab Sullyoon sambil mengalihkan pandangannya tepat pada Seungmin, terlihat lelaki itu datang bersama dengan seorang perempuan.

"Dah lama dia datang?" Tanyanya lagi sambil meletakkan bag sandang yang dibawanya ke atas sebuah kerusi yang berada berhampiran di kaunter butik.

"Baru je. Lebih kurang 10 minit dia ada dekat sini." Sullyoon memutarkan bebola biji matanya.

"Emma...kau duduk sini dulu lah, aku nak ke office. Ada discuss sikit dengan pelanggan." Seungmin menatap lama wajah Emma. Terlihat gadis itu sedang larik memerhatikan segenap ruangan butik milik Seungmin. Mungkin dia terpegun melihat kawasan sekeliling.

"Okay." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Emma, sebelum gadis itu berjalan sambil membelek pakaian yang tergantung kemas di dalam rak.

Seungmin pula lantas mencapai beberapa helai kertas yang berada di atas kaunter sebelum mengorak langkah menuju ke office room yang berada di blok sebelah.

"Sullyoon, perempuan yang dengan Encik Seungmin tu tadi siapa? Pengganti baru ke?" Soal Jiwoo merangkap salah seorang pekerja di dalam butik ini.

Sullyoon mengangkat kedua-dua belah bahunya ke atas sebagai tanda tidak tahu. Apa Jiwoo ingat dia ada masa ke untuk bertanya kepada majikannya itu siapa perempuan yang dibawa bersamanya.

"Mana lah aku tahu Jiwoo, takde pula aku nak tanya dekat dia. Nanti dia cop aku makcik bawang." Balas Sullyoon, tangannya lantas mencapai iron wap. Ada beberapa helai baju yang perlu digosok kerana ia kelihatan berkedut. Ini kalau Seungmin lihat, mahu lelaki itu membebel tujuh hari, tujuh malam.

"Dia kan baru break dengan Haera. Tak kan dah jumpa yang lain. Pantas." Sampuk Kyujin yang sedang mengira duit di kaunter pembayaran. Sempat lagi dia mengangkat thumbs up.

"Encik Seungmin tu kaya. Petik jari je mesti ada perempuan nak dekat dia." Balas Jiwoo. Masih tidak henti mereka berbual mengenai Seungmin.

Reminisensi [Oh Seungmin]Where stories live. Discover now