08

27 13 54
                                    

PINTU utama kereta ditutup dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU utama kereta ditutup dengan perlahan. Seungmin merengus kecil sebelum merenung segenap ruangan kawasan lot parking yang di khaskan untuk penghuni di sini. Langkah di atur menuju ke lif, namun tiba-tiba dia berhenti tatkala matanya tidak sengaja tertumpu ke arah sebuah kereta pancuan empat roda berjenama BMW yang terparking selang satu dari kenderaannya. Seungmin meneliti kereta mewah tersebut serta membaca nombor plat yang tertera di atasnya.

"Macam kereta yang berselisih dengan aku hari tu, tapi siapa punya eh?" Bisik Seungmin sambil mengaru pipinya. Mengapa memorinya langsung tidak mengingati apa-apa kejadian yang terjadi terhadapnya bersama dengan pemilik kereta ini.

Tanpa melengahkan masa, kaki dihayun menuju ke lif, jikalau dia terus tercegat di hadapan kereta mewah ini, rasanya sehingga ke pagi esok dia tidak akan pulang ke rumah. Punat butang ke tingkat atas ditekan sebelum kedua-dua belah pintu lif terbuka luas lalu dia melangkah masuk ke dalam. Tidak sampai beberapa minit menunggu akhirnya dia berjaya dibawa ke tingkat 10. Tatkala pintu lif terbuka, Seungmin mengatur semula langkahnya menuju ke sebuah rumah yang tertera dengan nombor 50. Dia mengeluarkan sekeping kad dari dalam kocek seluar sebelum menyentuh kad tersebut di atas tombol pintu.

"Klak!" Automatik pintu utama terbuka dengan sendiri. Seungmin menanggalkan kedua belah kasut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam.

"Baru balik? Kau pergi mana?" Sapa Junhan tatkala melihat kemunculan Seungmin di muka pintu. Lelaki itu hanya menghadiahkan sekuntum senyuman.

"Biasalah, banyak kerja dekat butik dengan event yang akan datangnya lagi." Balas Seungmin sebelum menghempaskan tubuhnya di atas sebuah sofa.

"Betul buzy ke atau pura-pura buzy?" Usik Jooyeon pula, terlihat lelaki itu sedang mengunyah kacang sambil menonton movie Sheriff yang tertayang di television.

"Betul lah aku buzy. Kau apa tahu? Dah tepi sikit, aku nak baring." Balas Seungmin lantas menolak tubuh Jooyeon sehingga lelaki itu jatuh terduduk di atas lantai, mujurlah Jooyeon beralah dan membiarkan sahaja Seungmin berbaring di atas sofa.

"Kurang asam!" Herdik Jooyeon sebelum menyambung semula aktiviti menonton movienya yang tertangguh sebentar tadi.

"Joo...kau beli kereta baru ke?" Sapa Gunil yang ketika itu baru muncul di hadapan pintu utama, nampaknya lelaki ini baru pulang dari bengkel miliknya.

Seungmin kembali menumpukkan perhatian ke arah Jooyeon, ternanti-nanti jikalau kereta berjenama BMW yang pernah berselisih bersamanya tempoh hari memang benar milik lelaki berambut panjang ini. Jikalau benar, lelaki ini buat apa pergi ke Rumah Kebajikan Edelwiess?

"Yes, kereta BMW yang ada dekat lot kawasan parking tu aku punya. Secondhand je aku beli." Jawab Jooyeon. Rasanya dia pernah mengepost beberapa keping gambar keretanya itu di dalam aplikasi Instagram dan rakan-rakannya juga ada melihat posting tersebut.

Reminisensi [Oh Seungmin]Where stories live. Discover now