03

27 15 21
                                    

EMMA membelek lengannya yang sudah berbalut kemas dengan kain bandage

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EMMA membelek lengannya yang sudah berbalut kemas dengan kain bandage. Sesekali dia menjeling sekilas ke arah sebelahnya. melihat, Seungmin yang sedang duduk termenung di tempat duduk pemandu. Sepanjang perjalanan mereka berdua ke klinik yang beroperasi 24 jam tadi, lelaki ini langsung tidak membuka sebarang bicara. Wajahnya juga kelihatan kusut. Emma mula terlebih berfikir, adakah dirinya telah menyusahkan lelaki ini?

"Rumah kau dekat mana?" Soal Seungmin sehingga menyebabkan lamunan Emma terhenti.

"Rumah saya dekat Kampung Kota Seroja. Saya duduk dekat Rumah Kebajikan Edelwiess." Balas Emma, nantaklah jikalau lelaki ini mahu mengata dirinya sebagai anak pungut sekali pun.

"Kau tak ada rumah?" Emma lantas mengeleng, sudah hampir 10 tahun dia menginap di rumah kebajikan itu.

"Mama dengan papa saya dah lama meninggal dunia, sejak umur saya 10 tahun. Kemalangan jalan raya." Emma mula membuka ceritanya. Seungmin terdiam untuk seketika.

Enjin kereta di hidupkan, sebelum pancuan empat roda itu memulakan perjalanan untuk ke Kampung Kota Seroja yang mengambil masa setengah jam dari bandar. Jalan di kampung ini kebanyakkannya kecil dan sempit, sekelilingnya pula di penuhi dengan hutan rimba. Lampu jalan langsung tidak kelihatan sepanjang perjalanan.

"Dalam juga rumah kebajikan ni, hari-hari ke kau pergi turun pekan dalam keadaan macam ni?" Tanya Seungmin, sebenarnya dia cuba untuk membuka biacara bersama gadis ini. Tidak mahu membiarkan suasana di dalam keretanya sunyi sepi.


"Saya selalu keluar pagi, tak pun petang, kalau nak balik tu mesti sebelum pukul 7 dah bertolak dari pekan. Tapi tu lah tadi vespa saya tiga kali dia buat hal." Tambah Emma.

Seungmin mengeleng kecil. Nasib baiklah dia tidak duduk di kawasan kampung ini. Bayangkan mahu keluar untuk ke pekan sahaja perlu mengharungi jalan yang serupa berada di dalam hutan Amazon.

Dari jauh, sebuah rumah banglo yang tersergam indah mula kelihatan. Terdapat banyak lampu-lampu yang menerangi setiap kawasan. Reka bentuk rumah itu tidak ubah seperti istana, pasti ruangan di dalam rumah ini besar dan mempunyai berpuluh bilik. Cantik, sudahlah terletak betul-betul di tengah dan di kelilingi dengan tumbuhan hijau.

"Inilah Rumah Kebajikan Edelwiess." Ujar Emma sehingga menyebabkan mulut Seungmin ternganga luas. Dia sangka rumah kebajikan ini buruk dan kecil namun tanggapan silap, rumah kebajikan ini lebih besar dari rumah yang sedang di huninya.

"Sumpah! Besar gila!" Puji Seungmin sambil tidak henti meneliti kawasan sekeliling. Tidak berkedip matanya.

Enjin kereta dimatikan, sebelum kedua mereka keluar dari perut kereta. Dari luar sudah ada dua orang pengawal keselamatan yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar utama.

Reminisensi [Oh Seungmin]Where stories live. Discover now