09

18 12 17
                                    

TELEFON pejabat milik Odes Fashion & Style berdering, menandakan ada pemanggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TELEFON pejabat milik Odes Fashion & Style berdering, menandakan ada pemanggil. Seungmin yang sedang larik melihat skrin komputer riba segera mencapai telefon tersebut untuk mengangkat panggilan. Ditekupnya peranti itu ke arah telinganya.

"He-hello siapa di sana?" Soal si pemanggil, tergagap-gagap dia mengaturkan bicaranya.

"Hello saya Oh Seungmin, pemilik butik Odes Fashion & Style, ada apa-apa yang kami boleh bantu?" Sahut Seungmin. Suara pemanggil itu seperti pernah di dengarinya. Namun ingatannya samar-samar.

"Ni saya Wonpil, pembantu peribadi Tuan Seunghun," jawab lelaki yang mengelarkan dirinya sebagai Wonpil.

Seungmin merengus kecil, baru sahaja dia ingin meletakkan panggilan telefon. Wonpil terlebih dahulu menghalang.

"Jangan letak, ada perkara penting yang saya nak sampaikan. Tuan Seunghun sekarang ni tengah sakit teruk. Baliklah Seungmin." Pujuk Wonpil. Lembut sahaja nada suaranya.

Seungmin tergamam. Mulutnya seolah-olah terkunci apabila mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Wonpil. Nafasnya turun naik menahan risau. Setelah sekian lama dia tidak bersua muka bersama dengan lelaki tua itu akhirnya, hari ini dia mendapat satu berita yang mengatakan ayahnya sedang sakit teruk.

"Pa—pa sakit apa?" Soal Seungmin. Terasa sudah lama dia tidak menyebut atau memanggil lelaki tua itu dengan gelaran papa.

"Tuan Seunghun terkena serangan strok beberapa hari lepas, dia dah tak dapat jalan buat masa sekarang ni. Seungmin balik lah, hari-hari Tuan Seunghun cakap dia rindu kamu." Pujuk Wonpil lagi.

"Tengok lah dulu macam mana, sejak kebelakamgan ni saya sibuk bang." Jawab Seungmin. Kedengaran bunyi keluhan kecil di lepaskan oleh Wonpil.

"Takkan dia dah jadi jenazah, baru kamu nak balik?" Oktaf nada suara Wonpil kedengaran tinggi, dia tahu Seungmin bukan lah sejenis manusia yang terlalu keras kepala.

"Fine! Hari ahad nanti saya balik." Laju sahaja Seungmin meletakkan panggilan sebelum menyandarkan dirinya pada kerusi. Rambutnya diramas beberapa kali, makin bertambah serabut fikirannya.

"Tok tok tok!" Termati terus lamunan Seungmin tatkala pintu utama office nya di ketuk beberapa kali oleh seseorang.

"Masuk! pintu tak berkunci," arah Seungmin. Sebelum susuk tubuh Sullyoon terlihat sedang mengorak langkah menuju ke mejanya. Wajah gadis itu kelihatan gelisah, seperti ada perkara buruk yang mahu di sampaikan nya.

"Encik Seungmin!" Sergah Sullyoon dengan penuh cemas. Seungmin pula terpinga-pinga, hairan melihat tingkah laku gadis ini sebenarnya.

Reminisensi [Oh Seungmin]Where stories live. Discover now