PAGI yang cukup tenang, di temani dengan sinaran cahaya matahari serta kicauan burung yang keriangan. Di sebuah bilik yang gelap tanpa sebarang cahaya, Seungmin masih lagi berbaring di atas katil yang empuk. Entah sudah hari ke berapa dia mengunci dirinya di dalam bilik ini. Matanya sebam dan membengkak tidak lupa juga terdapat lingkaran gelap di bawah. Rambutnya serabai seperti tidak basuh selama berbulan-bulan.Ketukan bertalu-talu di pintu utama biliknya, membuatkan Seungmin tersedar dari dunia mimpinya. Lambat-lambat dia bangun dari pembaringan walaupun pintu itu seperti mahu roboh sahaja.
"Bangun lah anak haram, kalau kau menangis keluar air mata darah sekalipun, Haera tetap dah sah jadi milik Jiseok." Bebel Jooyeon sambil tidak henti mengetuk pintu bilik Seungmin.
"Pergilah! Aku tak nak kena ganggu." Halau Seungmin dia kembali berbaring kemudian menarik selimut lalu menutup seluruh tubuhnya. Tidak ubah seperti jenazah.
"Seungmin! Takkan lah sebab seorang perempuan kau tiba-tiba jadi selemah ni." Tidak henti Jooyeon cuba memujuk dirinya. Namun hampa Seungmin langsung tidak memberi sebarang respon.
"Oh Seungmin!" Panggil Jooyeon, oktaf nada suaranya kedengaran tinggi, mungkin lelaki ini sudah hilang sabar melayan karenah mengada-ngada rakannya ini.
"Isy! Kau ni sumpah memekak, dah serupa macam mak aku." Sempat lagi Seungmin mengutuk sebelum mengorak langkah menuju ke pintu utama. Pintu tersebut di tarik, maka terpampanglah wajah kusut masai Seungmin tepat di hadapan mata Jooyeon.
"Seriously? Serabai siak kau, dengan muka berkumis rambut serupa orang tak mandi." Sekali lagi Jooyeon menghemburkan bebelannya. Seungmin sekadar acuh tak acuh sahaja mendengarnya.
Jooyeon mengeleng kecil, sebelum mengutip beberapa helai pakaian Seungmin yang berteraburan di atas lantai, kemudian, dia menyingkap langsir tebal yang terpasang pada jendela memberi ruangan untuk udara masuk.
"Sampai bila kau nak macam ni? Majlis diaorang dah seminggu berlalu. Diaorang pun tengah berseronok honeymoon dekat Thailand. Sementara kau menangis macam orang bodoh." Tambah Jooyeon lagi, walaupun kata-kata lelaki berambut panjang ini perit namun apa yang terhembur keluar dari mulutnya benar. Mengapa dia perlu menangis sedangkan mereka boleh berbahagia tanpa memikirkan perasaannya.
"Aku bukannya apa, aku cuma terkilan. Kenapa tiba-tiba dia kahwin dengan Jiseok, tak ada ribut dengan angin." Seungmin meraup wajahnya perlahan sebelum melepaskan keluhan kecil.
"Aku sendiri yang rapat dengan Jiseok pun tak tahu. Mungkin aturan keluarga, lagipun ayah Jiseok ada syarikat Megah Holding, projek berjuta-juta. Haera punya keluarga pun sama kan. Mana tahu diaorang nak bekerjasama, gabung syarikat. Lepastu menggegar dunia macam lagu Stayc dengan Adam." Sempat lagi lelaki ini merapu di hujung ayatnya. Seungmin mengeleng kecil sebelum membaling sebijik bantal ke arah Jooyeon.
YOU ARE READING
Reminisensi [Oh Seungmin]
Fanfiction[Edisi Xdinary Heroes 0.2] "Mari kita ucapkan selamat tinggal terakhir kita" Start: 22/10/2024 End: