04

35 14 14
                                    

"MOTOSIKAL siapa yang kau langgar lagi kali ni?" Soal Gunil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"MOTOSIKAL siapa yang kau langgar lagi kali ni?" Soal Gunil. Dia sudah seringkali membaiki pelbagai jenis kenderaan yang menjadi mangsa langgar Seungmin. Lelaki ini sering membawa kereta seperti mempunyai 10 nyawa.

"Motosikal makcik ni. Dia jual kuih aku tak sengaja terlanggar dia." Balas Seungmin, sengaja dia tidak membawa Emma turun sekali ke bengkel milik Gunil. Tidak mahu lelaki ini menyebarkan berita palsu kepada rakannya yang lain.

Gunil mengeleng kecil sebelum matanya larik meneliti setiap komponen yang terdapat pada vespa berwarna merah jambu ini. Motosikal ini keluaran lama, sukar untuk mendapatkan sparedpart yang baru.

"Vespa ni dah lapuk sangat. Maybe kena tunggu lagi dua atau tiga minggu, aku kena order sparedpart dari luar. Takpe ke?" Soal Gunil, sempat lagi dia merenung ke arah Seungmin.

"Boleh je. Lagipun makcik tu tak guna sangat vespa ni. Sekali sekala dia kata. Kos dia mahal ke?" Tanyanya lagi.

"Di sebabkan vespa ni dah lama, jadi barang yang aku gunakan ni macam limited edition. So pricey lah sikit boleh?" Soalnya sekali lagi untuk kepastian.

"Boleh lah. Berapa juta sekali pun aku sanggup bayar. Dah aku yang langgar dia." Jawab Seungmin. Lagipun, seperti apa yang Emma katakan. Vespa ini banyak kenangan manis bersama mendiang ayahnya. Jadi dia tidak mahu di selubungi dengan rasa bersalah.

Gunil melebarkan senyuman. Ini lah salah satu sikap Seungmin yang dia suka. Walaupun sering kali melanggar kenderaan orang, dia tidak pernah sesekali akan melarikan diri serta sanggup menanggung kos kerosakkan yang di alami oleh mangsa.

"Semalam kau tidur dekat mana?" Tanya Gunil sempat lagi dia meneliti pakaian yang di pakai oleh Seungmin agak berbeza seperti style harian yang sering di gayakannya.

"Hotel. Baju ni aku beli dekat bundle. Macam style pakcik-pakcik tua pula, dengan berkolarnya." Sempat lagi Seungmin mengutuk gaya pemakaiannya hari ini.

"Betul-betul bawak diri kau ni, Oh ya! Aku baru teringat ada satu pesanan yang aku nak sampaikan dari Jiseok." Raut wajah Seungmin automatik berubah tatkala mendengar nama Jiseok di sebut. Sudah lama dia tidak menghubungi lelaki itu. Sebenarnya selepas majlis, sudah banyak kali Jiseok cuba menghubunginya dan meninggalkan beberapa mesej permohonan maaf. Cuma, Seungmin langsung tidak membalas satu pun.

"Pesanan? Dia mintak maaf dekat aku lagi ke?" Soal Seungmin.

Gunil melepaskan satu keluhan.

"Hujung minggu ni dia ada buat Party Gender Reveal." Seungmin tergamam untuk seketika. Semakin menjadi-jadi overthinking nya ketika ini.

"Ha—Haera mengandung ke?" Soal Seungmin. Seakan sukar untuk dia mempercayai. Jangan cakap sebelum ini Haera sudah mempunyai hubungan bersama dengan Jiseok tanpa pengetahuan dia.

Reminisensi [Oh Seungmin]Where stories live. Discover now