Perit inilah apa yang di rasakan ketika ini. Perasaannya seakan bercampur baur tatkala melihat kedua mempelai sedang tersenyum bahagia di atas pentas sambil berpegangan tangan. Para tetamu yang datang tidak henti memberikan tepukan gemuruh buat mereka. Seakan semua yang berada di sini merestui hubungan kedua mereka.
Jauh di sudut lain, Seungmin hanya mampu mempamerkan senyuman kelat tatkala mengenangkan nasib yang menimpanya. 7 tahun dia membina hubungan dengan Haera akhirnya musnah begitu sahaja apabila Jiseok, merangkap rakan baiknya sendiri berjaya menambat hati gadis yang di gilainya.
Akhirnya, kedua mereka selamat di satukan di depan matanya. Sedih? Tipulah jikalau dia langsung tidak bersedih. Ikutkan hati mahu sahaja dia melalak, Namun, dia perlu bertenang, bak kata pepatah bunga bukan sekuntum. Mungkin sudah tertulis jodohnya bukan untuk Haera. Lagipun, gadis itu berada di dalam jagaan orang yang betul. Jiseok lelaki yang baik, rupa paras dia menarik, perangainya juga menghiburkan. Sudah semestinya gadis ini akan sentiasa tersenyum lebar melayan karenahnya.
Seungmin melepaskan keluhan kecil, termati terus lamunannya apabila bahunya di tepuk oleh seseorang. Nampaknya ada juga manusia yang masih bersimpati atas nasib malang yang menimpanya.
"Usah kau menangis lagi
Ku tahu yang kau sudah cuba segalanya
Dan perkara yang paling sukar
Ialah tuk berubah
Mungkin ini opsi terakhir
Buat kita berdua
Sentiasa melepaskan kenangan yang kita telah melalui
Takdir sudah memanggil
Tunggu apa lagi oh.." Entah suara siapa pula yang tiba-tiba sahaja bernyanyi tepat di telinganya. Mujurlah suara sedap. Kalau serupa katak panggil hujan, Tak ke lebih menyakitkan hati!"Diam lah sial! Dari kau nyanyi lagu tu baik kau nyanyi lagu bobo di mana. Terhibur sikit aku" Sempat lagi Seungmin mengeluarkan segala makiannya. Namun, gerangan yang mempunyai suara merdu tadi hanya mampu mengeluarkan gelak tawa.
"Rileks bro! Bunga bukan sekuntum banyak lagi yang lebih cantik dari Haera." Pujuk Jungsu, cuba untuk menenangkan jiwa raga rakannya ini.
"Kau cakap senanglah, bayangkan 7 tahun aku tunggu dia. End up dia tamatkan zaman bujang dia dengan kawan yang paling rapat dengan aku." Sayu sahaja suara Seungmin mengungkapkan segala luahannya. Jelas sekali lelaki ini cukup kecewa.
"Seungmin..." kata-kata Jungsu termati. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memujuk Seungmin lagi.
"Apa kurangnya aku sampai dia sanggup pilih Jiseok?" Soal Seungmin. Matanya kelihatan berkaca tetapi segaris senyuman masih tidak lengkang dari bibirnya.
"Setiap manusia kan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dia, kau kena husnuzon, mungkin jodoh kau yang sebenar jauh lebih baik dari Haera." Pujuk Jungsu sebelum mengusap perlahan bahu Seungmin.
Seungmin melebarkan lagi senyumannya sebelum mengorak langkah menuju ke atas pentas. Jambak bunga yang di bawanya, di genggam erat seakan mahu terlerai sahaja bunga itu dari plastiknya. Perlahan-lahan kaki mendaki beberapa anak tangga, kemudian langkahnya terhenti. Kini ,dia dapat melihat dengan jelas wajah Jiseok yang kacak mengenakan suit hitam manakala di sisinya ada Haera. Tangan gadis itu memeluk erat lengan Jiseok seperti tidak mahu melepaskannya. Gadis itu terlihat cantik memakai gaun berwarna putih. Rambutnya di ikat sanggul. Wajahnya di penuhi dengan make-up yang tidak terlalu tebal sehingga menaikkan seri pengatinnya.
"Jiseok Tahniah! Jaga Haerah baik-baik." Ucap Seungmin sebelum menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Jiseok.
Jiseok menguntumkan senyumannya, dia menarik tubuh Seungmin lalu memeluk dengan erat. Di usap perlahan belakang badan lelaki itu seperti sedang menyalurkan semangat untuk dirinya.
"Maafkan aku...maafkan aku Seungmin, jangan sebab hal ni kita tiba-tiba jadi musuh." Ungkap Jiseok. Perasaan bersalah mula menyelubungi dalam dirinya.
"Sampai akhir nafas kita tetap kawan." Jawab Seungmin
Special Taggg❤️
CAST
OH SEUNGMIN (ODE)
EMMA WITSON (as you)
KWAK JISEOK (GAON)
PARK HAERA
YOU ARE READING
Reminisensi [Oh Seungmin]
Fanfic[Edisi Xdinary Heroes 0.2] "Mari kita ucapkan selamat tinggal terakhir kita" Start: 22/10/2024 End: