05

30 14 51
                                    

"KRING!" Loceng utama butik Odes Fashion & Style berbunyi, menandakan ada pelanggan yang bertandang ke dalam kedai ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KRING!" Loceng utama butik Odes Fashion & Style berbunyi, menandakan ada pelanggan yang bertandang ke dalam kedai ini. Sullyoon sedang larik mengantung beberapa helai baju yang baru di terimanya tadi segera berlari kecil menuju ke pintu utama untuk menyambut kedatangan pelanggan tersebut.

"Selamat Datang. Eh? Encik Jiseok ada apa Encik datang ke sini? Cari Encik Seungmin ke?" Soal Sullyoon bersertakan kerutan di dahi.

"Yes! Saya cari Seungmin dia ada ke?" Tanya Jiseok. Susah sungguh dia ingin bersua muka dengan lelaki ini. Cari di butik beberapa hari lepas butik ini tutup, cari di rumah pula rakan-rakannya mengatakan bahawa Seungmin tidak pulang.

Sullyoon mengaru kepalanya yang tidak terasa. Sebagai pembantu kedai di dalam butik milik Seungmin. Dia sendiri tidak tahu di mana keberadaan lelaki itu. Dia cuma hanya mendapat satu pesanan arahan dari Seungmin semalam sahaja.

"'Maaf Encik Jiseok. Encik Seungmin tak ada cakap dekat saya dia ada di mana sekarang ni. Dia cuma arahkan saya bukak butik je semalam. Dari pagi tadi dia belum jejak dekat dalam butik ni lagi." Jawab Sullyoon. Entah di mana keberadaan majikannya ini dia sendiri tidak tahu.

"Haih...takkan dia masih marahkan aku lagi." Kedengaran bunyi keluhan terkeluar dari bibir Jiseok.

"Tapi Encik Jiseok, kalau saya ada dekat tempat Encik Seungmin pun, saya akan marah. Encik sendiri pun tahu kan betapa sayangnya Encik Seungmin dekat Haera tu." Sampuk Sullyoon.

Jiseok hanya menarik senyuman.

"Awak tahu tak saya rasa bersalah gila dekat Seungmin. Awak ingat tidur saya lena ke hari-hari?" Soal Jiseok sehingga menyebabkan Sullyoon hanya menguntumkan senyumannya. Lebih elok jikalau dia tidak ikut campur urusan peribadi majikannya ini.

"Kring!" Sekali lagi loceng pintu utama berbunyi, pantas Sullyoon dan Jiseok mengalihkan pandangan ke pintu utama. Terlihat susuk tubuh Seungmin sedang berdiri di hadapan pintu tersebut. Dia mengerutkan dahinya, mungkin hairan melihat kedatangan Jiseok ke sini?

"Ada apa kau datang sini? Nak tempah baju ke?" Seungmin memulakan topik perbualan, setelah hampir 2 minggu mengelakkan diri dari terus bersua muka dengan Jiseok, akhirnya hari ini mereka di pertemukan. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia melepaskan satu tumbukan ke arah wajah lelaki persis mat bunga ini. Tetapi dia perlu berkelakuan profesional. Lagipun dia tak nak angkara seorang perempuan, hubungan persahabatan yang sudah terjalin lama bersama Jiseok akan renggang.

"Aku nak jenguk kau sebenarnya, maklumlah mesej aku langsung kau tak reply. Kau masih marahkan aku?" Tanya Jiseok.

"Tak ada benda yang aku nak marahkan kau Jiseok, dua tiga hari ni aku banyak ke luar daerah, ada lah projek baru sikit." Jelas Seungmin sambil mengorak langkahnya menuju ke kaunter butik. Di beleknya beberapa kertas invoice yang berada di atas meja tersebut. Acah-acah sibuk.

Reminisensi [Oh Seungmin]Where stories live. Discover now