kau adalah Bunga yang menjadi pengingat dalam kehidupan kita kini dan selamanya.
"Kat sini tak ada siapa pun yang suruh korang masuk sini ,korang sendiri yang pilih jalan ni, nak jadi komando sangatkan hadaplah semua benda ni kuatkan mental dan fizikal jadi tempuhlah semua benda ni sampai ke garisan penamat "SEMUA ORANG BOLEH JADI TENTERA TETAPI TIDAK SEMUA ORANG LAYAK JADI KOMANDO"suara leftenan Aleef memetir ke arah cengkerut yang sedang mebuat komando rest itu.
"Apa yang lemah sangat korang ni kata anak jantan ,nak jadi komando ,aku suruh ikut arahan aku pun korang tak nak dengarkan ini ke komando ni ke yang nak jaga negara tu, arahan senang pun korang tak boleh ikut sebelum korang lapor diri haritu korang ada nampak kan tulisan besar dekat pintu pagar tu "DATANG TAK DIUNDANG JIKA RAGU HARAP PULANG"nampak kan ke ada yang tak nampak.
Hadam ayat tu betul-betul dulu sebelum pilih nak jadi komando, ini tidak bila dah dapat peluang jadi komando korang pula tak ikut arahan ingat senang ke nak jadi komando ni haa ".Aleef memandang satu persatu anak buahnya dengan pandangan tajam.
"Fuh aura cobra dia dah datang siapalah yang cari pasal dengan dia tu haih tak pasal kena dengar mamat tu bebel nasib korang lah pasti kejap lagi kena makan "kuih gulung"siapa suruh tak dengar arahan"gumam Hafiz sambil menyenggol bahu member sebelah si kuda laut Zafran.
"Weh kuda laut kau tengok mamat ular tedung tu dah mengamuk fuh seram mat dah lama tak tengok dia marah macam tu harini dia period agaknya kan"Zafran menjuih bibir "eleh kau kat sini ja berani panggil dia ular tedung kalau depan dia kau kecut juga"dasar mamat ni kerja nak samakan orang dengan binatang ja ada ke muka aku yang hensem ni dipannggilnya kuda laut muka dia lagi la hauk dah la kelabu asap patutlah tak ada orang berkenan.
Aleef hanya memerhati anak buahnya yang membuat "komando rest" "aku dah cakap lari pagi 10 round kan tapi ada yang memandai-mandai lari 5 round korang dengar arahan daripada siapa haa suka-suki korang ja nak lari ikut suka kan ,korang tak kenal lagi aku siapa gamaknya aku paling pantang kalau orang tak dengar arahan aku, kan aku dah cakap hanya aku ja yang boleh beri arahan dan korang kena dengar arahan aku ja faham ke tidak ni, korang bangun buat "kuih gulung" sekarang ,jangan berhenti selagi aku tak beri arahan" .
"Faham tuan"Aleef terus pergi meninggalkan cengkerut disitu biar diorang rasa nak sangat kan jadi komando hadaplah benda ni dulu sebelum sampai majlis tamat latihan mereka pada bulan hadapan.
"Kan aku dah cakap ular tedung tu kalau dia buka mulut berbisa Zaf, tu belum kau dengar loghat alor setaq dia lagi bak hang"Zafran terus mengunci mulut apabila melihat kelibat Aleef yang sedang menghampiri mereka itu, Hafiz yang sedang mengumpat Aleef itu dibiarkan biar si tenuk tu kena komando rest.
"Aih asal senyap ja mana ular te....tuan"tahu pun kau cuak tadi berani sangat zafran menahan ketawa melihat muka cuak Hafiz hudoh siot macam tengah tahan sembelit.
"Kau panggil aku apa tadi ular tedung, patut lah dari tadi aku rasa macam gatal ja anak tekak aku ni, dah lama aku rasa tak bagi kau makan kuih gulung pagi-pagi kan aku tengok kau macam dah gemuk sangat apa kata kau pergi join "kuih gulung" dengan diorang tu sekali "Hafiz sudah cuak "ala alep aku gurau ja, dah lama aku rasa tak manja-manja dengan kau ,aku ni dah la kurang kasih sayang dari kau"Aleef menayang wajah geli gila ke mamat ni ingat aku gay ke apa jantan ni.
"Aih Alep kau apa pasal pagi-pagi dah bebel ni aku dengan si kuda laut ni dengar kau bebel pun dah cair taik telinga aku tau"Aleef hanya tayang wajah bekunya nasib baik kawan kalau tidak dua ekor ni dah kena pacak kepala dah suka-suki ja panggil nama dia Alep lah, ular tedung lah padahal ibu dia dah bagi nama elok-elok dasar tenuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Kings Cobra
ActionRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...
