I choose you.And i'ii choose you over and over.Without pause,without a doubt,in a heartbeat i'ii keep choosing you.
Harini Rose membawa Aleef Zahreen untuk bertemu dengan ayahnya.Sekarang mereka sedang berhadapan dengan dato Rizqin dan datin Amanda ,Rose pandang Aleef di sebelahnya lelaki itu hanya menayangkan wajah bekunya sahaja.
"Dato perkenalkan bakal suami saya Aleef Zahreen"Dato Rizqin menayangkan wajah bekunya dia merenung tajam ke arah jejaka di hadapannya ini.
"Lelaki macam ni ke kau pilih Rose?"Rose menjegilkan matanya ke arah Adam.
"Ikut suka aku lah ada aku kacau hidup kau ke? daripada kau bawa keluar perempuan entah apa-apa macam tu nak jadi isteri?Rose tayang wajah sinis melihat wajah Adam yang terkulat-kulat itu.
"Kau kerja apa?"Dato Rizqin pandang wajah beku milik Aleef.
"Ehem"
Aleef memandang ke arah Rose dan memberikan senyuman kecil lalu kembali melihat dato Rizqin di hadapannya.
"Saya kerja macam-macam dato,datin contohnya bunuh orang"Aleef menoleh ke arah Adam,Adam yang melihat itu terkebil-kebil melihat Aleef Zahreen yang merenungnnya tajam itu.
"Buru harimau,buru ular ,macam-macam lagilah makan ular pun saya pernah dato".
"Apa pelik sangat kerja kau ni kalau kau kahwin dengan anak tiri aku kau nak bagi dia makan apa?"Datin Amanda menjungkitkan keningnya ke arah Aleeef.
"Setakat nak tanggung Rose harta saya tujuh keterunan pun tak habis datin,saya jauh lebih mampu dan biar lah tanggungjawab dato yang dato tak pernah laksana tu biar saya yang ambil alih dan bimbing dia sebagai seorang suami dan biarlah saya jadi ayah dan suami untuk dia."
Rose yang mendengar itu terkedu dia tak sangka Aleef akan cakap macam tu macam mana Aleef boleh tahu dia tak pernah langsung cerita masalah dia dengan orang luar.
"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku lah budak".Dato Rizqin menjeling tajam ke arah Aleef.
"Saya tak kurang ajar tapi saya nyatakan kenyataan,jadi izinkan saya untuk mengahwini permata dato yang paling istimewa yang dato sia-siakan, biar saya yang jaga dia lepasni, minggu depan ibu dan walid saya akan datang hantar rombongan dan hujung bulan ni saya akan angkat Rose menjadi isteri saya yang sah saya minta diri dulu assalamualaikum."
Aleef terus menarik lengan baju Rose yang berlapik baju itu keluar dari rumah agam milik dato Rizqin cukup dia meminta izin mereka dia tak boleh berlama-lama dalam tu hati dia mendidih melihat wajah dato Rizqin dan datin Amanda tadi.
****************************************************
Rose menoleh ke sebelah melihat wajah Aleef yang hanya diam sahaja dari tadi.Rose meramas ke dua belah tangannya kenapa dia rasa mamat ni macam garang lah pula.
Aleef yang melihat rose menggegam kedua belah tangan itu hanya senyum dia tahu mesti Rose ada soalan yang nak ditannya tu,sejak bila malu-malu taik kucing entah si bunga taik ayam ni.
"Kenapa baby, ada soalan nak di tanya ke?"Rose yang mendengar itu terkedu aduhai hati jangan lah macam ni.Rose menoleh ke arah Aleef yang hanya senyum hingga terlihat lesung pipit itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Kings Cobra
AcciónRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...
