Aku ingin bahagia melalui kamu,atas izin darinya jadi aku selalu mendoakanmu agar doa yang aku langitkan hadiahnya adalah kamu dan semoga kita bertemu di titik bila mana aku melafazkan akad kepada mu.
Sudah tiga minggu berlalu sejak kejadian itu dia dah tak pernah lagi bersua muka dengan mamat botak dan si tenuk tak sedar diri tu,arh dia malu nak jumpa dengan mamat botak tu harap-harap lah dia tak berjumpa dengan mamat tu harini,harini merupakan hari lahirnya yang ke 23 tahun dan harini juga merupakan hari kemerdekaan negara Malaysia.
Rose hanya memakai skirt jeans biru gelap di padankan dengan kemeja biru gelap bersama shawl putih dia hanya tacap sikit-sikit aje mukanya.Anggun ajak dia pergi dataran Merdeka harini, jadi dia pun turut kan aje lagipun alongnya Rahaikal ada sekali harini membuat perarakan bagi unit paskau Tudm dah alang-alang Anggun ajak pergi boleh la dia jumpa alongnya sekali.
Pin,pin,pin Rose tersentak apabila Anggun menekan hon di depan rumahnya itu,Rose bergegas keluar dan kunci pintu rumahnya dia tersengih apabila melihat Anggun membawa turun cermin kereta milik gadis itu.
"Sorry Anggun lambat"Rose berlalu pergi ke arah penumpang.
"Ehh tak ada lah Rose lagipun saya baru je sampai ,awak ada nak singgah mana-mana dulu ke Rose?."Anggun menjungkitkan keningnya sambil memandang Rose.
"Tak kut Anggun kita gerak terus lah takut tak ada tempat duduk pula nanti lagipun saya ada bawa roti ni boleh lah kita makan buat alas perut".Rose senyum dan Anggun hanya anggukkan kepalanya sahaja.
"Okaylah kalau macam tu Bismillah semoga ada rezeki kita duduk depan harini".
***********************************************************
Harini Leftenan Aleef Zahreen bersama anak buahnya yang lain akan membuat terjunan setinggi lima ribu kaki dan akan mendarat di dataran merdeka untuk membuat pertunjukan kepada orang ramai mereka mewakili anggota komando bagi unit group gerak khas angkata tentera darat diraja Malaysia.
"Woi kelabu asap kau okay ke nak terjun ni kejap lagi?"Zafran yang sedang membetulkan topi di kepalanya itu menjungkitkan keningnya ke arah Hafiz.
"Oih kuda laut setakat terjun lima ribu kaki ni aku okay je lah alamak kau bajet-bajet je"Zafran menjuihkan bibirnya yang lain hanya ketawa.
"Woi korang tengok tu si cobra tu dah kenapa tu"Syed pandang Aleef yang sedang diam je dari tadi lagi selalunya buka juga mulut dia.
"Korang jangan kacau si tedung tu dia tengah plan sesuatu tu sebenarnya"Hafiz menyampuk apabila melihat Aleef hanya buat kerja sendiri dari tadi lagi.
"Plan apa pula kitaorang tak tahu pun kenapa dia nak menyalin kulit ke?"Syed dan yang lain mengekeh ketawa.
Tiba-tiba semua yang berada di situ terdiam apabila suara seseorang memetir telinga mereka gulp mereka telain air liur mampus-mampus kalau macam ni.
"Ewah-ewah seronok noh hampa dok gelak kat aku hang kata apa tadi nak menyalin kulit kita tunggu satgi sapa yang nak kena salin kulit satgi noh wait and see hampa balik kem nanti siap la noh."
"Wey Alep jangan macam ni kitaorang gurau je kau jangan marah ehh nanti Rose lari padan muka"Aleef menjeling tajam ke arah Hafiz pandai pula guna nama Rose haih tetiba teringat dekat bunga taik ayam tu pula harini dia ada plan sesuatu untuk bunga taik ayam tu.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Kings Cobra
ActionRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...
