"Dicintai dan disayangi kamu adalah anugerah terindah tuhan untukku.
Sudah 6 jam dia memandu kini tiba lah di kampung halamannya di Kedah.Aleef menoleh memandang isterinya di sebelah amboi syoknya dia tidoq ingatkan ada lah juga teman borak alih-alih dia sorang ja haih lah bini nasib sayang.
"Sayang bangun kita dah sampai dah rumah nenek abang ni"Rose yang merasakan tidur nya diganggu itu membuka matanya perlahan "Selamat petang sayang kita dah sampai dah ni "Rose tersenyum dia memandang sekeliling.
"Wah cantiknya abang kampung nenek abang ni"Aleef menggosok kepala isterinya "Mestilah sayang dah jom nenek dah tunggu tu"Aleef keluar dari kereta Honda civic miliknya itu,Lalu membuka pintu kereta di sebelah isterinya"terima kasih abang"Aleef senyum "sama-sama kasih sayang".
"Assalamualaikum tok Reen dah sampai ni"Aleef memegang tangan isterinya erat"Waalaikumussalam dah sampai dah cucu menantu aku ni"Nek Ijah terus meluru memeluk Rose di sebelah Rose terkebil-kebil memandang suaminya di sebelah lalu dia membalas pelukan nek Ijah ditubuhnya.
"Lawa noh bini hang Reen ,pandai hang cari nanti boleh lah aku cicit segak-segak cucu menantu aku segak sungguh"Aleef mengangkat keningnya ke arah nek Ijah "Tengok lah laki dia sapa tok,tok tak mau jemput kami masuk ka?".
"Ehh lupa pula haa mai masuk mai masuk maaf lah noh Rose rumah tok ni biasa-biasa ja"Rose tersenyum memandang nek Ijah "Luar biasa dah ni tok cantik, Rose suka rumah macam ni"Apalah nenek ni rumah dia lawa tau rumah kampung kayu ala-ala moden gitu dah la depan tu view lawa view sawah padi.
"Amboi tok boleh jumpa cucu menantu cucu sendiri pun lupa noh"Aleef menjungkitkan keningnya ada ke tok dia tu tinggal dia seorang-seorang kat luar ni cis.
"Mengada sungguh haih hang ni pun"Rose ketawa melihat suaminya mengada betul.Tiba-tiba "Ehh abang Reen dah sampai"Rose yang mendengar itu berasa hairan siapa pula dah ni."Tiber hang ni buat kalut pasaipa suka hati aku lah rumah tok aku "Aleef terus meraih tangan isterinya untuk masuk ke dalam rumah ulat bulu dah mai dah serabut betul lah.
"Siapa tu abang ex girlfriend abang ke?"Aleef yang mendengar itu terus memandang isterinya."Ish dak lah sayang tu anak ketua kampung ni haa dia gatai yang,serabut lah abang kita baru nak mai seronok-seronok ada ulat bulu pulak dah kat sini"Rose ketawa"Ohh ulat bulu patut lah nampak merenyam je dia tu ,abang jangan nak layan dia ehh Rose dapat tahu siap abang"Rose terus berlalu pergi meninggalkan suaminya disitu.
****************************************************
"Maaf lah Rose haritu tok tak berapa sihat nak pi kenduri hampa dua tok dok sakit lutut tok malas lah nak pi mak mentua hang ada lah ajak haritu tapi tok tak berapa nak sihat lagi tu yang tok tak ikut tu"Rose senyum "Tak ada apa lah tok Rose faham abang dah bagitahu Rose semalam".
"Sekarang tok tengok Reen tu makin bahagia dulu ka kalau mai kampung monyok ja tok boleh nampak perubahan dia sekarang tok tau dia bahagia dengan Rose"Rose memandang nek Ijah"Tok boleh Rose tanya sesuatu?".Nek Ijah yang sedang memotong buah mangga itu memandang Rose "Hang nak tanya apa tu Rose".
"Yang datang tadi tu siapa tok ?"Nek Ijah tersenyum ini soalan ke cemburu ni"Ohh itu anak ketua kampung sini dia tu tergila-gilakan suami hang tapi suami hang tu mana pernah layan dia, nenek pun tak berkenan lah perangai yang gatai-gatai macam tu suami kamu pangil dia ulat bulu kan".Rose menganggukkan kepalanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Kings Cobra
ActionRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...
