Selesaikan misimu,sempurnakan pengabdianmu,biarkan aku menunggumu kembali ke pangkuanku.
2 minggu berlalu dan Aleef tidak mengungkiri janjinya dia telah sah diikat menjadi tunang kepada Leftenan Muhammad Aleef Zahreen pada minggu lepas dia harap Aleef tidak seperti lelaki yang dia kenal sebelum ni.
Rose yang sedang mengelamun itu tersentak apabila ada orang mencuit bahunya dari belakang "ui berangan apa tu awaknya tahu lah dah nak kahwin minggu depan, tak sangka, saya yang tunang dulu awak yang naik pelamin dulu".
Rose hanya ketawa kecil"Ish kamu ni Anggun saya pun tak tahu macam mana nak cakap mungkin jodoh saya dah sampai kut kan ,bila teringat balik kan Anggun saya rasa macam lawak lah pula saya ni haritu bukan main saya cakap benci dengan askar la apa lah tup tup noh dah jadi tunang abang loreng pula hmm lawak lah saya ni ".
Anggun tarik senyum"tu lah awak ni tapi saya yakin yang leftenan Aleef boleh jaga awak dengan baik punya lah, cakap pasal diorang ni tetiba saya rindu pula dekat tunang saya tu apa agaknya mereka tengah buatkan sekarang ni".
"Tulah apa agaknya diorang tengah buatkan sekarang ni,tiba-tiba rindu pula dekat cik tunang upps"Rose tersenyum haih rasa macam dah angau lah pula bila lama tak bercinta ni.
Tiba-tiba telefon Rose berbunyi disitu tertera nama "my fiance"Rose pandang Anggun "kejap ya Anggun encik tunang call pula saya nak pergi luar kejap nanti kita sambung buat hantaran saya ni okay"Anggun hanya mengangguk tanda faham.
"Hello assalamualaikum encik tunang"Rose tarik senyum.
"Waalaikumussalam bakal isteriku, baby sihat?"Aleef yang sedang baring itu tersenyum haih hilang segala penat bila dengar suara cik tunang ni.
"Sihat alhamdulilah, ni kamu tengah buat apa encik tunang bila kamu nak balik sini ni saya rindu lah muah"Aleef yang mendengar itu terkebil-kebil sambil menjarakkan telefon dari telinganya betul ke ni tunang aku tapi tengok nama betul.
"Ehem amboi nakal baby ni, siap lah kita kahwin minggu depan aku gomoi-gomoi pipi hang tu"Rose pejam matanya aduh tersalah cakap lah pula buat malu ja ish kau ni pun Rose.
"Baby dah buat ke hantaran semua tu?"
"Dah hampir lapan puluh peratus nak selesai dah ,lagi sikit lagi ni tu pun nasib ibu dengan Anggun banyak tolong saya"Rose menggulung-gulung rambutnya Anggun yang dari tadi melihat telatah Rose itu hanya ketawa perlahan haih comel lah perangai awakni Rose patut lah encik leftenan suka.
"Ouh okay lah macam tu ni aku nak habaq ni nanti hang akan join persatuan bini-bini askar tau baby aku habaq siap-siap ni nanti hang dapat hantaran spesial punya dari bakal suami hang ni"Rose menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu apakah tiba-tiba satu yang dia teringat.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Kings Cobra
ActionRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...
