Kau yang aku harapkan tidak dipertemukan lagi, mengapa? takdir menemukan kita semula setelah kita berpisah.
Hari ini merupakan hari yang di nanti-nantikan oleh para komando setelah tiga bulan mereka bertungkus lumus untuk mendapatkan gelaran komando betul kata Leftenan Aleef"kau layan penat,kau tak kan berjaya".Leftenan Aleef berjaya kalini semua anak buahnya seramai tiga puluh orang berjaya menamatkan latihan asas di bawah bimbingannya dan rakan-rakannya.
"Oi kuda laut tak kan kau nervous kut nak buat pertunjukkan kejap lagi alamak kau bajet bajet je macam tak biasa pula"Zafran menoleh ke arah Syed yang sedang gelakkannya itu.
"Aku bukan nervous gila aku ni malu kut la ada awek-awek cantik ke kejap lagi tengah usya ish aku ni bukan boleh sangat jiwa single ku meronta tak macam orang tu dah berpunya"Zafran menjuihkan bibirnya ke arah Aleef yang sedang memakai topeng untuk menutup wajahnya itu.
Aleef yang mendengar itu menjungkitkan keningnya apa-apa aja lah malas layan budak terencat tu selamat la si Hafiz tu tak ada kalau tidak mesti dia bahan aku sekali.
"Semua bersedia majlis dah nak mula ni jangan main-main"Zafran dan Syed terkebil-kebil apabila di marahi oleh Aleef nak bergurau sikit pun tak boleh.
"Period ke tu "Zafran hanya mengangkat bahu memandang belakang Aleef yang berlalu pergi ke arah senjatanya itu.
"Wa kasi sengat arh"Syed terus meluku kepala Zafran ini kalau si Aleef tu dengar mampus mereka itu sorakan yang mereka bagi kepada Aleef.
"Bodoh kau ni kuda laut kalau mamat ular tu dengar mampus kita kena buat side roll kejap lagi ,tak nak aku jadi vietnam roll muntah hijau kau nanti"Zafran mengaduh sakit apabila kepalanya diluku oleh Syed dia terlepas cakap aduh mati-mati.
Mereka yang sedang berbisik-bisik itu terkaku apabila sepasang kasut boots berkilat berada di hadapan mereka itu.
"Mampus-mampus kalau macam ni lupa pula mamat tu dengar ja kalau orang kutuk dia ,bodoh kuda laut ni"Syed mengumam perlahan mesti Aleef dengar punya.
"Kau cakap apa Zaf wa kasi sengat ouh kau nak merasa lah sengat aku ni okay-okay lepas semua ni selesai aku nak korang berdua buat side roll titik selagi aku tak suruh berhenti korang berdua jangan berhenti buat tu faham".
"Faham tuan"Aleef terus pergi melangkah meninggalkan dua mamat tenuk tu rasa kan nak sangat kan wa kasi sengat tu makan dia.
"Aku dah cakap Kuda laut memang mulut celupar patut la tak ada awek mulut muncung rupanya".
"Ehh kau aku terlepas cakap lah gila bab tak ada awek kau jangan mention-mention ehh kau pun dua kali lima sepuluh ja tak ada awek pergi mampus lah kau".Zafran menjeling tajam ke arah Syed haih mama adik nak balik mama gumam Zafran perlahan.
******************************************
Ramai para waris yang hadir pada hari ini bagi melihat kejayaan anak masing-masing yang berjaya menamatkan kursus asas komando tak semua orang boleh jalani latihan ni tapi mereka berjaya mengharungi ujian mental dan fizikal bagi mendapat gelaran komando.
Rose yang sedang berjalan bersebelahan dengan Anggun tersenyum kecil ke arah waris-waris perajurit itu.
"Rose jom kita duduk situ kita tengok pertunjuk kan dari diorang kejap lagi"Rose hanya mengangguk dang mengikut langkah Anggun dari belakang.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Kings Cobra
ActionRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...
