walaupun kita tidak pernah bertemu tapi aku yakin dengan takdir tuhan kau adalah bunga yang aku dambakan.
"Assalamualaikum ,along ooo along ,along busy ke ?"Rose yang sedang bervideo call dengan alongnya itu berasa sebersalah along dia nampak macam busy ja ,sebenarnya dia call ni ada hal penting yang nak dicakapkan dekat along dia tu hmm dia rasa macam nak nangis sebab dia baru dapat surat pemindahan sekolah tengahari tadi dari cikgu fatiha dia terkejut gila bila melihat nama sekolah yang tertera di kertas tersebut rasa macam nak pengsan, drama queen betul la si Rose ni.
"Waalaikumussalam adikku sayang kenapa ni hmm ,ni along duty malam ni boleh la teman adik kejap kenapa adik ada benda yang nak share dengan along ke"?Rahaikal memandang wajah monyok adiknya yang terpapar di skrin itu, ni dah kenapa pula ni dah macam tikus mondok ja gayanya.
"Along adik kena pindah sekolah long, adik tak nak sekolah tu hmm kenapalah yang adik minta hindar jauh-jauh tu yang adik dapat along"Rose rasa macam nak meraung sekarang ni sekolah yang dia tak nak tu lah yang dapat .
"What pindah! pindah mana adik sekolah dekat mana kau dapat "?Rahaikal terkejut aik baru setahun pindah Kedah dah kena pindah lagi famous juga adik aku ni setiap tahun tukar tempat kerja ,aku ni dah nak dekat 9 tahun dah kerja dekat Kem tudm Kepala Batas ni budak tu baru pindah Alor Setar tahun lepas ja dah kena pindah pula dah.
"Dekat Melaka along ,along nak tahu tak sekolah apa? sekolah Kem Terendak alonggggg adik kalau boleh tak nak sekolah tu sebab along tahu kan kisah adik dulu, mahunya tersempak dengan tenuk tu macam mana alonggg adik dah lah anti dengan lelaki askar. along pun nasib abang adik ja sebab tu adik bole terima walaupun along pakai loreng biru bukan hijau tapi tetap juga askar ish sakit hati lah bila teringat balik "semoga dia tidak berjodoh dengan lelaki askar lah tak kira la hijau ke biru ke biru gelap ke darat ke laut ke udara dia tetap tak nak dia lebih rela berkahwin dengan lelaki kerja biasa-biasa ja.
"Padan muka kau dik tu lah kau, benci sangat kan dah makin dekat tu kau dengan kem diorang tunggulah silap hari bulan kau mesti kahwin dengan askar juga kau percaya lah cakap along ,pergi ja lah dik dekat sikit nak balik tengok umi tak risau sangat along kalau kau balik drive sorang-sorang melaka ke johor tu dah dekat dah yang pasal si ex kau tu tak payah nak diingatkan lah kumbang bukannya seekor along nak ejas anak buah along dekat kau,kau tak nak ramai anak buah along berkenan dekat kau tau dik kau ja yang jual mahal tak nak, tidak ke ada lah juga calon boleh tunjuk kat mamat tu kata kau pun boleh bahagia tanpa dia tak gitu dik"Rahaikal tayang sengih apabila melihat muka merah adiknya itu nak marah lah tu cakap pasal ex paling dia benci tu tak pun geram sebab nak jodohkan dia dengan askar haih lah adik, seorang buat masalah habis dibenci semua.
"Ish along ni orang cerita dekat dia nak bagi hilang stress ni makin stress ada lah adik,tak payah nak kenen-kenenkan adik dengan anak buah along sangat .Yang along cakap dia nak kat adik haritu pun baru-baru ni lalu kat tiktok adik awek dia expose tu baru kantoi kat adik tau, orang yang sama uniform yang sama tapi orang lain-lain yang expose macam tu ke calon kau nak bagi kat adik haa long kau pun ingat ehh along kau tu dah ada tunang kalau aku dapat tahu kau main kayu tiga belakang kak Wani siap kau long walaupun kau along aku, kalau kau buat kaum wanita sakit hati siap ehh long adik libas kau dengan getah paip yang kau selalu guna tu jangan nak gatal-gatal sangat nak curang nak test market sana sini dah dapat tunang kerja bagus tu jaga elok-elok."Rahaikal yang mendengar itu terkebil-kebil melihat adiknya yang membebel itu aih ini lagi seram ni budak ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Kings Cobra
AcciónRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...
