COBRA-6

50 7 5
                                    

Semoga aku dan kamu bertemu lagi, semoga doa yang ku langitkan hadiahnya adalah kamu, dan kamu adalah bunga yang ku dambakan.





Rose yang sedang baring di atas katil itu tiba-tiba termenung dia teringat kejadian bulan lepas di mana dia terjumpa seorang mamat poyo yang agak menjengkelkan mulut lelaki tu agak berbisa sekali dia buka ja mulut ada ja perkataan yang sakit hati yang keluar, aih bencilah bila teringat balik ada ke aku yang cantik ni di panggil bunga taik ayam omg macam mana lah boleh jadi abang kepada Manda ya perangai tak sama langsung asyik nak sakitkan hati dia ja.


dia teringat satu ayat ni selepas lelaki itu menghantarnya ke bengkel untuk mengambil kereta mywinya bulan lepas.


"terima kasih err, encik botak sebab dah tolong saya maaf sebab susahkan kamu"Rose tersenyum ke arah Aleef yang sedang merenungnya itu sekarang mereka berada di bengkel kereta.


"Sama-sama bunga taik ayam"Rose melopong lah ingatkan dah habis dah panggil nama dia macam tu Rose pandang mamat di depannya ini kecil besar kecil besar ja.Aleef angkat kening ada orang tu marahlah.


"Ish bencilah cakap dengan kamu ni nama saya punyalah sedap"Rose menjeling Aleef yang berada di depannya itu"eleh jangan benci sangat nanti sayang baru hang tau "Rose tayang wajah loya poyo betul mamat ni geli lah dengar ayat tu.


"Tak hingin saya,saya harap ini last kita berjumpa terima kasih lah ya botak sebab dah tolong saya kamu boleh main jauh-jauh jangan mendekat ya"Aleef yang sedang duduk itu terus bangun menghampiri Rose yang sedang bersandar di depan pintu kereta milik wanita itu. Rose silangkan tangannya di dada sambil menjungkitkan kening ke arah Aleef ehh-ehh dekat-dekat pula.


Aleef meletakkan tangan sasanya di sebelah kanan dan kiri Rose mengepung tubuh kecil itu.Rose terkedu dan tertkaku di situ oh my apa yang dekat-dekat ni ada yang dia terajang juga kejap lagi.


"Hang yakin hang boleh jauh dari aku, lagi hang suruh aku jauh lagi aku suka nak dekat-dekat dengan hang, jangan tak hingin sangat aku takut nanti hang yang tak boleh jauh dengan aku kut bunga taik ayam"Aleef senyum sampai nampak lesung pipitnya yang dalam itu.Rose yang melihat itu terpaku hensem juga mamat ni rupanya astagfiruaalah Rose apa kau ni.


"Yakinnya kamu ish dah la tepi-tepi"Rose terus menolak tubuh Aleef ke tepi tapi tak jalan-jalan pun."Haa sebelum tu aku nak minta nombor hang boleh dak?".


"Nak buat apa nombor saya sorry nombor saya mahal, okay dah nampak dah ciri-ciri kat kamu ni memang jenis buaya lah ni"Aleef mengecilkan matanya ewah minah ni dia tak tahu ke dia perempuan pertama yang aku minta nombor.


"Saja nak mengorat hang awat tak boleh ka lagipun aku tengok hang ni macam tak laku ja hang dengaq ayat pantun aku ni, satu dua buah apple,saya cakap ayat simple,kalau betul kamu single,jom kita couple" Aleef hanya menahan ketawa melihat wajah Rose yang menahan marah itu dia saja ja nak menyakat gadis di hadapannya ini rasa comel pula.

My Kings CobraWhere stories live. Discover now