Walaupun kita tidak pernah ketemu tetapi jikalau ia memang dah tertulis di luh mahfuz, walaupun beribu batu jaraknya pasti akan ketemu di titik yang halal.
"Cikgu-cikgu mai sini sat ,Manda ada nak tunjuk sesuatu ni kat cikgu"Rose yang terkebil-kebil itu hanya mengekori langkah kecil Amanda apabila tangannya di tarik. Rose pelik nak bawa dia ke mana ni.
"Manda nak bawa cikgu pergi mana ni sayang"Amanda hanya tersenyum "cikgu ikut ja Manda sampai kelas tau, kawan-kawan tunggu cikgu kat sana"Rose hanya ikut sahaja, awak ambil ja lah cikgu ni Manda,ikut suka awaklah Manda sayang nak buat apa pun kat cikgu ni Rose hanya mengumam perlahan haih la anak dia dah anggap Amanda ni macam adik dia dah merasa lah juga dia ada adik sebabnya dia anak bongsu.
Apabila mereka tiba di hadapan kelas Amanda terus menolak pintu itu perlahan "Suprise cikgu Bunga ,cikgu jangan lupa kami tau "Rose terkedu apabila dia di sambut sebegitu dia tak pernah sangka yang dia akan disambut macam ni ,sekarang ni dia rasa nak menangis mereka anak-anak muridnya yang istimewa tapi mampu menghargai dia sampai sanggup buat macam ni sumpah dia cakap dia terharu sangat-sangat kalau macam ni berat lah hati dia nak pindah.
"Ya Allah, cikgu hargai sangat-sangat apa yang awak semua buat kat cikgu sayang "Rose memandang satu persatu wajah anak muridanya itu mereka menghiaskan kelas dan ada sebiji kek dekat tengah-tengah kelas.Ya Allah walaupun simple tetapi dia terharu sangat-sangat dekat kek tu ada tulis "Selamat Maju Jaya Cikgu Bunga" matanya berkaca dia memandang satu persatu anak muridnya"terima kasih sangat-sangat ya semua cikgu tak akan lupa awak semua" Amanda sudah menangis teresak-esak dia taknak cikgu Bunga pindah tetapi nak buat macam mana dia kena faham kerja cikgu Bunga, macam ibu selalu cakap kat manda" along dengan angah kan kerja, Amanda kena faham kerja along dengan angah diorang kerja jauh macam cikgu Bunga la " sebabtu diorang selalu tak balik rumah dia ada cerita dekat ibunya tentang cikgu Bunga.
Rose memeluk semua anak muridnya itu haih sayang-sayang cikgu ni dia ada lagi dua minggu kat sekolah ni ,tetapi dia berasa berat sangat nak tinggal sekolah ni dan negeri jelapang padi ni dia sudah jatuh sayang akan negeri ini dia pasti akan datang kembali pada negeri ni dia tak akan lupa di mana tempat yang banyak mengajar dia tentang erti kasih sayang, cikgu-cikgu kat sini pun semua baik-baik banyak tunjuk ajar dekat dia ,dia suka negeri Kedah ni sebab tenang damai ja dia kalau ada masalah dia suka healing kat bendang.
********************************************************
"Assalamualaikum ibu, walid, angah dengan along dah sampai ni "Puan Alin yang mendengar suara anaknya itu terus meluru ke depan pintu."waalaikumussalam Ya Allah anak-anak ibu, ibu rindu sangat-sangat ni kat hampa dua "puan Alin terus memeluk erat tubuh kedua-dua anak kembarnya itu dicium ubun-ubun anaknya itu mereka berdua menunduk sedikit almaklumlah anak-anaknya ini terlebih tinggi.
"Along dengan angah pun rindu sangat-sangat kat ibu ni ,mai kami nak cium sikit"Aleef dan Afeeq terus mencium pipi puan Alin seorang sebelah kiri dan seorang lagi sebelah kanan.Puan Alin tersenyum macam ni lah anak-anaknya kalau balik ,dua ketul ni memang manja dengan dia kalau dekat kem mereka lah paling garang tapi bila balik rumah terus jadi kucing parsi dua orang kembar ni ,dua-dua manja dengan dia.
"Walid pi mana ibu tak nampak pun motor dia?"Aleef memandang sekeliling sunyi ja rumahnya selalunya walid dia duduk dekat bangsai (pondok) depan tu, ni tak nampak pula motor pun tak ada Afeeq pun mencari kelibat walidnya itu .Tu lah dia pun tak nampak.
"Aih hampa ni tak tengok jam ka, walid hang pi ambik anak dara dia la kat sekolah nu pastu walid hang pi market sat kut, singgah beli ikan keli, dah hampa kata nak balik ibu suruh dia pi beli ikan keli sekali ,petang nanti ibu buat asam pedas kat hampa ibu tau hampa dok mengidam lama dah"Aleef dan Afeeq menepuk dahi mereka, Allah macam mana mereka boleh lupa yang mereka ada adik bongsu lagi yang jaraknya agak jauh dari mereka bak kata orang anak terbabas HAHA jauh sangat jaraknya pun ingatkan tak dak adik dah kami ni rupanya coih terkeluaq pula seketui lagi.
"Aih lupa pula kata ada adik HAHAHA manja sihat dak ibu lama angah tak tengok dia ,angah rindu dah kat adik seorang tu"Aleef hanya mencebik bibir rindu lah sangat tadi lupa adik sendiri tak guna punya abang.
"Jom masuk dulu panas ni satgi kita sembang lain pi masuk rehat-rehat dulu"Aleef dan Afeeq hanya mengangguk mereka mengambil beg yang telah dikeluarkan dari bonet kereta Audi R8 milik Aleef,Afeeq hanya tumpang abangnya ja sebab keretanya ada di kampung sebabtu dia balik sekali dengan Aleef tadi. Dan mereka terus mengekori puan Alin masuk ke dalam rumah.
"Walid, tu kereta sapa walid?"Amanda yang melihat kereta putih yang terpaking di halaman rumahnya itu tertanya-tanya kereta siapa tu ada orang datang rumah ke."Kereta along lah tu, kan harini along dengan angah balik manja tak ingat ka tu yang walid ajak manja pi market tu pi beli ikan keli dekat along dengan angah"Amanda terus bersorak riang, encik Aqeef hanya tersenyum, suka lah tu bodyguard dia dah balik.
"Along,angah manja dah balik "Amanda terus meluru memeluk abang-abangnya yang sedang tidur di atas sofa itu rindunya Manda dekat abang-abang Manda ni.Aleef yang memejam mata itu terus membuka matanya dia tersenyum "Adik jangan berlari jatuh satgi"Amanda tersengih "maaf along adik excited sebab adik lama tak jumpa dengan along dengan angah adik rindu, adik sunyi duk kat rumah sorang-sorang."Afeeq yang mendengar itu tersenyum.
"Alololo adik meh sini meh kat angah dengan along meh, along tak marah adik pun along dengan angah pun rindu kat adik ,petang nanti along dengan angah bawa adik ronda-ronda naik gerek(basikal) nak dak manja hmm?"terus berseri-seri muka Amanda apabila along dengan angahnya ajak pi ronda sukanya, kita dah ada kawan kat rumah okay bye."Nak along nak sat adik nak pi habaq dekat ibu "Amanda terus pergi ke dapur dia nak bagitau kat ibu dia nak keluar petang ni yeayy.
Encik Aqeef yang baru masuk ke dalam rumah itu terus meluru ke arah anak-anaknya "dah lama sampai ka hampa dua ni"Aleef dan Afeeq menyua tangan ke arah encik Aqeef untuk bersalam "tak lama sangat pun walid baru tak sat ja sampai"encik Aqeef hanya menggangguk"misi baru ni macam mana berjaya ?"kawannya Tuan Zulkarnain memberitahunya bahawa anak-anaknya mejalankan misi sekali dia bangga dengan anak-anaknya tak sia-sia dia dan isterinya mendidik mereka .
"Okay ja walid misi kalini musuh macam pondan kami pi lawan depa tak sampai sejam pun walid tau dak, alhamdulilah semua tebusan selamat dan kami pun semua selamat tak dak luka ka apa"Afeeq mengadu kepada walidnya Aleef hanya menjungkitkan keningnya sejak bila jadi gedik ni kalah adiknya pula mamat ni.
Okay harini saya update dua chapter, maaf kalau ada tersalah ejaan ke apa ke ya jangan lupa vote and komen.
tbc........................
YOU ARE READING
My Kings Cobra
ActionRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...