Akan ku ingat saat pertama kali kita bertentang mata ,keindahan yang kau miliki seperti bunga mawar yang tumbuh mekar itu,akan ku ingat sampai kita bertemu lagi suatu hari nanti.
Rose sudah mundar-mandir di depan kereta mywi yang dinaikinya itu, yang tiba-tiba rosak di kawasan kampung ni.Dia baru pulang dari rumah cikgu Fatiha sebentar tadi cikgu Fatiha ada buat sambutan hari lahir anaknya dia menjemput rakan kenalan sahaja untuk datang, dah alang-alang dia free harini itu yang dia pergi tu. Selepas pulang daripada rumah cikgu Fatiha tadi niat dia hanya untuk singgah kejap kat tepi jalan berhadapan gunung keriang ni saja nak hirup angin petang tiba -tiba nak balik kereta dia pula buat hal tak boleh nak start.
"Macam mana aku nak buat ni , along pula tak ada kat sini , aku nak call siapa pula hmm along tolong adik,adik takut"Rose mengumam perlahan nak bagitahu Rahaikal, Rahaikal pula tak ada kat Kedah sekarang ni.
"Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah , tu'minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna ' u bi 'atho-ika"
Maksudnya: Ya Allah , aku memohon kepadaMu jiwa yang yang merasa tenang kepadaMu,yang yakin akan bertemu denganMu ,yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianmu.
Rose mengusap dadanya perlahan sambil membaca doa tersebut semoga Allah tenangkan hatinya dan fikirannya dari gundah gelana dia berdoa semoga ada orang baik sudi tolong dia .
**********************************************
Aleef dan Afeeq yang baru pulang dari market itu berhenti kereta di bahu jalan apabila mereka melihat seorang perempuan yang sedang mundar-mandir di hadapan kereta, tengok macam kesian pula kalau tak tolong. Amanda yang melihat itu terkejut ehh tu bukan cikgu Bunga ke.
"Adik tunggu sini sat along dengan angah nak tengok awek kat depan tu sat kesian kat dia nampak macam kereta rosak ja"Aleef memandang Amanda di belakang dia terkebil-kebil apabila melihat Amanda yang terus turun keluar daripada kereta tu , aih tak dan nak habaq lagi hilang dah bertuah punya adik.
Aleef dan Afeeq terus turun dari kereta apabila melihat Amanda berlari-lari anak pergi ke arah seorang perempuan yang bersandar di pintu kereta hadapan itu.
"Cikgu Bunga "Rose tersentak apabila dia nampak kelibat Amanda yang sedang berlari ke arahnya itu aik bila Amanda datang dia tak perasan pun alhamdulilah Allah dengar doa dia Rose tersenyum ke arah Manda.
Aleef terkebil-kebil cikgu Bunga sapa pula dah, mungkin cikgu Manda kut Aleef mengangkat bahu "adik kan along dah pesan jangan berlari satgi tomoih dalam bendang baru tau cari penyakit semua adik ni amboih"Aleef menjegikan mata ke arah adik bongsunya orang larang bukan nak dengar haih lah adik.
"Sorry along adik tak sengaja, janji adik buat lagi lepasni"Amanda tersengih di hadapan abang-abangnya itu"cikgu bunga,kenapa cikgu bunga duduk sorang-sorang kat tepi jalan ni?"Amanda menyoal sambil memandang Rose yang berada di hadapannya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Kings Cobra
AksiRose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke seko...