9 - painful honeymoon
sumber :: Pinterest
JUN mencintaiku.
Setelah menerima bunga rosnya, dia mengajakku bulan madu. Jun memang kata dia mencintaiku, tetapi aku tidak tahu bagaimana perasaan itu tumbuh. Ini terlalu tiba-tiba, bahkan aku masih merasakan ini mimpi.
Ah, Jun. Aku harap aku dapat memahami suamiku.
"Kenapa duduk sendirian sini?" soal Jun menyentakkan aku lalu duduk di sebelahku.
Aku sedang duduk atas pasir pantai peribadi milik Jun. Hanya Jun dan aku sahaja di sini. Kalau diingatkan semula, Jun memang kaya raya. Aku mula tatap laut yang membasahi kakiku, tiada siapa di sini.
Entah kenapa rasanya lebih tenang dan bebas.
"Jun, can I ask something?"
Kening Jun terangkat.
"Let me know, wife."
Aku mahu tahu semuanya. Aku tidak mahu ragu-ragu. Pandanganku fokus terhadap Jun.
"Kenapa awak buang saya pada awal pernikahan kita?"
Saat aku sah bergelar isteri kepada Jun, aku menyangka akan bahagia seperti orang lain. Namun sangkaanku meleset, pada hari pernikahanku dengan Jun, tarikh itu dan waktu itu, Jun membuangku di tengah jalan.
Hujan membasahiku, aku tiada tempat tujuan, kekhawatiranku jika aku menyusahkan orang lain, aku tidak mahu menunjukkan kelemahanku. Dan setiap harinya, aku tertanya-tanya mengapa Jun membuangku. Apa salahku? Apa dosaku terhadap Jun?
Air mataku mengalir, menangis setiap malam menunggu Jun mengambilku semula. Berharap jika penantianku tidak sia-sia.
Mengapa Jun?
Jun terkedu seketika. Tiba-tiba tangan Jun meraih tanganku, mengusap hangat.
"Apa kau akan marah?" Aku mengetap bibir.
"Sa... saya tak janji, Jun."
Jun tersenyum pahit. Aku takut... jika apa yang Jun katakan nanti akan melukakan hatiku. Akan membuatku merasakan luka yang sangat menyakitkan.
Aku takut.
"Aku tak cintakan kau."
Tergamam aku mendengarnya. Jun menatapku, mengatakan bahawa ucapannya itu tidak bohong.
"Pada awalnya, ya. Aku menikah dengan kau sebab aku rasa sudah waktunya aku nikah. Keluarga kita menyukainya, kan? Aku tak tahu bagaimana nak jadi suami untuk kau, dengan hati aku yang tak pernah mencintai kau. Aku tak tahu mencintai kau, July. Aku buat segalanya agar aku dapat rasakan tu, tapi aku tak rasa apa-apa bahkan saat aku menyarungkan cincin di jari kau."
Perasaan Jun. Kata-kata Jun. Aku tidak tahu mahu bereaksi apa. Rasa sakit? Rasa ditipu?
Aku...
"Saat kita bergelar suami isteri, aku tak rasa aku perlu paksa diri aku cintakan kau. Aku tak tahu cintakan kau. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Apa aku patut jalankan tanggungjawab aku sebagai suami sedangkan aku tak ada perasaan langsung kat kau? Aku takut akan menyakitkan hati kau. July, kau tanya mengapa aku buang kau, kan?"
Semakin erat genggaman Jun pada tanganku. Apa terlalu berat mengatakannya, Jun?
Apakah terlalu berat?
"Sebab aku nak lari. Aku tak nak semua ni. Sedangkan aku yang memulakannya. Aku lari sebab aku pengecut. Aku takut kau akan tahu aku tak cintakan kau langsung. Orang macam aku dengan tak tahu malunya nak rayu kau semula. Aku bodoh, July. Sampah macam aku, selamanya akan jadi sampah."
"Kau boleh tampar aku, pukul aku, tendang aku, bahkan buang aku seperti mana aku buang kau. Aku berhak, July," sambung Jun.
Menggigil tanganku.
Pang!
Aku keliru.
Berpaling kepala Jun akibat tamparanku.
Sekarang... aku tidak mengerti. Apa Jun benar-benar mencintaiku? Atau Jun tidak pernah merasakannya sedikit pun? Bahkan saat tidur bersamaku? Saat memelukku?
Apa hatinya tidak pernah bergetar sedikit pun saat memandangku?
Siapa aku bagi Jun?
Jun... mengapa?
"Ap... apa salah saya Jun? Apa dosa saya?" Tersekat-sekat aku menyoal, menggigil tanganku yang tadi menampar Jun. Jun tergamam.
Ah, aku tidak dapat menahannya. Air mataku jatuh terus di hadapan Jun tanpa dapat kukawal. Aku menangis. Jika kutahu kenyataannya sesakit ini, seharusnya aku tidak menyoal Jun. Seharusnya aku membiarkan semua ini berlalu sahaja.
Ketakutanku menjadi kenyataan yang menyakitkan.
"Maafkan aku, July." Aku menggigit bawah bibirku lalu lantas berdiri.
Jun tidak pernah mencintaiku.
Cincin di jari manisku lantas kulempar tepat mengenai tubuhnya. Seluruh tubuhku menggigil hebat. Bulan maduku hancur sehancurnya. Tanpa ragu-ragu aku terus berlari meninggalkan Jun sendirian.
Seperti mana Jun membuangku.
____________________________________
ready for last chap? hihi ><
[ 231124 ]
YOU ARE READING
HE DUMPED ME
RomanceSuamiku, Jun. Dia satu-satunya cintaku, aku sangat bahagia bahawa aku merupakan isterinya. Jun yang kucintai. "Kau boleh hidup sendiri, kan? Aku tinggalkan kau sini, jangan call aku." Namun, Jun membuangku. "Kenapa baru sekarang awak cari saya? Awak...