10 - jun and his july
❝ Mendekatlah, July. ❞ - J U N
____________________________________
AKU tidak tahu harus bagaimana.
Jun dan aku. Apa aku dapat mempertahankan hubungan ini? Bahkan saat ini juga aku masih ragu-ragu, aku masih keliru. Aku tidak dapat memahami semua ini. Jun membuatku tidak dapat mempercayai mana satu kejujuran mahupun kebohongan.
Aku hanya ingin bahagia.
Di saat ini, yang terlintas di fikiranku ialah Feby.
"Assalamualaikum, July? Kenapa call?"
Aku duduk sendirian di perhentian bas, sambil tanganku menggenggam erat kain pakaiannku.
"Waalaikumussalam."
Ah, mengapa aku harus mengalami ini?
"Aku harus bagaimana, Feby?
Aku hanya mahu dicintai. Aku hanya...
Aku mahukan kebahagiaan. Bukan rasa ditipu, bukan rasa dikhianati, bukan rasa dipermainkan.
Apa silapku, salahku, dosaku, Jun?
"Feby... aku tak tahu lagi. Aku harus bagaimana? Aku... aku keliru. Aku tak tahu bagaimana lagi." Dengan nafas tersekat-sekat aku mengatakannya kepada Feby.
"July, kau cuba ceritakan perlahan-lahan. Aku ada untuk kau."
Ternyata meraih kebahagiaan itu tidak semudah yang kita sangka.
Aku menceritakan semuanya kepada Feby tanpa terkecuali. Meluahkan rasa sakitku, sehingga aku dapat merasakan bola mataku memanas mahu mengalirkan air mata. Berapa banyak aku harus menangis untuk Jun agar aku dapat bahagia? Berapa banyak lagi?
Rasanya menyesakkan.
"July, apa kau masih cintakan Jun?" Suara Feby yang menyoalku.
Aku tersentak kecil. Kepalaku tertunduk memandang kasutku.
"Aku cintakan dia, Feby."
Apa alasanku untuk menikahi Jun?
Sudah tentu kerana aku cinta.
"Apa kau sanggup buang Jun? Walaupun kau masih cintakan dia? Aku bukan apa July, aku cuma nak kau fikirkan baik-baik."
Aku tahu, sangat tahu. Meski aku buang Jun, pada akhirnya kami tetaplah suami isteri.
"Apa kau benar-benar nak Jun menghilang?"
Bibir kuketap erat. Aku... aku tidak mahu.
Apa kau tahu? Sekali kau mencintai, rasanya tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila. Dan aku tahu rasa cintaku terhadap Jun seperti itu.
YOU ARE READING
HE DUMPED ME
RomansaSuamiku, Jun. Dia satu-satunya cintaku, aku sangat bahagia bahawa aku merupakan isterinya. Jun yang kucintai. "Kau boleh hidup sendiri, kan? Aku tinggalkan kau sini, jangan call aku." Namun, Jun membuangku. "Kenapa baru sekarang awak cari saya? Awak...