"Kau yakin ke nak terjah ni, Rin?" Hayra meminta kepastian. Wajah Erin yang terlindung di balik mask hitam dipandang dengan penuh kebimbangan.
Walaupun terlindung dibalik mask, Hayra tahu bahawa wajah itu penuh dengan amarah.
Mereka kini berdiri di seberang jalan, bertentangan dengan bangunan korporat milik Dato Dariz, ayah Erin. Erin hanya diam tak membalas.
Sebaliknya, dia memandang bangunan itu dengan mata tajamnya yang terlindung di balik kaca mata hitam. Bibir diketap rapat, rasa amarah penuh menguasai diri.
"Kau tahu kan kalau kita terjah macam ni, bila-bila masa saja media boleh tangkap kita?" Soal Hayra dengan lembut.
Erin menarik nafas panjang, seakan cuba menahan emosi yang bila-bila masa saja bakal meluap, "Aku tak peduli, Ra. Aku dah cukup bersabar. Aku tak nak jadi boneka mama lagi."
Dia menoleh ke arah Hayra sekilas, sebelum nafas dihela berat, "Kalau kau tak nak ikut, aku faham. Tapi aku dah tak boleh bersabar. Kau tunggu sini."
"Erin, tunggu—" Tanpa sempat Hayra menghalang, gadis itu sudah melangkah tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.
Bunyi hon yang kuat memecahkan suasana, membuat Erin terhenti dari terus melangkah. Lori besar melunjur laju ke arahnya.
Kaki seakan dipaku ke tanah, dia statik tidak bergerak seakan terima dengan nasib yang bakal menimpanya. Panggilan Hayra yang jelas di telinganya tidak dihiraukan.
"Erin Daniella!" Tanpa sempat dia berpaling mencari pemilik suara lantang yang seakan familiar itu, satu tarikan kuat di pinggang menghentikan segalanya.
Tarikan yang kuat membuatkan Erin hilang keseimbangan. Tubuhnya jatuh ke dalam dakapan seseorang.
Nafas Erin tercungap-cungap. Jantungnya berdegup bagai mahu pecah. Tubuhnya menggigil hebat. Spek mata yang disarungnya tadi sudah hilang entah ke mana. Mask yang menutup wajah juga sudah senget-benget.
"You've got a talent for making me lose my mind, don't you?" Soal sosok itu tanpa nada. Erin mengangkat wajah.
"Adeyn..." bisiknya, suaranya seakan tersekat di kerongkong. Tak percaya bahawa sosok itu kini berada di hadapannya.
Air matanya mula bergenang, tubuh Adeyn didakap tanpa rasa malu. Baju Adeyn digenggam erat seakan tidak mahu jejaka itu pergi meninggalkannya.
"Adeyn... please tell me this is real. Please tell that I'm not dreaming." Rayu Erin. Adeyn tak membalas, sebaliknya dia menarik nafas panjang.
Tangan kasarnya bergerak perlahan, mengusap lembut rambut Erin yang masih menggigil. Tanpa sedar dia turut membalas pelukan gadis itu.
YOU ARE READING
ERIN DANIELLA [OG]
Romance"Rin, bagi I peluang untuk bahagia kan you." -UNGKU NAEEM ZAFRAN Tapi sayang, hatinya masih tertutup rapat. "Curiosity kills the cat, darling."-CARMINE Siapa dia? Kenapa rasa ingin tahunya tentang sosok itu sangat tinggi? "Kau tahu kan tawaran kau...