9

3 1 0
                                    

Panggilan dari Naeem tidak dihiraukan, selagi dia tidak bertembung muka dengan Datin Elna selagi itu juga dia tak kan berjumpa dengan Naeem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Panggilan dari Naeem tidak dihiraukan, selagi dia tidak bertembung muka dengan Datin Elna selagi itu juga dia tak kan berjumpa dengan Naeem.

Sakit hatinya berganda-ganda apabila media mengeluarkan berita tentang Naeem yang keluar makan malam bersama mama dan papanya tanpa pengetahuannya.

Sudah seminggu berlalu, Datin Elna masih belum pulang ke rumah dan sudah kali ketiga dia cuba berjumpa dengan wanita itu namun dihalang oleh pengawal peribadi ayahnya.

Tangan digenggam erat, sampai bila-bila pun dia tak akan setuju untuk jadi milik Naeem. Walauapapun jadi, dia akan lakukan sesuatu untuk hentikan semua ini.

Bunyi ketukan pintu, mengalihkan perhatiannya. Suara pembantu rumah, Mak Yam kedengaran.

"Masuk je, Mak Yam!" Laung Erin dari atas katil. Pintu bilik perlahan dibuka dari luar.

"Sorry ganggu, Cik Erin. Ini ada pesanan atas nama kamu." Dahi Erin berkerut, bungkusan di tangan Mak Yam dihulur pada Erin.

"Siapa bagi ni?" Bungkusan terselit bunga mawar putih itu ditilik.

"Mak Yam pun tak pasti lah, dia pakai helmet, tak nampak mukanya." Ujar Mak Yam serba-salah.

"Tak apa lah, nanti saya buka. Mak Yam keluar lah dulu. Terima kasih, tolong hantarkan." Mak Yam mengangguk dengan senyuman, dia lantas melangkah keluar dari bilik anak muda itu.

Usai saja pintu ditutup, bungkusan itu dibuka luas. Dahi Erin berkerut, hanya ada satu sticky notes kecil terlekat di dalam kotak itu.

'Curiosity kills the cat, darling' -C

C? Satu nama mula bermain di mindanya. Jantungnya mula berdegup kencang. Fikirannya mula bercelaru. Matanya merenung lama, nota ringkas itu.

'Carmine? Dia tahu?' Getus hatinya. Tulisan itu diteliti. Bunga mawar putih yang terselit di atas bungkusan diambil dan dihidu.

Masih segar.

"Carmine, Who are you?" Bunga mawar putih itu direnung. Hatinya semakin berbicara sendiri, entah mengapa hatinya terasa seakan terikat dengan jejaka itu.

"You're making me confused," Mengapa dia terjebak dalam permainan misteri ini? Bagaimana lelaki itu tahu bahawa dia cuba mencari maklumat tentang jejaka itu?

Siapakah Carmine yang sebenarnya? Adakah orang terdekatnya? Semakin dia cuba untuk memahami, semakin banyak tanda tanya yang muncul.

Namun kemudian, bibirnya tersenyum kecil tatkala mata kembali merenung pada nota ringkas yang ditinggal jejaka berhuruf C itu.

"Unfortunately, I am the cat, I tend to be curious." ujarnya sendirian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ERIN DANIELLA [OG]Where stories live. Discover now