part 3 : Macam kayu!

58 5 0
                                    

Deok Hwa : Baru balik? Macamana dengan sekolah? Ada apa-apa masalah?

Deok Hwa berhenti dari membaca surat khabar. Wajah anaknya dipandang.

Dong Jun : Macam biasa appa. Makin banyak kerja sekolah yang cikgu bagi. Jun naik atas dulu appa.

Dong Jun terus melangkah ke atas. Deok Hwa diam, menyambung kembali pembacaannya.

Dong jun meletakkan beg sekolahnya di kerusi meja belajarnya. Terus berlalu ke almari menukar pakaian. Lalu terus ke meja belajar, mengeluarkan segala kerja sekolah yang diberi. Sedang ralit membuat kira-kira, tiba-tiba dia berhenti. Badannya disandar ke belakang. Langit yang seakan-akan mahu gelap ditenung dari luar tingkap.

Ji Yeon : Awak

Jiyeon menaiki basikal mengejar Dong jun. Dong jun pula menghentikan kayuhannya. Dipandang wajah Ji yeon, diam tanpa sebarang kata.

Ji Yeon :Terima kasih beri pinjam sapu tangan ni kat saya.

Ji yeon bersuara tanpa menunggu lelaki dihadapannya bersuara.

Ji Yeon :Waktu rehat esok saya pulangkan dekat awak balik.

Ji yeon tersenyum, mata bundarnya turut tersenyum.

Dong jun diam, melihat sapu tangan yang berada ditangan Ji yeon. Kemudian dia terus mengayuh basikal tanpa berkata sepatahpun.

Ji yeon terpingga-pingga.

Ji Yeon :Eeeee.... Macamlah aku nak sangat kat dia. Aku nak pulangkan sapu tangan ni je.

Marah Ji yeon. Giginya diketip marah. Kakinya dihentak-hentak.

Ji Yeon : Tapiiii....

Diletak tangan di dadanya. Hatinya terasa ada sesuatu benda aneh. Matanya cuba mencari kelibat Dong jun, tetapi sudah hilang. Dia mengeluh.

Dong jun tersedar dari lamunan apabila ada seekor burung yang hinggap di tingkap biliknya. Tingkap biliknya ditutup. Lalu terus merebahkan diri ke katil. Tangannya ligat mencapai handphone memutar lagu. Matanya dipejam, namun telinganya mendengar setiap baris lirik lagu yang bermain ditelinganya.

**************************************************

Ji Yeon :Deuro Gaseyo. Jemput duduk.

Ji yeon melayan tetamu dengan penuh senyuman. Menu ditangan diserahkan kepada pelanggannya.

Pelanggan : Jjajangmyun satu, jjamppong satu. Teh hijau dua.

Pelanggan itu menyerahkan menu kembali ke tangan Ji yeon.

Ji Yong : Pergi dulu eomma!

Kedua-dua tangan Ji yong penuh dengan plastik yang berisi makanan. Makanan yang dipesan oleh pelanggan luar yang mahu makan di tempat lain selain di restoren mereka. Enjin motornya dihidupkan, dan terus hilang dipandangan.

Ji yeon menghidangkan makanan kepada pelanggan-pelanggannya. Manakala Mi young sedang sibuk memasak. Hanya mereka tiga beranak yang menguruskan restoren. Restoren mereka tidaklah besar mana, cukuplah bagi mereka tiga beranak untuk sara hidup.

Ji Yeon : Deuro Gaseyo.

Ji yeon tersenyum lagi. Pelanggan tersebut membuka muffler scarf yang menutupi separuh wajahnya. Dirasakan panas sedikit apabila berada di dalam restoren tersebut berbanding luar.

Mata Ji yeon terbuntang luas. Terkejut dengan apa yang dilihat dihadapannya. Diikut lelaki itu sehingga ke tempat duduk. Dipandang sahaja lelaki itu hingga ke tempat duduk.

Lelaki tersebut hanya membuat isyarat mahukan menu yang berada ditangannya.

Ji Yeon : Oh. Mianhae.

Ji yeon menelan air liur, gugup. Gugup berada di hadapan Dong jun. Lelaki yang baru dikenali pagi tadi.

Dong jun menunjuk gambar jjamppong dan teh hijau yang tertera di menu. Tidak bersuara ! Ji yeon mengangguk. Kakinya pantas ke dapur.

Ji Yeon : eomma, masak sedap-sedap tau. Kawan saya datang.

Ji yeon senyum menunjukkan sebaris giginya.

Dalam beberapa minit Ji Yeon sampai ke meja Dong jun. Dihidangkan jjamppong dan teh hijau panas di depan lelaki itu. Hatinya gembira. Dong jun memandang wajah ji yeon yang tersenyum dan tersengih seorang diri.

Ji yeon membuat wajah biasa apabila dirinya diperhatikan Dong jun. Melihatkan pelanggan ramai yang sudah balik, dia cuba untuk berehat. Pantas sahaja dia duduk dihadapan Dong jun, membuatkan dong jun tidak dapat meneruskan suapannya.

Ji Yeon : Baru pertama kali datang sinikan? Sedap tak mak saya masak?

Ji yeon tersenyum lagi. Tidak tahu kenapa seronok betul dia melihatkan kehadiran lelaki itu di restorennya.

Ji yeon kelat apabila pertanyaannya langsung tidak diendah Dong jun.

Ji Yeon : Takpelah, awak sambunglah makan.

Ji yeon bangun dan terus membersihkan meja-meja.

Dilihat Dong jun yang sedang berlalu ke pintu.

Ji Yeon : Awak!

Ji yeon berlari ke arah Dong jun.

Ji Yeon : Terima kasih sebab datang makan kat sini.

Dong jun yang mendengarnya terus melangkah keluar. Ji yeon hanya melihat lelaki itu beredar.

Ji Yeon : Macam kayu! Ji yeon mengeluh kasar.

Kpop Story : Fondness ShotWhere stories live. Discover now