Part 12:Ragut

37 6 0
                                    

Jessica berjalan-jalan sambil berpusing-pusing. Dirasakan hidupnya bebas seketika. Puas dipujuk pemandunya agar tidak perlu mengikutnya. Pemandunya terpaksa mengikut arahan majikannya. Dibuatnya apa-apa jadi dekat Jessica, mahu dia dibuang kerja tanpa gaji. Tetapi setelah puas dipujuk Jessica, dia lepaskan dengan berat hati, dengan syarat, Jessica mesti menghubunginya sekiranya ada perkara buruk yang berlaku.

Satu-persatu stall aksesori, baju-baju di tepi jalan disinggahnya dan mesti ada saja barang yang hendak dibelinya. Dia tidak pernah membeli barang-barang di gerai-gerai kecil di tepi jalan. Katanya takde class. Tetapi hari ni dia melihat dengan matanya sendiri. Lawa! Lebih lawa dari barang-barang mahal yang selalu dibelinya.

Jessica : Aku beli bukan nak pakaipun, buat koleksi je.

Jessica tersenyum-senyum. Matanya tertacap pada barang kemas yang berkilau. Dicapai gelang tersebut. Harganya boleh tahan juga mahalnya. Mungkin lebih berkualiti dari yang lain. Dipilih gelang itu dan diserahkan kepada jurujual.

Jessica : Mesti SaYeon ahjumma suka ni.

Dia membeli barang kemas tersebut untuk isteri pemandunya. Pemandunya sudah lebih dari 15 tahun bekerja dengan mereka. Tidak lupa juga barang-barang lain yang mahu dihadiahkan untuk pembantu rumahnya, yang tahan dengan perangainya yang banyak songeh. Tetapi sabar juga pembantu rumahnya.

Jessica : Sekali-sekala bagi apa salahnya. Lagipun murah je.

Tangan Jessica sudah penuh dengan beg-beg plastik. Kini dia melangkah masuk ke café. Dalam beberapa minit, dia keluar dengan secawan Americano. Sedang asyik berjalan-jalan, tiba-tiba beg tangannya diragut. Jessica terjatuh, segala barang-barang yang dibeli terhempas ke bawah, Americano juga tumpah, tumpah di atas bajunya. Mujur air sejuk.

Jessica menjerit sekuat hati. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berbasikal berhenti ditepinya.

Ji Yong : Kenapa?

Jessica : Tu, budak tu ragut beg tangan saya.

Ji Yong dengan pantas mengayuh basikalnya. Jessica pula menyapu-nyapu dan membersihkan bajunya yang kotor. Nasib baik dirinya tidak cedera, kalau tak habis pemandunya disalahkan. Sedangkan dia yang berdegil mahu bersendirian.

Ji Yong : Nah.

Jessica terkejut. Cepat betul mamat dihadapannya bertindak.

Jessica : Terima kasih.

Ji Yong mengangguk-angguk. Dia ingin berlalu, tetapi dihalang Jessica. Jessica mengeluarkan beberapa keeping duit kertas. Dihulurkan kepada Ji Yong. Tetapi Ji Yong menolaknya, dan terus pergi mengayuh basikalnya. Meninggalkan Jessica keseorangan kembali.

Ji Yong : Nah.

Jessica terkejut melihat Ji Yong yang kembali ditepinya. Dihulurkan sekeping nota dan plaster, Jessica pula menerimanya. Ji Yong mengayuh basikalnya laju.

Ji Yong : Prmpuan cntik xbleh jln sorg diri. Bhaya. Ambil plaster ni, tampal dekat lutut awak.

Jessica melihat lututnya. Ya, luka. Kenapa dia tak rasa sakit? Kemudian dia membelek-belek nota yang diterimanya. Ada satu logo yang dikenalnya.

Jessica : Gwangju High School?

Jessica tersenyum.

********************************************

Gyuri : Hi Jun.

Dong Jun tidak sangka Gyuri betul-betul datang ke rumahnya. Dilihat Gyuri dengan pandangan kosong.

Deok Hwa : Gyuri?

Gyuri : Hi uncle, nice to meet to today. This is your wife?

Deok Hwa : Yes, Let me introduce you. This is my wife Kim Hae Sook.

Kim Hae sook bersalaman dengan Gyuri. Terpesona juga dia melihat kecantikan Gyuri.

Deok Hwa : Frankly speaking, I love your English. Fluently.

Deok Hwa kagum dengan Bahasa inggeris yang dituturkan Gyuri. Tidak ramai orang korea yang pandai berbahasa inggeris. Sepatah dua tu tahulah. Selebihnya tercengang-cengang.

Hae Sook : Duduk Gyuri. Kamu belajarlah dengan Dong Jun. Dia ni pandai, tapi susah sikit nak berkongsi dengan orang, kalau orang mintak baru dia tolong.

Hae Sook mengosok-gosok bahu anaknya sambal tersenyum.

Deok Hwa : Kami nak keluar, ada hal dengan syarikat.

Hae Sook : Gyuri lunch dekat sini tau, aunty dah suruh maid masak lebih sikit.

Hae sook menggosok-gosok tangan Gyuri. Senang hati Gyuri diperlakukan sebegitu, seolah-olah dia sudahpun diterima masuk ke dalam keluarga Dong Jun.

Deok Hwa dan Hae Sook pergi meninggalkan mereka yang ada di ruang tamu. Gyuri tidak tertunggu-tunggu mengeluarkan segala buku-buku di dalam begnya. Dong Jun yang lesap seketika tadi, muncul dengan beberapa buku ditangan. Gyuri senang hati.

Dong jun tidak pernah menolak untuk mengajar sesiapa yang minta tolongnya. Tetapi mereka kena faham perangai Dong Jun yang tidak mengeluarkan suara. Dong Jun mengajar melalui kertas, segala penjelasan dijelaskan melalui pen dan kertas sahaja. Cuma kalau sesuatu bab itu terlampau susah, barulah dia akan bersuara. Itupun tidak banyak.


Kpop Story : Fondness ShotWhere stories live. Discover now