Ji Yeon melangkah lemah. Dari satu meja ke satu meja, pergerakkannya terlampau perlahan. Mukanya menunjukkan riak yang sedih.
Meja makan dilap tanpa semangat. Setelah selesai membersihkan semua meja dan kerusi, kakinya melangkah ke arah pintu. Palang 'open' dipusing menjadi 'close'.
Tiba-Tiba seorang lelaki meluru masuk ke dalam restoren, membuatkan Ji Yeon terkejut. Matanya terkedip-kedip.
Dong Jun yang meluru masuk tadi terus sahaja menarik kerusi dan bersedia untuk mengambil menu.
Ji Yeon : Awak.
Ji Yeon : Restoren dah tutup. Eomma saya pun dah naik atas rehat. Dia kurang sihat hari ni. Jadi, saya terpaksa tutup awal sejam.
Dong Jun diam tanpa memberi sebarang reaksi. Ji Yeon pula memandang kosong wajah Dong Jun.
Dong Jun : Doenjang jjigae.
Ji Yeon masih terpacak di situ.
Dong Jun : Sprout Juice.
Dong jun memandang wajah ji yeon. Ji yeon merasakan muka dong jun penuh simpati. Seolah-olah dia tidak makan sehari. Sedangkan Dong Jun sudahpun kenyang makan bersama ayahnya.
Ji Yeon terpaksa ke dapur untuk memasak. Doenjang, ikan bilis, daging lembu dan segala mak nenek dalam Doenjang jjigae segalanya dikeluarkan.
Segala bahan-bahan yang sudah sedia dipotong dikeluarkan dan diasing-asingkan. Dilangkah ke dapur gas membuka api. Tatkala dia ingin mengambil bahan-bahan, dia terkejut melihatkan Dong Jun yang sudahpun bersamanya berada di dapur.
Ji Yeon menjadi serba tak kena.
Ji Yeon : Awak boleh tunggu kat depan kalau awak nak. Saya akan cuba masak secepatnya.
Namun Dong Jun tidak ambil peduli. Ditarik kerusi yang ada di ruang dapur itu. Tangannya diletakkan diatas meja dan ditongkatkan ke dagu.
Ji Yeon pula terus menyambung masakannya. Segala bahan-bahan terus dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian dikacau-kacau.
Ingin diambil tauhu, tiba-tiba pusingannya terbantut. Dong Jun kini betul-betul rapat di belakang badannya. Sehinggakan dia tidak dapat bergerak.
Dong Jun memandang wajah ji yeon yang rapat ke mukanya.
Ji Yeon : Tauhu.
Itu sahaja yang dapat diungkap Ji Yeon. Dong jun beralih ke satu meja, dicapai mangkuk yang penuh dengan tauhu.
Ji Yeon yang berdebar mencapainya. Dimasukkan tauhu dan daun bawang, bawang putih dan serbuk cili ditabur. Setelah beberapa minit dia menutup api.
Dong Jun menuang makanan tersebut ke dalam mangkuk. Ji Yeon hanya melihat tingkah lakunya sehingga dia meletakkan makanan ke atas meja yang berada di dapur.
Ji Yeon : Awak makan dekat depanlah. Sini dapur, kotor.
Tanpa menghiraukan apa yang diperkatakan Ji Yeon, dia terus mencapai sudu dan chopstick.
Yi Jeon : Nasi dah habis, jadi awak dapat makan ni je.
Dong jun terus menyuap suapan demi suapan ke dalam mulutnya. Dirasakan makanan itu begitu enak, bukan seperti hari-hari sebelumnya.
Ji Yeon tidak lupa untuk menghidang Sprout juice.
Suapan demi suapan diteruskan. Tidak hirau dengan Ji Yeon yang sedang asyik memandangnya dari tadi.
Kemudian badannya disandarkan. Kenyang menghabiskan makanan dan minuman yang ada didepannya.
Ji Yeon mengangkat bekas yang telah diguna pakai itu untuk dibasuh. Segala perkakas memasak tadi dibasuh.
Tiba-tiba tangannya bergerak perlahan mencuci pinggan apabila Dong jun berdiri di sebelahnya, berpusing dan bersandar di sinki. Diamati wajah Ji Yeon, membuatkan Ji Yeon tidak tentu hala.
Setengah jam diambil hanya untuk membasuh sebiji mangkuk, periuk dan gelas. Ini semua gara-gara dia gabra berduaan bersama Dong Jun di dapur.
Dong Jun menghala ke arah kaunter untuk membayar.
Ji Yeon : Tak pelah awak. Hari ni saya belanja awak makan.
Ji Yeon tersenyum manis. Dong jun pula tiba-tiba menarik tangan Ji Yeon, dan diletakkan duit ke tangan perempuan itu. Ji Yeon terasakan seolah-olah ada renjatan elektrik mengalir ke tubuhnya.
Setelah tangannya kejap dipegang, diletakkan duit tersebut ke dalam mesin peti wang.
Ji Yeon : Awak dah boleh balik.
Ji Yeon terpacak di kaunter melihatkan dong jun yang masih tidak berganjak memandangnya.
Kemudian, dong jun kembali merapatinya. Kunci yang tersangkut di dinding yang tertulis 'restoren' di keyching dicapai, lalu tangan ji yeon ditarik halus. Ji Yeon hanya menurut. Suis lampu ditutup. Semuanya gelap. Kemudian di tarik ji yeon perlahan keluar dari restoren. Laju tangan Dong jun mengunji pintu restoren itu.
Ji Yeon masih terpingga-pingga dengan perangai dong jun hari itu. Tapi hatinya penuh putik-putik bahagia walaupun dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Kunci restoren diserahkan ke ji yeon. Tangan mereka berlaga kembali apabila ji yeon mencapainya.
Ji Yeon : Terima kasih. Saya naik atas dulu. Awak baliklah.
Tanpa menunggu Ji Yeon naik ke rumahnya, Dong Jun terus mengayuh basikalnya, balik ke rumah.
Ji Yeon : Yes! Yes! Yes!
Ji Yeon berpusing-pusing kegembiraan. Dihempas badannya ke tilamnya yang tidak berapa empuk. Kakinya dihempas-hempas laju ke tilam. Mukanya pula tidak lekang-lekang dengan senyuman.
Kini dia memandang ke siling biliknya. Tangannya digosok-gosok halus, seolah-olah Dong jun masih memegang tangannya. Lantas dia menutup mukanya dengan bantal. Malu!
YOU ARE READING
Kpop Story : Fondness Shot
RomanceJiyeon begitu naif dan mempunyai perangai yang sangat comel dan mudah agresif. Dong jun seorang lelaki yang sangat pendiam, aktif, mempunyai personaliti yang menarik. Jiyeon sangat sukar jatuh cinta, tetapi apabila wujudnya seorang lelaki yang men...