Jung Shin : Aku muak betul hari-hari makan kat kantin ni. Asyik-asyik lauk yang sama. Macam dah takde lauk lain. Apa, mak bapak kita bayar mahal-mahal ni je yang kita dapat?
Jung shin merungut-rungut. Namun ditelan jua makanan dihadapannya. Dong jun seperti biasa hanya diam. Dirinya seperti batu. Hanya bersuara apabila pekara penting sahaja.
Jung Shin : Wei, kau dah siap ke kerja sekolah matematik tu?
Jung shin mengunyah-ngunyah makanan. Dong jun mengangguk.
Jung Shin : Kau bagi aku tiru lepas ni wei. Matilah aku, lepas ni kelas cikgu ji hyo. Habislah kena dengan angry bird tu lagi. Asyik nak marah je kerjanya.
Dong jun yang mendengar mengangguk lagi.
Gyuri : Excuse me, kitorang dulu.
Gyuri menolak bahu Nana sehingga jatuh.
Ji Yeon : Kau tak nampak ke orang tengah beratur? Boleh tak beratur sekali?
Ji yeon menarik lengan Nana. Nana mengibas-ngibas skirtnya.
Hyuna : What? Ayah kitorang yang bayar lebih untuk sekolah ni. So, kitorang berhak untuk buat apa je.
Hyuna menggulung-gulung rambutnya menggunakan jari. Gyuri dan Jessica hanya menjeling ke arah mereka berdua.
Ji Yeon : Bagus sangat ke duit ayah kau tu. Bapak korang yang bayar. Bukan korang!
Ya, hanya menjerit dalam hati. Giginya diketip kuat. Serta merta mereka berdua ke belakang. Ji yeon berpusing, mnunjukkan sekepal penumbuk di belakang tiga orang perempuan itu. Kalau boleh ditumbuk, memang diberi saja. Dilihat pakaian perempuan itu, semuanya skirt singkat menunjukkan betis mereka.
Ji Yeon : Apa, kau ingat bapak kau bayar lebih kau boleh langgar peraturan sesuka hati?
Ngomel ji yeon.
Nana : Sudahlah tu ji yeon. Dorang kan memang sengaja suka sakitkan hati orang. Kau bukan tak tahu.
Nana memujuk Ji yeon yang sedang berapi itu. Dilihat mata ji yeon yang bundar dan besar itu seolah-olah mahu ditelan budak tiga ekor tu. Ji yeon dan Nana beredar mencari tempat duduk.
"Prang!" Ji yeon tunduk melihat piringnya yang berisi makanan sudahpun tumpah ke bawah. Makin berapi dirasakan.
Kepalanya didongakkan, ingin ditengking tetapi dia seolah-olah terkelu. Dong jun memandang wajah comel dihadapannya. Tapi hatinya batu.
Gyuri : Hye baby
Gyuri merapati Dong jun.
Gyuri : Haih, you jangat dekat dengan perempuan ni. Kalau you dekat dengan dia mesti bala datang.
Jessica dan Hyuna senyum sinis.
Ji Yeon : Kau cakap aku bawa bala!
Marahnya memang memuncak-muncak. Ji Yeon menyumpah-nyumpah dalam hati.
Dong jun mengeluarkan sapu tangan dan diserahkan kepada Ji yeon. Matanya dan wajahnya menunjuk ke arah kasut Ji yeon yang kotor disebabkan makanan tadi. Ji yeon hanya menyambut sapu tangan itu.
Gyuri menjeling tajam.
Gyuri : You dah habis makan ke?
Gyuri merapati Dong jun. Dong jun pula terus berlalu meninggalkan tempat kejadian tersebut.
Jung Shin : Sorry
Jung shin mengangkat tangan tanda maaf atas sikap batu dong jun. Diikut kawannya dari belakang.
Nana : Kau kongsi makan dengan akulah ji yeon. Lagipun nak beratur lama tu. Panjang lagi barisan.
Ji yeon berlalu dari tempat tersebut. Namun dihalang Gyuri.
Gyuri : Kalau kau nak makan, kau boleh beratur lagi. Bapak aku bayar lebih untuk makanan. Siapa nak makan lebih pun boleh.
Ji yeon rasa disindir. Gyuri dan Hyuna beralih ke tempat makan mereka.
Jessica : We talk seriously. Bukan nak bergurau. Kalau kau rasa tak nak kena buang sekolah, kau ikut jelah apa kitorang cakap
Jessica melanggar bahu Ji yeon.
Nana : Eeee, menyampah aku dengan dorang tu. Ingat ni sekolah bapak dorang yang punya ke?
Nana sudah menunjukkan rasa tidak puas hati.
Ji Yeon : Jeez. Gila.
Ji yeon mengetip giginya. Sudah menjadi kebiasaannya apabila dia marah.
Nana : kau tak nak makan ke? Nana bertanya.
Ji Yeon : Hilang dah selera aku nak makan.
Ji Yeon : Kau kenal tak laki tadi? Handsome betul dia, comel pulak tu.
Ji yeon menghidu-hidu sapu tangan pemberian Dong jun.
Nana : Kau tak kenal dia?
Nana membuntangkan matanya.
Nana : Kim dong jun. Pelajar paling pandai, pendiam, shooting guard dalam bola keranjang, family dia ada syarikat kapal, bla bla bla bla.....
Nana beriya-iya menceritakan perihal hidup lelaki itu.
Nana : Aku tak tahu macamana kau boleh tak kenal dengan mamat cool tu.
Ji Yeon : Baru hari ni aku nampak dia, sebelum ni takde pulak. Untung betul hidup dia. Tak jadilah aku nak pikat dia kalau dia anak orang kaya.
Ji yeon mengeluh.
Nana : Kenapa? Tak mustahil tau
Ji Yeon : Sebab dia orang kaya. Siapalah aku ni. Lagipun orang kayakan berlagak.
Nana mengangkat bahu, diteruskan suapannya. Manakala Ji yeon menung jauh dinding kaca.
YOU ARE READING
Kpop Story : Fondness Shot
RomanceJiyeon begitu naif dan mempunyai perangai yang sangat comel dan mudah agresif. Dong jun seorang lelaki yang sangat pendiam, aktif, mempunyai personaliti yang menarik. Jiyeon sangat sukar jatuh cinta, tetapi apabila wujudnya seorang lelaki yang men...