Dari jauh Ji Yeon termenung. Perlakuannya diperhatikan ibunya.
Mi Young : Eomma tengok dari tadi kamu termenung. Teringatkan siapa?
Ji Yeon : Hah? Tak ada apa-apa eomma. Yeon teringat banyak lagi kerja sekolah yang Yeon tak siapkan lagi.
Ji Yeon menipu, walhal dalam kepalanya terfikir-fikir dan menunggu-nunggu ketibaan Dong Jun.
Mi Young : Kalau macam tu, kamu pergilah naik atas. Eomma dan oppa kamu boleh uruskan restoren ni. Lagipun pelanggan hari ni tak berapa ramai.
Ji Yeon : Takpe eomma. Ji Yeon tolong sampai kita tutup restoren. Lagipun eomma kan tak sihat.
Mi Yeon : Yelah. Tu, ade pelanggan datang. Pergi layan sana.
Ji yeon tersenyum hambar. Keluhan beratnya dilepaskan. Dilayan beberapa pelanggan yang datang dan yang memanggil dirinya.
Ke hulu ke hilir dia berjalan pantas. Akhirnya dia melabuhkan punggunya disebelah Ji Yong.
Ji Yeon : Takde orang order ke hari ni oppa?
Ji Yong : Ade, tapi tak ramai sangat.
Ji Yong : Kau kenapa dengan budak perempuan tiga orang tu?
Sambung Ji Yong.
Ji Yeon : Budak perempuan mana?
Ji Yeon terteleng-teleng ke belakang.
Ji Yong : Budak perempuan kat sekolah tadilah. Aku tengok kau tak habis-habis bergaduh dengan dorang bertiga tu.
Ji Yeon : Orang kaya oppa. Memang selalu cari pasal. Asyik-asyik nak menyakitkan hati orang, bila kita buat dia balik tak habis-habis nak report kat pengetua. Meluat betul!
Ji Yeon mengetap giginya.
Ji yong : Kau jangan layan sangat perempuan macam tu. Kadang-kadang dorang saje je nak dapatkan perhatian.
Ji Yeon : Yeon takkan layan kalau dia setakat nak mengejek-ejek nak malukan Yeon. Tapi kalau sampai dah nak hina keluarga kita, siapa yang tak marah oppa?
Ji Yong : Pandai-pandai kaulah. Tapi kalau tiba-tiba dia buat sesuatu sampai diluar batasan, bagitau oppa, jangan nak settlekan sendiri.
Ji yeon mengangguk lemah.
Ji Yong : Yang kau ni dari tadi oppa tengok asyik menung sedih, menung sedih. Apehalnya?
Ji Yeon : Takde apa-apalah. Cuma letih sikit hari ni.
Ji Yong : Letih tunggu mamat handsome tu ke?
Ji Yeon : Mamat handsome yang mana?
Ji Yong : Tak payah nak selindung-selindunglah. Macamlah orang tak tahu. Si Dong Jun tu tak pulak dia nak order hari ni.
Ji Yeon : Dia tak order hari ni? Dia makan kat mana?
Ji Yong : tadi cakap takde, itulah inilah. Nak selindung dari orang. Macamlah orang tak tahu.
Ji yeon : Oppa, rumah dia kat mana?
Ji yong : Kau nak oppa bawak kau pergi sana ke?
Ji Yeon : Takde lah sampai nak pergi sana.
Ji Yong : Tapi dia tu memang kaya gila. Maid bukan main ramai. Tapi appa dengan eomma dia selalu takde kat rumah. Sebab tu dia selalu order makanan. Tapi yang peliknya, dia selalu je order kat kita. Tak pulak dia nak makan maid dia masak.
Ji Yeon : Orang kaya oppa. Kalau tak membazir, bukan orang kaya namanya.
Ji Yong : Tahupun dia orang kaya. Oppa harap kau tak mengharap sangat kat dia. Kalau dia terima kaupun belum tentu appa dengan eomma dia nak terima. Orang macam kita, siapalah yang nak.
Ji Yeon terdiam. Hatinya hancur berderai.
Ji Yong : Tapi aku tau, dia tu memang baik. Tak macam lelaki lain.
Ji Yeon : Hmmm...
Ji Yong : Tu, pelanggan datang tu, pergi layan sana.
Ji Yeon : Yelah-yelah.
Dengan malas Ji Yeon bangun dari tempat duduknya. Walaupun letih, tetap dihadiahkan senyuman manis buat pelanggannya. Ramai juga lelaki terpikat dengannya, mana tidaknya, budak belasan tahun yang comel, sehinggakan ada yang cuba mengambil kesempatan, tetapi semuanya dihalang oleh Ji Yong.
Ji Yong memang ambil berat akan adiknya.
YOU ARE READING
Kpop Story : Fondness Shot
DragosteJiyeon begitu naif dan mempunyai perangai yang sangat comel dan mudah agresif. Dong jun seorang lelaki yang sangat pendiam, aktif, mempunyai personaliti yang menarik. Jiyeon sangat sukar jatuh cinta, tetapi apabila wujudnya seorang lelaki yang men...