Part 11:Kawan baru

42 6 0
                                    

Ji yeon dan Nana memilih tempat duduk di tepi kaca tingkap. Makanan yang diambil diletakkan di atas meja.

Waktu rehat itu lah Ji yeon dan nana banyak menghabiskan masa untuk berbual. Mereka bersembang juga di dalam kelas, tapi namapun pelajar. Mana puas bercakap.

Ji yeon tidak terlepas menceritakan kisah dia dan Dong Jun malam semalam. Dengan teruja nana mendengar. Tidak putus-putus dia bertanya apa jadi lepas tu, apa jadi lepas tu.

Gyuri : You nak tau tak Hyuna, malam tadi I dinner dengan sica dekat Hotel Gongjwa. Kebetulan masa we all berdua nak keluar, terserempak dengan dong jun dengan appa dia sekali.

Hyuna : Chincha? So you tegur dorang tak?

Jessica : Mestilah Gyuri ni tegur. Mana boleh lepaskan peluang.

Kedudukan meja ji yeon dan nana betul-betul di tepi meja mereka. Ji Yeon yang mendengar panas hati. Sengaja Gyuri menceritakan hal tersebut di depan ji yeon.

Gyuri : Berbual pendek je dengan ayah dia. Dong Jun tu adelah sepatah dia cakap. Tapi appa dia ajak datang rumah tau nak bersembang lama. Lagipun appa dia bagi keizinan belajar sama-sama. Boleh datang bila-bila masa je.

Gyuri tergelak-gelak. Semakin meluat dipendengaran Ji Yeon.

Hyuna : Then, you nak pergi ke?

Gyuri : Peluang keemasan depan mata, tak kan I nak tolak kot. Lagipun I memang nak suruh Dong Jun tu ajar I. Esokkan cuti, I nak pergi rumah dia.

Hyuna : I nak ikutlah, I nak tengok rumah dia macamana.

Gyuri : No, No, No. This is my first time. Bagilah I chance pergi sorang dulu. I nak ambil hati appa dan eomma dia. Mana tau dorang ada esok.

Semangat dan kegembiraan Ji Yeon hilang begitu saja. Hatinya sedih bercampur sakit hati.

Jung Shin : Hai.

Jung shin yang tiba-tiba muncul dari mana menegur gyuri dan gengnya. Dong jun hanya diam dan duduk dihadapan meja mereka.

Gyuri bangun dari tempat duduknya dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah dong jun.

Gyuri : Jun, esok I nak datang rumah you. Appa you kan ajak I datang. I nak minta tolong you ajarkan i. Bolehkan? Lagipun appa you dah bagi peluang dekat I.

Nickhun : Hai Jun. Duduk sekali boleh?

Dong Jun mengangguk-angguk.

Nana : Comelnya mamat tu. Budak baru ke?

Ji yeon diam, tidak mahu menoleh ke belakang. Nanti semakin panas hatinya.

Gyuri : You kenal Dong Jun?

Nickhun : Yup, appa I dengan appa dia kawan baik. I pun baru jumpa Dong jun malam semalam.

Gyuri : Malam semalam? Oh, mesti you jumpa dengan jun sebelum I jumpa dorang.

Nickhun : You pun ada semalam?

Gyuri : Yup, keluar dinner dengan sica.

Jessica mengangkat keningnya tersenyum.

Nickhun : so, dong jun boyfriend you?

Gyuri mengangguk tidak malu, tangannya diselitkan di lengan dong jun. Dong jun pula membiarkan perkara itu. Malas mahu melayan. Biarlah dia jadi batu dari dilayan perempuan tak tahu malu itu.

Nana : Kau tengok si Gyuri tu, tak malu betul mengaku dong jun tu boyfriend dia.

Ji yeon menoleh ke belakang. Matanya tepat pada lengan gyuri yang bersangkut pada lengan dong jun. Kini matanya tertumpu pada dong jun yang juga sedang melihatnya. Ji yeon yang tak tahan melihat aksi itu bangun dan ingin terus berlalu dari tempatnya. Tiba-tiba tersadung.

Ji Yeon : Kurang ajar!

Jerit ji yeon dalam hati. Mahu saja ditendang kaki Jessica yang menghalangnya jalan.

Nickhun : awak tak ape-ape?

Nickhun yang terlihatkan kejadian itu terus ke arah ji yeon dan menghulurkan tangannya. Ji yeon menyambut tangan nickhun. Risau dikatakan tidak menghargai orang yang mahu menolongnya. Nanti jadi bahan bual mereka pula.

Ji Yeon : Terima kasih.

Ji Yeon terus berlalu dari situ. Dikejar perlahan oleh nana.

*********************************************************

Ji Yeon : Benci betul aku dekat gyuri tu! Eee, benci! benci!

Ji yeon menumbuk-numbuk lutunya.

Ji Yeon : auuww.. Sakitnya.

Nana : Kawal sikit marah tu ji yeon. Lutut kau dah lebam ni. Jahat betul Sica tu.

Ji Yeon mengurut-urut lututnya yang sedikit biru.

Nickhun : Sini rupanya awak berdua.

Nana dan Ji yeon mendongak melihat gerangan lelaki yang bersuara.

Nana : Awak buat apa kat sini?

Nickhun : Cari awak berdualah. Nah, saya tengok lutut awak tu dah biru.

Nickhun menghulurkan ais yang ada di dalam plastic.

Nana : Nama awak siapa?

Nickhun : Oh, lupa. Sorry datang tak kenalkan diri. Nama saya Nickhun, boleh panggil khun je. Saya baru masuk sini hari ni.

Nana : Saya Nana dan ni Ji Yeon.

Nickhun mengangguk-angguk.

Nana : So, awak kenal dengan dorang semua?

Nickhun : Oh, saya satu kelas dengan Gyuri. Dan kebetulan saya kenal Dong Jun sebab dia anak kepada kawan baik ayah saya.

Nickhun menceritakan segala-gala tentang perihal dirinya. Dia senang berbual-bual dengan Nana dan Ji yeon. Ji yeon yang tadinya marah, senang dengan kehadiran nichkun.

Nickhun : Alaa, loceng dah bunyi. Tak dapat nak sembang lama. Saya masuk kelas dulu. Nanti kita jumpa lagi. Senang berbual dengan korang.

Nana : Ok, bye Khun.

Nickhun berlalu namun dikejar ji yeon perlahan.

Ji Yeon : Khun.

Nickhun berhenti. Melihatkan Ji Yeon mengeluarkan sesuatu dari dompetnya.

Ji Yeon : Nah. Nanti awak datanglah restoren keluarga saya. Untuk hari pertama, saya bagi diskaun 50%

Nickhun : Wah. Betul? Ok, saya takkan lepaskan peluang ni.

Ji Yeon : Ok lah, kitorang naik dulu. Nanti kena denda. Bye.

Ji yeon sempat menghadiahkan senyumannya. Kemudian di Tarik tangan Nana untuk naik bersama.

Nickhun : She was so cute. Kalau aku tahu ade perempuan comel macam ni kat korea, takde aku nak fly pergi UK.

Nickhun bersuara dalam hatinya. Dia betul-betul terpesona dengan kecantikan natural milik ji yeon.


Kpop Story : Fondness ShotWhere stories live. Discover now