Part 9 : Ambil hati

42 6 0
                                    

Gyuri melangkah masuk ke rumah, segala beg shoppingnya dijinjit ke dua-dua belah tangan. Turut dibantu oleh Jessica.

Jessica : You ni kalau shopping memang kalah I, I sepatutnya habiskan segala benda yang ada dalam mall tu, ni I tengok kalau boleh dengan mall tu sekali tu nak beli.

Gyuri : Well, ada duit tak kan nak simpan. You need to use it before you doesn't have it.

Gyuri mengeyitkan matanya. Jessica tersenyum manis.

Maid : Cik sudah balik, cik nak makan malam sekarang ke?

Pembantu rumahnya yang berpakaian merah putih terkejar-kejar ke hadapan apabila tahu majikan sudah pulang ke rumah.

Gyuri : Tak perlu. I keluar dinner dengan kawan I nanti. Makanan malam ni you dengan yang lain boleh habiskan. Tak perlu simpan, nanti tak elok. Kalau you all nak bawak balik rumah pun takpe. Lagipun takde siapa nak makan.

Pembantu rumahnya mengangguk-angguk. Gyuri melihat tiga lagi pembantu rumahnya yang mengintai-intai. Ya, mereka tersenyum gembira apabila Gyuri memberi arahan supaya makanan dihabiskan.

Memang untung pekerja-pekerja mereka. Gyuri memang tidak lokek memberi makanan kepada pembantunya, mana tidaknya, dari dia masih bayi dia dijaga oleh mereka semua. Tetapi, kalau orang luar jangan haraplah.

Gyuri : You nak duduk sini or naik atas sekali.

Jessica : I tunggu you dekat luar, lagipun I suka dengan landskap rumah you. Lawa.

Gyuri mengangguk-angguk. Beg shoppingnya tidak dibawa naik, kerana itu tugas pembantunya. Gyuri berlari-lari anak menaiki anak tangga.

Jessica : Kalau I nak air boleh?

Jessica bersuara kepada pembantu rumah Gyuri.

Maid : Boleh Cik Sica, Cik Sica nak jus kiwi?

Jessica : You ni macam tau je kan?

Maid : Mestilah, cik Sica kan dari dulu berkawan dengan cik Gyuri.

Pembantu rumah itu tersenyum-senyum.

Maid : Cik sica boleh duduk dulu, nanti saya siapkan jusnya.

Jessica : I duduk kat luar tau.

Pembantu rumah itu mengangguk-angguk.

***************************************************

Bool Am : Hai, Deok Hwa.

Deok Hwa : Yaaahh, Bool. Sihat?

Deok Hwa bangun dari kerusinya. Dong Jun juga.

Bool Am : Sihat. Ni anak aku. Nickhun.

Deok Hwa : Nikhun? Khun? Yaaah, dah besar panjang dah. Last jumpa masa bayi.

Nickhun bersalaman dengan Deok Hwa.

Deok Hwa : Ni, uncle kenalkan Dong Jun. Anak uncle.

Nickhun yang sudah mengetahuinya dari ayahnya mengangguk-angguk. Dong Jun mencapai salaman Nickhun.

Deok Hwa : Duduk-duduk. Aku dah tempah makanan awal-awal. Makanan paling sedap kat restoren ni.

Bool Am : Aku tak kisah mana-mana. Asal makan.

Mereka tergelak-gelak.

Dalam kesibukan rancak berbual, pelayan menuju ke arah mereka. Tiba masa untuk menghidang pencuci mulut.

Deok Hwa : Hah, khun lepas ni tak balik UK dah kan? Sambung sekolah mana?

Bool Am : Appa hantar masuk Gwangju High school uncle. Appa kata sama sekolah dengan Dong Jun. Betul tak?

Deok Hwa : Betul-betul. Baguslah kalau macam tu. Bolehlah kamu berdua bertambah rapat.

Nickhun, Bool Am dan Deok Hwa tergelak-gelak. Dong jun hanya senyum. Dialah yang paling diam diantara mereka berempat. Hanya bersuara apabila ditanya.

Deok Hwa : Appa harap, lepas ni kamu dengan khun boleh jadi kawan baik. Senang appa tengok dia, perangai dia sama macam appa dia, ramah.

Setelah lima belas minit Nickhun dan ayahnya pulang, Deok Hwa dan Dong Jun melangkah keluar dari restoren.

Gyuri : Dong Jun, hai.

Tiba-tiba mereka terserampak dengan Gyuri dan Jessica. Gyuri yang tidak segan terus menyapa Dong Jun. Deok Hwa terpingga-pingga.

Dong Jun : Appa, ni kawan sekolah Jun. Gyuri dan Sica.

Gyuri dan Jessica bersalaman dengan ayah Dong Jun.

Deok Hwa : Appa tak sangka kamu ada kawan secantik ni.

Gyuri : Biasa je uncle.

Gyuri senyum mesra. Mereka berbual-bual pendek, Dong jun pula tiada hati mahu melayan.

Jessica : I kena balik ni Gyuri.

Jessica berbisik perlahan ke Gyuri.

Gyuri : Uncle, we are so sorry. Sica ni ada hal kat rumah. We all nak gerak balik dulu.

Deok Hwa : Baik. Kamu berdua jangan segan silu nak datang rumah uncle. Boleh belajar sekali dengan Dong Jun ni. Dia selalu je sorang kat rumah. Kalau kamu berdua datang, boleh jugak teman dia sekali sekala.

Gyuri : Boleh uncle. Saya pun kalau boleh nak minta tolong Dong Jun ajarkan saya benda yang saya tak tahu.

Deok Hwa : Baguslah kalau macam tu. Boleh belajar sama-sama.

Mereka ketawa ramah mesra. Dong Jun pulak sudah tidak senang hati.

Dong Jun : Appa, Jun tunggu appa dalam kereta.

Deok Hwa mengangguk-angguk. Dong Jun terus berlalu dari situ.

Deok Hwa : Uncle harap kamu tak terasa dengan perangai anak uncle ni. Dia memang macam ni.

Gyuri : Takpe uncle,dia dekat sekolah pun macam tu jugak.

Deok Hwa : Yelah. Uncle gerak dulu. Hati-hati balik.

Gyuri dan Jessica : Baik uncle.

Jessica dan gyuri melangkah masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh pemandu Jessica.

Jessica : Tahniah Gyuri. Nampaknya you macam dapat tarik perhatin ayah dong jun tu. Dia pun macam suka dekat you sekali.

Gyuri tersenyum penuh makna.

Kpop Story : Fondness ShotWhere stories live. Discover now