Bab 1

417 8 1
                                    

"Bagi limau suam dengan roti bakar je lah bang," Rossa pesan pada pekerja kedai makan yang kurus itu. Terukir riak puas pada pemuda itu. Dari tadi dia asyik berdiri menunggu untuk mencatit pesanan dari meja Rossa dan rakan-rakannya.

"Sikitnya kau makan?" Tanya Biha. Dia siap order tomyam dengan siakap stim lagi.

"Kenyang lah, petang tadi makan cempedak goreng banyak sangat,"

Kalau ikutkan hati Rossa malas nak keluar makan malam ni tapi teman serumahnya, Biha dan Ika yang beria ajak dia makan siakap stim yang memang dah jadi rutin bulanan mereka. Lagipun sejak putus kasih dengan Haziq bulan lepas, Rossa memang tak ada hati nak keluar makan di luar pun. Buat apa nak bazir duit makan di kedai kalau selera dah mati.

Hampir 20 minit menunggu, satu persatu hidangan mereka sampai. Mujur orang tak ramai, jadi tak perlu tunggu lama sangat.

Rossa mengunyah roti bakar perlahan-lahan. Ikut sunnah nabi kena kunyah 44 kali baru lah makanan dapat dihadam dengan elok. Ini lah rahsia perut Rossa kekal ramping. Sedang asyik mengunyah mata Rossa menangkap ke arah sepasang pakwe dan makwe yang sedang berbual mesra selang 3 buah meja dari situ. Kunyahan Rossa terhenti. Roti bakar yang tadinya lembut terasa keras macam besi.

"Haziq?" Tanya Rossa lebih pada diri sendiri.

"Apa dia Rossa?" Tanya Ika yang tak berapa dengar apa yang dikatakan Rossa tadi. Tapi Biha dengar. Kepala dipusing ke arah pandangan mata Rossa. Ika turut menghala pandang ke arah yang sama.

Kelihatan Haziq sedang asyik bercerita sesuatu pada temannya yang nampak bahagia tertawa. Sesekali dia menarik hidung Haziq yang agak mancung. Entah topik apa yang dibualkan sampai kedua-duanya asyik tersengih sejak tadi.

Tanpa sempat dihalang oleh teman-temannya, Rossa bangun dan menapak laju ke arah meja yang dihuni Haziq dan temannya itu. Haziq yang tadinya tertawa riang serta-merta terdiam apabila Rossa muncul di tepi meja makannya.

"Rossa, errr," lidah Haziq terasa kelu.

"KJTG" bisik Rossa perlahan.

"Huh??" Haziq tak faham apa yang diomelkan bekas kekasihnya itu.

"Kau jantan tak guna!" Pekik Rossa agak lantang.

"Hei kau ni siapa datang nak maki-maki boyfriend aku?" Giliran teman Haziq memarahi Rossa. Tapi Rossa tak balas sepatah pun. Cuma tangannya cekap mencapai gelas yang berisi tembikai laici di atas meja itu dan selamba dijirus ke muka teman Haziq.

"Rossa!" Haziq berdiri kerana tidak menyangka tindakan Rossa sebentar tadi.

"What Haziq? Kau pun nak kena simbah?" Tanya Rossa sambil cuba mencapai gelas minuman milik Haziq tapi sia-sia kerana gelas itu sudah kosong. Rossa pusing ke meja belakang.

"Nah Cik," lelaki yang berada di meja belakang menghulurkan segelas air oren pada Rossa.

"Thanks" sempat lagi dia berterima kasih pada lelaki itu sebelum giliran Haziq pula disimbah air. Tak sempat nak elak dah, tahu-tahu dah basah. Sesudah itu selamba saja dia berjalan keluar dari kedai makan itu meninggalkan Ika dan Biha serta beberapa pelanggan lain yang menonton drama sebabak itu tadi.

Kalau Dah SayangWhere stories live. Discover now