Bab 9

197 5 1
                                    

Rossa duduk termenung di meja makan dengan segelas susu Marigold HL kegemarannya. Sebenarnya dia kecewa. sangkanya dia pengsan sebab mengandung, macam dalam drama yang selalu disiarkan di tv, tapi dia pengsan cuma pasal tak sarapan. buang karan je pergi jumpa doktor. dah la tak sempat makan nasi arab pun. Balik tengok rasa tak selera tapi Jibril makan juga nasi tu. Rossa sebenarnya harap sangat yang dia mengandung sebab dia dah habis modal nak pujuk Jibril. Lagipun dia bukannya reti pujuk orang, Haziq dulu mana pernah merajuk.

"Shit!" Terkeluar makian dari mulut Rossa. balik-balik Haziq juga yang diingatnya.

Dia meraup wajah yang agak tidak bermaya. sayup-sayup kedengaran gelak tawa Jibril dari dalam bilik. Hmm cakap telefon dengan siapa lah tu sampai gelak-gelak macam tu. Fikir Rossa sendirian. Rindu sungguh nak bergelak dengan Jibril macam dulu.

Rossa bangun dan mencapai gelas susu yang sudah kosong lalu diletakkan di dalam sinki. Kemudian dia berlalu dari dapur dan berjalan perlahan menuju ke bilik yang dikongsi bersama Jibril. Ketawa Jibril yang tadinya sakan tiba-tiba hilang bila menyedari kehadirannya di dalam bilik itu. Perkara itu sudah dijangka Rossa. Dia duduk di birai katil bersebelahan dengan Jibril. Tangan Jibril yang asyik melekat pada skrin telefon cuba dicapai Rossa tetapi belum sempat disentuh Jibril sudah melarikan tangannya. Dia bingkas bangun dan menuju ke almari. Rossa hanya memerhati sahaja Jibril yang sedang bertukar pakaian.

"Saya nak keluar lepak dengan kawan," nada dingin seperti biasa.

"Belikan saya burger ayam boleh tak?" pinta Rossa tiba-tiba. Jibril hanya angguk.

Sebenarnya bukan dia nak sangat pun makan burger tu tapi dia cuma nak Jibril balik awal.

* * * * *

Dari tadi Jibril hanya melepak seorang diri di kedai mamak. Memang tak ada sesiapa pun yang ajak dia lepak, tapi dia nak keluar tenangkan fikiran. duduk serumah dengan Rossa, tidur sebilik, makan sekali, dia susah nak terima semua itu. Bila dia tengok wajah Rossa, dia jadi marah dan geram.

Rokok dinyalakan lagi. masuk kali ini sudah berapa batang rokok yang dihisapnya. itu memang tabiat buruk Jibril. Bila ada perkara yang merunsingkan, memang rokok yang dicarinya. Dari sekolah menengah dah mula hisap rokok, bukan senang nak tinggalkan benda yang boleh dikatakan dah sebati dalam dirinya.

"Burger Ayam bang," kehadiran seorang budak lelaki di mejanya menghilangkan lamunan Jibril.

"Nah." duit kertas seringgit dihulurkan sebanyak tiga keping kepada budak lelaki itu.

Selepas mengucapkan terima kasih, budak itu terus berlalu dari meja Jibril dan kembali ke gerai tempat dia menjual burger. Dia dengan Rossa selalu makan burger di sini. Rossa suka burger ayam tapi dia suka burger daging. bukan setakat burger sahaja yang menjadi perbezaan mereka tetapi banyak lagi. Orang kata perbezaan itu saling melengkapi dan memang itu juga yang diharapkan Jibril setelah dia melafazkan akad terhadap Rossa.

Dalam hati dia mengaku yang dia memang sayangkan Rossa, bukannya dia sengaja nak layan Rossa teruk macam tu tapi dia pun manusia biasa. Rasa tertipu dengan perkara yang disembunyikan Rossa selama ini.


Kalau Dah SayangWhere stories live. Discover now