Bab 2

263 3 2
                                    

"Garang siot awek tadi" ujar Anas kepada rakannya yang lagi dua orang iaitu Apuz dan Jibril.

"Tu mesti kes pakwe curang la tu, apa punya laki la, awek cun macam tu pun dia curang" balas Apuz sambil menyalakan sebatang rokok.

"Tapi makwe baru dia yang kena simbah tu pun lawa juga, laki tu muka biasa je, heran aku macam mana dia boleh dapat awek lawa lawa semua" sambung Apuz lagi.

"Yang paling aku nak tergelak time Jib bagi air kat dia,"

"Spontan" balas Jibril sepatah. Ada senyum tersungging di hujung bibir. Teringat dekat awek garang tadi boleh terasa nak senyum pula. Sebenarnya dari awal dia masuk kedai tu dia dah perasan awek tu asyik termenung dekat meja makan sebelah kaunter bayaran. Tup tup awek tu bangun dengan muka geram menuju ke meja dia. Cuak lah dia sebab ingatkan dah kantoi dok usya anak dara orang dari jauh tapi rupa-rupanya nak serang mamat dekat meja sebelah dia.

"Weh tu bukan awek tadi ke?" Apuz tiba-tiba bertanya. Segera Jibril dan Anas melihat ke arah yang sama.

Kelihatan Rossa masuk seorang diri dan sedang menuju ke arah mereka bersama senyuman. Tiga-tiga orang pemuda ni dah buat muka pelik. Apahal pulak minah ni?

"Berapa harga air oren yang saya pinjam tadi?" Tak ada mukadimah dah, Rossa terus tanya.

"Hah? Seringgit lapan posen kot, oren bancuh je," walaupun pelik dengan soalan Rossa, Jibril tetap menjawab.

Dua keping not seringgit dihulurkan pada Jibril membuatkan Jibril makin terpinga-pinga.

"Ambil lah, saya bayar untuk air awak tadi," tangan Rossa masih menghulur duit seringit yang dua keping itu.

"Ish takpayah la, anggap lah tadi tu saya belanja awak nak lepaskan geram," balas Jibril dengan senyuman.

"Betul taknak?" Tanya Rossa tak puas hati.

Jibril menggeleng. "Saya ikhlas, asal awak tak simbah saya cukup."

Tergelak Rossa dengan kenyataan Jibril itu sehingga nampak jelas lesung pipit di pipi kirinya.

"Okay lah kalau macam tu, thanks," ucap Rossa yang sudah berkira-kira hendak berlalu pergi.

Jibril masih tetap dengan senyuman nya sehingga lah batang tubuh Rossa hilang dari pandangan.

Balik rumah Jibril jadi tak boleh tidur. Pejam mata tak kena, buka mata lagi tak kena. Minda asyik merawang teringatkan awek garang di kedai makan tadi. Sudah lah tengah rasa menyesal tak cuba mengorat tadi, lepas tu boleh pula lupa nak tanya nama. Sudahnya dia angau sorang-sorang sambil pandang kipas siling berputar.

Kalau Dah SayangWhere stories live. Discover now