Bab 11

179 5 2
                                    

"Duduk lah dulu Apuz." Pelawa Jibril. Dia kemudiannya mengatur langkah ke dapur.


Apuz duduk di atas sofa putih yang terdapat di ruang tamu rumah Jibril itu. Keadaan rumah yang agak berselerak diperhatikan oleh Apuz. 

Tidak lama kemudian Jibril muncul semula dengan dua tin vanilla coke di tangannya.

"Sorry lah Puz, ada ni je." beritahu Jibril sambil menghulurkan setin coke kepada Apuz.

"Takpe lah, aku datang sini bukan nak minum ke makan ke pun, tapi nak dengar masalah kau yang serabut sangat ni. Apa dah jadi dengan kau ni? Rossa mana?" tanya Apuz.

Jibril tersandar di sofa. Dia diam seketika. Selepas subuh tadi dia terus telefon Apuz sebab kepalanya dah serabut sangat nak fikir hal rumahtangganya yang semakin teruk. Macam mana tak serabut kalau bangun-bangun pagi kelmarin tengok Rossa tiada di sisi. Padahal malam sebelumnya bukan main baik lagi Rossa layan dia.

"Rossa hilang, aku taktahu lah dia pergi mana, aku bangun cari dia tak ada."

"Kau tak call dia?"

Jibril geleng. Nak call tapi ego yang menghalang dia.

"Kau serabut macam ni bila dia hilang tapi kau tak cuba pula cari dia, bak sini nombor dia aku call." tinggi nada suara Apuz. bukan dia taktahu ego Jibril yang jenis tinggi melangit tu. Dia pun lelaki dan ada ego tapi ada masanya dia boleh saja turunkan ego untuk kebaikan.

"Nak buat apa call dia, tak payah lah Apuz. Dia yang nak sangat keluar dari rumah ni, nanti pandai-pandai dia lah cari aku."

"Aku takfaham lah dengan kau ni, sorry lah kalau aku menyibuk tapi boleh tak kau cerita apa masalah kau laki bini ni?"

Jibril menghela nafas kasar. Nak cerita pun rasa malas sebab sakit hati.

"Susah nak cakap, tapi yang aku boleh bagitau kau, dia tak jujur dengan aku." hanya itu yang diberitahu Jibril. Baginya, hal yang menjadi punca dia sakit hati dengan Rossa itu terlalu peribadi untuk dikongsi dengan Apuz walaupun lelaki itu memang sahabat baik dari zaman mumayyiz lagi. 

Apuz terpaksa akur walaupun hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang Rossa dah lakukan pada Jibril tapi dia tetap menghormati sahabatnya itu.

"Kau ada bincang dengan dia?" 

Jibril geleng.

"Kalau tak bincang, sampai bila pun masalah ni takkan selesai. Aku ni bukannya pandai sangat nak bagi nasihat pasal hal rumah tangga, yelah aku sendiri pun belum kahwin. Yang aku boleh cakap, kau kena bawak bincang dengan Rossa pasal masalah korang ni."

"Aku taktahu dia kat mana sekarang ni, macam mana nak bincang?"

Apuz mendengus. "Telefon kau tu apa guna wujud? Call lah Rossa, aku rasa dia tak pergi jauh mana pun, entah-entah balik rumah mak dia." teka Apuz.

Jibril terangguk-angguk sambil memikir mungkin benar apa yang dikatakan Apuz. Telefonnya dicapai sebelum dia mendail nombor telefon Rossa. 

"Hello." sambut suara di talian sebelah sana setelah agak lama berbunyi. 

"Err, Rossa?" tanya Jibril yang ragu-ragu dengan suara yang menjawab telefon isterinya. Tidak manja dan lunak seperti suara Rossa tapi suara ini agak dalam dan tegas serta garau sedikit.

"Ayah ni, Rossa tak ada, dia pergi hospital, lupa bawa telefon agaknya." Ayah mertuanya yang menjawab panggilan Jibril.

Lega hati Jibril apabila mengetahui Rossa memang benar-benar pulang ke rumah keluarganya.

"Rossa okay ke tak tu?"

Terdengar ayah mertuanya ketawa. "Orang berisini ni Jibril, okay tak okay sangat lah."

Riak wajah Jibril kosong, tidak faham apa yang dimaksudkan oleh ayah mertuanya. "Petang nanti saya gerak ke sana ya Ayah, kirim salam dekat Mak dengan Rossa ya."

Perbualan ditamatkan. "Dia memang ada kat rumah Mak Ayah dia." beritahu Jibril kemudiannya.


Kalau Dah SayangWhere stories live. Discover now