Bab 6

180 2 2
                                    

Semua mata tertumpu kepada Rossa membuatkannya tergamam. Jibril berdebar menanti jawapan dari gadis yang mula mendapat tempat di hatinya itu. Rossa memandang emak dan ayahnya yang turut tergamam dengan apa yang terkeluar dari mulut Jibril tadi. Mana nak sangka pula ada pemuda yang berani melamar anak gadis mereka di hadapan semua orang tua begini. Tetapi dalam diam-diam ayah Rossa mula menyukai Jibril.

"Rossa?" Panggil Jibril apabila melihat Rossa yang bagaikan sudah hilang suara.

"Err..." Hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan Rossa.

"Awak nak kahwin dengan saya tak?" Masuk kali ini sudah tiga kali Jibril mengajak Rossa kahwin. Takkan dia nak diam lagi?

"Nak!" Cepat-cepat Rossa jawab nak sambil angguk laju. Jibril menarik nafas lega.

*****
"Nah." Emak Rossa iaitu Puan Nawal meletakkan pisau dan papan pemotong di hadapan anak daranya yang sedang menjamah nasi goreng.

"Buat apa ni Mak?" Tanya Rossa pelik. Mujur tak terlekat nasi goreng yang dimakannya.

"Ayah ada beli ikan siakap, Rossa buat gulai, mak nak test tengok kau pandai masak tak." Arah Puan Nawal.

"Mak ni, ikan siakap kalau buat masak stim lagi best lah, yang tu Rossa selalu masak kat rumah sewa."

"Kau tak pernah lagi makan gulai siakap, lagi sedap lagipun Ayah kau dari semalam dok sebut nak makan gulai siakap, itu yang dia beli kat pasar pagi tadi."

"Yelah Mak, gulai pun Rossa boleh je masak, mak ni nak test pula, macam la Rossa ni tak pernah masuk dapur." Balas Rossa sambil membasuh pinggan bekas nasi gorengnya.

"Kau buat je lah Rossa, Mak nak sambung jahit baju kurung yang nak pakai untuk kenduri kau nanti."

Rossa ikut saja apa yang diarahkan Puan Nawal. Ikan siakap yang sudah siap di siang itu dibasuh bersih-bersih. Kemudian dia ambil air asam jawa dan dilumurkan di seluruh bahagian ikan siakap itu supaya tidak berbau hanyir. Barang-barang memasak gulai ikan sangat mudah, hanya bawang putih, bawang merah, herba campur, daun kari, rempah kari ikan, santan dan garam sahaja diperlukan. Selain itu, boleh juga dimasukkan kacang bendi dan cili besar di  dalam gulai tersebut.

Kalau Dah SayangWhere stories live. Discover now