Bukan dia sengaja menyembunyikan perihal itu, tetapi dia tidak berpeluang menjelaskan. Sudahnya Jibril tahu sendiri. Dia masih ingat lagi wajah Jibril pagi itu. Jelas ternampak riak kecewa bercampur marah. Selepas kejadian itu Jibril melayannya dengan dingin. Bercakap nak taknak tapi malam-malam tetap juga nak tidur sekatil.
Dah berbulan Rossa rasa hubungan mereka suami isteri begitu hambar sampai dia dah tak tahan asyik bercakap sorang-sorang.
"Can we talk?" Tanya Rossa sambil duduk di sebelah Jibril. Kepalanya sengaja dilentok ke dada bidang suaminya. Sambil itu jarinya dipusing-pusing atas perut Jibril. Kemudian perlahan-lahan dia terasa rambutnya diusap Jibril. Rossa menarik nafas panjang. Hari ini mood Jibril baik. Tiba-tiba saja bangun pagi tadi ajak dia pergi jogging.
"Ehem?" Jibril sekadar membalas dengan deheman kecil.
"Kenapa awak nak kahwin dengan saya dulu?"
Pertanyaan Rossa menghentikan usapan Jibril di kepalanya.
"You should ask before our marriage." Jibril mengangkat punggung dan berkira untuk beredar. Topik yang Rossa utarakan bakal buat dia panas hati.
"Jibril." Panggil Rossa dengan nada lembut dan perlahan. Nada yang boleh melemahkan Jibril sehinggakan memakukan kakinya di lantai.
"Apa salah saya?" Tanya Rossa benar-benar ingin tahu. Dia dah penat nak buat-buat macam takda apa yang berlaku dalam hubungan mereka.
"You taktahu?" Jibril menyoal balas.
"Jibril please, berterus terang dengan saya." Dalam hati Rossa dah mengagak ini mesti perihal yang satu itu.
"You ada jawapannya, you perempuan yang tak jujur."
"Hina sangat ke saya pada mata awak? Salah tu saya buat pada masa silam saya."
"You tak rasa nak bagitahu I? Rossa, I boleh terima kalau You berterus terang dengan I, bukannya I kena tahu sendiri macam ni, I rasa tertipu."
Rossa tunduk rapat memandang lantai.
"Saya cuba nak bagitau awak malam tu."
"Liar." ucap Jibril tidak berperasaan.
"I'm sorry." sayu suara Rossa meminta maaf.
"Stop saying that, berapa banyak you minta maaf pun takkan mengembalikan apa yang dah hilang, mungkin semua ni salah I yang rushing nak kahwin dengan you tanpa sempat kita betul-betul kenal, dan sekarang tengok lah, nasi pun dah jadi bubur."
Berkaca mata Rossa memandang Jibril. "Awak menyesal ke kahwin dengan saya?" tanya Rossa perlahan sehingga hampir tidak kedengaran. Pedih di hati jangan cerita.
"I wish i could turn back time Rossa"
Apa yang diucap Jibril malam itu benar-benar menghiris hati Rossa. Itu yang esok pagi matahari belum naik lagi dia dah keluar dari rumah itu dan memandu pulang ke rumah Mak dan Ayah.
"Rossa." terdengar suara Jibril di sebalik pintu beserta ketukan. Kemudian tombol yang tidak berkunci itu dupulas dari luar. Jibril masuk dan duduk berhadapan dengannya. Rossa hanya menjeling tajam. air mata yang bersisa cepat-cepat diseka.
"Saya cakap tak fikir dulu, terlalu ikutkan sangat marah di hati." Jibril mula menyusun kata.
"Memang betul pun apa yang awak cakap, kita belum kenal betul-betul dah sibuk nak kahwin, saya memang tak jujur dengan awak, semua salah saya. Orang macam saya tak layak untuk orang macam awak.Walaupun saya dah bertaubat, masa silam saya takkan terhapus macam tu je. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan saya bukan perempuan yang selayaknya untuk awak. Mungkin awak boleh cari perempuan lain yang lebik baik dari saya." panjang lebar Rossa meluah rasa hati.
"Jangan cakap macam tu sayang, saya nak hidup dengan awak je sekarang ni."
"Awak boleh ke terima saya seadanya? Boleh ikhlaskan diri awak tanpa mengungkit suatu hari nanti?" sinis pertanyaan Rossa.
Lidah Jibril terkelu.
YOU ARE READING
Kalau Dah Sayang
Короткий рассказInsiden siram bekas kekasih menemukan Rossa dengan Jibril. Rossa gadis yang agak 'daring' perwatakannya manakala Jibril seorang yang santai dan relaks. Nak jatuh cinta tak perlu ambil masa yang lama, tapi nak melupakan perlu seumur hidup. Ditingga...