Bab 10

162 4 0
                                    

"Kau balik sorang je ke Rossa?" soalan itu yang dilontarkan Puan Nawal apabila melihat hanya Rossa yang muncul, kelibat menantunya langsung tidak kelihatan di mana-mana. Hairan juga apabila tiba-tiba sahaj kereta Rossa muncul di halaman rumahnya pagi ini, sudah lah hari ini hari Selasa. Tak kerja ke Rossa ni? Lehernya dipanjangkan ke belakang Rossa untuk menjenguk, mana lah tahu kalau Jibril masuk lewat sedikit dari Rossa.

"Rossa sorang je mak, takpayah nak cari-cari lagi dah." balas Rossa sambil melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di ruang tamu. Pelipisnya dipicit lembut. Rasa pening pula tiba-tiba.

Puan Nawal turut sama duduk di sofa yang berhampiran dengan Rossa. "Kenapa Jibril tak balik sekali?" tanya Puan Nawal. Sejak Rossa kahwin lima bulan yang lepas, belum sekali pun anak menantunya balik menjenguk dia. Bila ditanya, kedua-duanya jawab sibuk.

"Mak, Rossa pening lah, nak masuk bilik, nak rehat jap." Sengaja soalan Puan Nawal tidak dijawab. rasa pening di kepala semakin menjadi-jadi pula. 

Puan Nawal hanya memerhati sahaja anaknya yang berjalan menonong terus ke dalam bilik. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Sejurus kemudian dia turut membontoti Rossa ke dalam bilik. Dilihatnya Rossa sedang berbaring secara mengiring.

Air mata yang mengalir di pipi cepat-cepat disapu Rossa, bimbang disedari oleh emaknya. Walhal Puan Nawal bukannya tak perasan cuma sengaja tidak ditegur. Dia yakin ada sesuatu yang membawa Rossa ke sini. 

Puan Nawal duduk di sebelah Rossa yang sedang berbaring. Kepala anaknya diangkat dan diribanya. Rossa hanya mengikut, rindu pula rasa dimanjakan begini. Tenang rasanya bila jari-jemari tua emaknya perlahan-lahan memicit kepalanya.

"Mak nak masak apa hari ni?" tanya Rossa.

"Ayah kau bukannya ada harini, Mak ingat nak masak biasa-biasa je lah."

"Teringin nak makan daging bakar dengan air asam lah mak." dalam lembut Rossa meminta.

"Kau makan daging ke?" tanya Puan Nawal hairan. Sepanjang dia menjaga Rossa sejak kecil, dia tahu Rossa bukanlah penggemar daging, pernah masa kecil Rossa muntah selepas makan daging.

"Tiba-tiba je teringin." jawab Rossa perlahan.

"Yelah, kejap lagi mak masakkan untuk kau, makan malam nanti lah, sempat lah mak perap dulu daging tu."

* * *

Aroma daging bakar yang baru siap dimasak itu begitu menyelerakan. Rossa dah tak sabar-sabar lagi terus mencapai daging tersebut. Puan Nawal dan Encik Ruslan hanya mampu geleng kepala melihat perangai anak bongsu mereka.

"Sejak bila dia suka daging?" tanya Encik Ruslan yang sedang mencedok kuah asam pedas ke dalam pinggannya. 

Puan Nawal hanya mengangkat bahu. "Balik tadi dia minta Na masakkan, teringin katanya."

"Aik, dah ada isi ke?" kali ini Encik Ruslan bertanya dengan senyuman.

Serentak dengan itu Rossa terus berlari ke sinki dan memuntahkan semua isi perutnya. 

Encik Ruslan dan Puan Nawal masing-masing berpandangan.

* * * 


Kalau Dah SayangWhere stories live. Discover now