Hari Sabtu, hari yang indah untuk Razif dan ibunya berkelah di tempat yang selalu jadi tempat tarikkan di Johor Bahru iaitu di Hutan Bandar Mutiara Rini. 'Mak! Joging dengan Zif jom?' tanya Razif kepada ibunya yang bernama Sarah Aida.'Kejap! Mak nak betulkan tali kasut dulu. Tunggu mak!' balas ibunya kepada Razif. Sedang mereka berdua sedang berjoging , tiba - tiba muncul seorang lelaki yang bertubuh tegap dan menegur ibunya.'Ehh awak? buat apa kat sini?' tegur lelaki itu kepada ibunya.'Ehh Jamal? awak buat apa kat sini?' tanya ibunya kepada lelaki yang bernama Jamal. 'Saya bersiar - siar saja disini , lagipun rumah saya berhampiran saja. Saya tinggal di Pangsapuri Sri Bayu di belakang sana' kata lelaki itu kepada ibu Razif. Razif hanya mendengar sahaja perbualan antara ibunya dengan lelaki itu.'Ehh saya pun , rumah awak berdekatan sahaja dengan rumah saya. Saya tinggal di Villa Koi belakang pangsapuri awak' kata ibunya dengan senyuman manis pada lelaki itu. Razif melihat gaya lelaki yang bernama Jamal itu berkata - kata seperti inginkan sesuatu dari ibunya. Raziq dapat rasa , ada yang tidak kena pada hari ini. Sedang lelaki itu berbual bersama ibunya , tiba - tiba keluar ayat yang tidak diingini untuk didengar oleh Razif. 'Ayuh pergi ke rumah saya , kita minum - minum boleh kita cerita pasal zaman sekolah kita dulu'. 'Baiklah! Jom Razif!' balas ibunya kepada lelaki itu dengan mengajak Razif tanpa bertanya. Razif dapat lihat bahawa lelaki itu seperti tidak menyukainya selepas ibunya mengajaknya ikut bersama. 'Hm .. Baik mak' balas Razif dengan nada yang agak mencurigakan. Lelaki itu adalah kawan sekolah menengah Puan Sarah . .
YOU ARE READING
MUSNAH
Mystery / ThrillerKisah seorang remaja bernama Ahmad Razif yang menimpa pelbagai musibah. Hidupnya kini gelap dan MUSNAH. Apa yang membuat masa depannya gelap dan MUSNAH? Kisah pembunuhan atau apa? Ikuti Novel ini.