Razif terbaring seorang diri di perhentian bus sambil memikir , dimana harus dia tinggal buat sementara waktu untuk mengelak daripada bapa tirinya.
Sedang dia memikir , dia teringat akan Nenek dan Atuknya tetapi mereka telah pergi ke KL kerana ada majlis kahwin disana. Razif bangun lalu beredar dari situ dan pergi ke pasar raya "Everyjoy" untuk membeli makanan untuk dirinya sendiri. Sedang dia memilih air , tiba - tiba terdengar namanya di panggil 'Razif!' Razif menoleh kebelakang. Rupa - rupanya kawan sekolahnya iaitu Hawa dan Azlina. 'Eh? Korang tak sekolah?' tanya Razif. 'Kita orang gi bandar tadi. Gi dating gan "boy" kita orang' balas mereka. 'Ponteng laa ni? Ouhh' 'Ha? Asal tak sekolah? Sebuk tanya orang tapi dia pun sama' 'Hehe , aku ada masalah keluarga. Jangan tanya kenapa' balas Razif. 'Ouh , okay' balas Hawa dan Azlina.----------------
Selepas beberapa minit kemudian , Razif melepak di hadapan sekolah pada pukul 1.05 petang untuk menunggu Nabil keluar dari sekolah. Muncul Nabil selepas beberapa minit. 'Ha! Asal tak sekolah?' kata Nabil dengan begitu kuat sehingga pelajar lain mendengarnya lalu melihat Razif. Nabil telah membuat Razif menjadi benggang. 'Jangan cakap kuat - kuat beruk! Semua orang dengar kau tahu!?' bisik Razif dengan nada yang marah. 'Hehe , maaf bro , aku tak perasan' sengih Nabil. 'Tolong aku. Sebab malam ni aku tak balik sebab bapak tiri aku dah jadi hantu! Kepala aku berdarah tadi. Ni dah okay' kata Razif. Nabil terpinga - pinga. 'Bapak kau buat apa kat kau sampai berdarah bagai? tanya Nabil dengan nada yang ingin tahu. 'Dia bergelut and bertumbuk dengan aku. Tadi dia pengsan sebab tu aku lari' kata Razif sambil melihat sekeliling kerana takut - takut ada pelajar yang akan pasang telinga. 'Peh!? Hebat kau!? Sampai dia pengsan?' tanya Nabil lagi. 'Sekarang ni tolong aku. Aku nak cari tempat tinggal untuk aku tido malam ni , tolong weh?' rayu Razif. 'Jom ikut aku balik dulu' ajak Nabil. Mereka tiba di rumah Nabil selepas beberapa minit kemudian. 'Jap aku tanya mak aku kalau kau boleh tido sini ke tak , jap ea?' pesan Nabil. Razif hanya menunggu. 'Mak , boleh Razif tido sini tak? Kat rumah dia takde orang. Boleh mak?' tanya Nabil kepada maknya. 'Tak payah nak bawak orang luar tido rumah kita! Suruh dia balik' kata mak Nabil. Razif hanya memasang telinga dari luar untuk mendengar perbualan mak Nabil dan Nabil. Razif dengus 'Hm , pergi rumah Haziqlah' katanya dalam hati. Nabil muncul lalu berkata 'Weh , sorry , mak aku tak kasi laa . . ' belum sempat Nabil menghabiskan kata - katanya , Razif menyambung 'Takpe , teman aku gi rumah Haziq jom?' ajak Razif. 'Ha ... Okay! Jap!' selepas menjawap Nabil terus mengapai kunci motornya lalu membawa Razif pergi ke rumah Haziq.
----------------
Di rumah Villa Koi. Jamal seorang diri di rumah sambil membelek pisau dapur yang tajam 'Razif ~ Razif , kau fikir kau akan selamat? Esok pagi aku cari kau! Aku akan bunuh kau! Hahaha!' ketawa Jamal seorang diri. Jamal menjadi sakit jiwa kerana dia inginkan Puan Sarah Aida sahaja , bukan Razif. Adakah Jamal akan jumpa Razif? Dapatkah Jamal membunuh Razif? . . .
YOU ARE READING
MUSNAH
Mystery / ThrillerKisah seorang remaja bernama Ahmad Razif yang menimpa pelbagai musibah. Hidupnya kini gelap dan MUSNAH. Apa yang membuat masa depannya gelap dan MUSNAH? Kisah pembunuhan atau apa? Ikuti Novel ini.