Pada keesokan harinya , 'Razif , aku nak gi sekolah ni. Kau tak sekolah hari ni? Ke kau nak balik? Baik kau balik , takut bapak kau risau nanti' pesan Haziq. 'Yelaa , aku balik' balas Razif dengan nada yang lemah. Selepas mereka bersarapan , Razif sudah berada di luar rumah menunggu Haziq. 'Jom!' ajak Haziq selepas mengunci pintu rumahnya. Semasa perjalanan menghantar Haziq ke sekolah , mereka bersembang - sembang tentang keluarga. Haziq memberitahu bahawa keluarganya akan pulang ke Malaysia pada minggu hadapan. 'Best laa kau , duduk rumah sorang - sorang' 'Mana bestnya kalau aku sorang duduk rumah. Nasib baik kau tido rumah aku semalam. Thanks bro!' 'Sama - sama' balas Razif sambil tersenyum.
----------------
Jamal menyiapkan diri untuk keluar mencari Razif. Sedang dia bersiap , tiba - tiba bunyi pintu sedang di buka. Jamal dengan pantas menyorok di bilik tengah dan memegang pisau dapur. 'Ya Allah! Bersepahnya rumah! Abang! Abang! Sayang dah balik ni!' panggil Puan Sarah. Dengan pantas , Jamal menutup mulutnya dari belakang dan meletakkan pisau dileher Puan Sarah Aida. Puan Sarah terkejut lalu menangis atas tindakkan yang dilakukan oleh suaminya sendiri. 'Awal kau balik? Nak hidup? Jangan jerit dan ikut cakap aku!' paksa Jamal.
----------------
Razif sedang melepak di kedai mamak untuk meminum secawan air panas. Dia merasakan ada yang tidak kena pada dirinya. Dia mengambil keputusan untuk pulang. Razif terus berlari pulang ke rumah selepas membayar minumannya.
----------------Tiba di rumahnya , dia melihat tiada satu selipar pun yang ada di luar. Dia buka pintu dan terus meluru masuk. Dia lihat rumahnya sudah menjadi tunggang - langgang. Di atas meja ada sepucuk surat dan mempunyai kesan darah. Razif membuka lipatan surat itu "KAU NAK MAK KAU HIDUP!? JUMPA AKU DEKAT HUTAN MELAWATI! KALAU KAU DATANG BAWAK POLIS!? KEPALA MAK KAU AKU PANCUNG!" pesan Jamal yang ditulis di surat itu. Razif buntu untuk mencari jalan penyelesaian. 'Aku kena berani lawan lelaki babi tu! Aku pertaruhkan nyawa untuk mak!' katanya seorang diri. Dia mengambil pisau yang di sorok olehnya di belakang peti sejuk lalu pecut keluar rumah tanpa sempat mengunci pintu. Adakah ibunya akan selamat? Siapa akan mati? . . .
YOU ARE READING
MUSNAH
Misterio / SuspensoKisah seorang remaja bernama Ahmad Razif yang menimpa pelbagai musibah. Hidupnya kini gelap dan MUSNAH. Apa yang membuat masa depannya gelap dan MUSNAH? Kisah pembunuhan atau apa? Ikuti Novel ini.