Seperti biasa lepas waktu persekolahan , Razif aku tunggu rakan - rakannya di bangsal basikal. Razif nampak kelibat seseorang yang bertubuh sase. Rupanya Nabil rakannya. Nabil dan Razif telah berkawan dari sekolah rendah lagi. Mereka selalu bersama. 'Weh , tak balik ke?' tanya Nabil. 'Aku malas nak balik sebab mak aku gi KL , yang tinggal bapak tiri aku je kat rumah' ngeluh Razif. 'Ouh , lepak jom? Mamak? Macam biasa kau belanje , hihihi' kata Nabil sambil ketawa. 'Hm , entahlah Bil'. Tiba - tiba Haziq muncul dan menyelit perbualan mereka. 'Lepak rumah aku je. Lagi pun family aku takde gi outstation' kata Haziq. 'Ha! Ok jugak tu! Kau ikut Zif?' tanya Nabil kepada Razif. 'Ok laa , aku ikut tapi jangan asyik nak suruh aku pau jee' kata Razif membuat Nabil dan Haziq ketawa.
----------------
Selepas beberapa minit perjalanan , mereka tiba di rumah Haziq. Nabil dan Haziq berbual - bual tanpa henti ketika perjalanan tadi. Razif hanya mendiamkan diri kerana risau , apa yang akan berlaku padanya bila pulang ke rumah nanti. Setelah berjam - jam mereka di rumah Haziq , Nabil dengan pantas pulang kerana jam menunjukkan pukul 7.30 malam. 'Kau tak balik? Nak tido sini ape? Hahaha' tanya Haziq kepada Razif sambil ketawa. 'Aku nak tumpang tido rumah kau sekejap je boleh? Pukul 10 nanti aku balik' kata Razif. 'Ha!? Serius ni? Bapak kau tak marah?' tanya Haziq terkejut. 'Biarlah dia' kata Razif dengan nada yang kurang tenang. Lepas solat Isyak , Razif melelapkan mata untuk seketika manakala Haziq menonton televisyen.----------------
Jam 10.25 malam. 'Weh? Bangun nak pukul 10.30 , kau tak balik ke?' risau Haziq. 'Eh? Ha , aku balik dulu' kata Razif yang masih mamai dari tidur. Dengan baju sekolah , Razif berjalan kaki pulang ke rumah. Selepas beberapa minit kemudian , dia tiba di rumah. 'Haih , siap sedia dengan syoiton tu bunuh aku' geluh Razif dalam hati. "Krekkk" dengan perlahan Razif membuka pintu lalu tutup dan kunci pintu semula. Dengan perlahan dia berjalan menuju ke biliknya. Dia lihat sekeliling rumah , tiada orang? Ia membuat Razif tertanya - tanya. Mana pergi bapa tiri gilanya? cari Razif? keluar bersama rakan - rakannya? . .
YOU ARE READING
MUSNAH
Mystery / ThrillerKisah seorang remaja bernama Ahmad Razif yang menimpa pelbagai musibah. Hidupnya kini gelap dan MUSNAH. Apa yang membuat masa depannya gelap dan MUSNAH? Kisah pembunuhan atau apa? Ikuti Novel ini.