Bab 1 : Pangsapuri Sri Bayu

332 4 2
                                    

Pangsapuri Sri Bayu ialah pangsapuri yang telah lama ada di bandar kecil ini , iaitu di Selesa Jaya. Pangsapuri ini mempunyai 4 buah bangunan atau di kenali sebagai "block". Setiap "BLOCK" mempunyai 5 tingkat. Setiap tingkat terdapat 2 buah pintu rumah. 'Jemput masuk' jemput Jamal kepada mereka berdua sambil memberi isyarat tangan. 'Terima kasih' balas ibu Razif kepada Jamal. Razif melihat Jamal dengan muka yang agak masam. 'Haihh , mamat ni boleh pulak ajak mak aku datang rumah dia' dalam hati Razif berkata. 'Jemput duduk , sebentar ya? Saya hidangkan air sekejap' kata Jamal dengan senyuman yang manis.'Baiklah' balas ibunya si Razif. 'Menyampah aku tengok muka mamat ni' dalam hati Razif berkata lagi. 'Razif , Uncle Jamal ni kawan sekolah menengah mak dulu. Dia pandai tau. Masa SPM dia dapat 18A dalam semua subjek. Sekarang , dia dah jadi seorang Jurutera. Mak nak kau dah besar nanti jadi macam Uncle Jamal , ye nak?' bilang Puan Sarah kepada anaknya. Razif hanya membalas percakapan ibunya dengan senyuman yang agak kurang manis. 'Haihh kau ni? Kenapa ni nak?' tanya ibunya. 'Takda apa - apa mak' balas Razif dengan nada yang kurang mengembirakan. Razif tidak suka pada Jamal kerana pada pertemuan mereka tadi di Hutan Bandar , Razif dapat melihat pada mata Jamal yang berwarna coklat , membuat Razif merasakan dia benar - benar membenci Razif. Muncul lelaki itu dari dapur dengan membawa dua gelas air yang berisi air sirap. 'Jemput minum' kata Jamal kepada mereka berdua dengan senyuman manis itu lagi. 'Eh mamat ni!? Senyum lagi? Aku tumbuk baru tahu' dengus Razif didalam hati.

----------------

Jam menunjukkan 6.30 petang.
Puan Sarah sedang merancak berbual tentang zaman persekolahan dan kerja. Razif hanya memasang telinga ketika mereka berbual - bual. 'Eh? Awak balik lambat ni suami tak marah ke?' tanya Jamal kepada Puan Sarah. Puan Sarah telah lama menjadi janda sejak anaknya berusia 1 tahun. Bekas suaminya terpaksa bercerai dengannya kerana tidak dapat menampung hidup bersama Puan Sarah. 'Eh tak laa saya janda' balas Puan Sarah. 'Ouh maafkan saya. Saya tidak tahu' balas Jamal dengan muka kesian. 'Tak apa , saya sudah biasa' balas Puan Sarah dengan senyuman manis. 'Mak jom balik nak dekat Maghrib ni?' ajak Razif. 'Ha ah laa , mak tak perasanlah. Maaf ya Jamal kami pulang dahulu' beritahu Puan Sarah kepada Jamal. 'Baiklah , elok - elok memandu. Selamat jalan' balas Jamal. Puan Sarah membalas dengan senyuman.

---------------

Ketika memandu , ibunya memandu sambil tersengih seorang diri tanpa henti sejak keluar dari rumah Jamal dan di perhatikan oleh Razif. 'Mak kenapa senggih sorang - sorang? Kena sampuk Hantu ea? Uncle Jamal mesti hantar Hantu kat mak?. 'Ish mengarut je kau ni Zif. Kau tengok Uncle Jamal tu baikkan? Mak sukalah dia' kata Puan Sarah. Razif terkejut dengan kata - kata ibunya. 'Kau bakal dapat bapa tiri Zif. Mak nak kahwin dengan Uncle Jamal' kata ibunya lagi. Razif kali ini terkejut beruk mendengar kata - kata ibunya tadi. 'Apa!? Mak nak kahwin dengan Uncle Jamal!?' . . .

MUSNAHWhere stories live. Discover now