Hari Isnin dimana hari Razif tidak bekerja. Razif di rumah hanya termenung kerana memikirkan siapakah rakannya yang dia buang sekolah? Soalan itu berlegar - legar diminda Razif. 'Nak? Jom makan?' ajak Puan Sarah Aida. 'Eh? Baik mak' jawap Razif sambil tersenyum lalu menarik kerusi dan duduk. Di atas meja makan , ibunya telah memasak tiga buah hidangan iaitu Telur Masak Kicap , Ikan Masak Sambal dan Labu Masak Lemak. Ketiga - tiga lauk ini adalah lauk kegemaran Razif. 'Hari ni mak masak khas untuk kau Zif' 'Mak ni , susah - susah je. Makkan dah tak larat , jangan la masak yang susah , kesian Zif tengok' kata Razif. 'Takpe skali skala , mak tahu kau rindu nak rasa masakan mak masa kau dekat dalam juvana tu , kan?' Razif hanya menunduk selepas ibunya berkata begitu. Mereka makan dengan begitu selera sekali dan ada kala tertawa kerana menceritakan tentang Razif sewaktu kecil dahulu dan ada kala sedih menceritakan tentang bapa Razif. Puan Sarah cerita tentang suaminya kepada Razif iaitu bapa kandungnya yang telah meninggal dunia semasa dia berusia 2 tahun. Bapanya meninggal kerana dibunuh oleh Ahlong sebab hutangnya banyak. Bapanya terpaksa meninggalkan Puan Sarah dan Razif di rumah ibunya kerana untuk menyelamatkan mereka. Sedang mereka berbual , telefon Razif berbunyi menandakan dia mendapat mesej. Dia lihat siapa yang hantar mesej tersebut , rupa - rupanya Husni memesejnya untuk memberi tahu bahawa Fadzli sekarang berada di hospital akibat di tetak dengan parang oleh samseng yang serbu mereka beberapa hari yang lepas. 'Mak! Razif ada hal sikit. Malam Razif balik' kata Razif kepada ibunya. Puan Sarah belum sempat menjawab kata - kata Razif , dia sudah lenyap dari pandangan dengan menunggang motorsikal Yamaha 125ZR - nya.
----------------
Tiba di Hospital Sultanah Aminah. Razif bergegas ke kaunter pertanyaan. 'Cik tumpang tanya? Katil nombor berapa pesakit yang kena tetak tu?' tanya Razif yang masih termengah - mengah. 'Di katil A12/7 , Bilik Barat' balas jururawat itu. Razif lari terus masuk ke kawasan pesakit dan cari di mana Fadzli berada. Selepas beberapa saat, Razif telah temui katil Fadzli berada. Fadzli hanya terbaring dengan tangan kirinya yang berbungkus. Husni juga berada disitu untuk menjaga Fadzli. Husni tidak tahu apa yang menyebabkan samseng itu muncul dan menyerang Fadzli. Semasa kejadian Husni dan Fadzli berada di sebuah gerai makan. Semasa mereka sedang selera makan, muncul samseng itu dengan membawa parang lalu mentetak tangan Fadzli. Razif terdiam mendengar cerita Husni. Mereka berdua hanya mampu menunggu Fadzli sedar sahaja. Sedang mereka menunggu, muncul Zahin selepas beberapa jam. 'Gangster - gangster tu nak apa dari korang sampai Fadzli kena tetak?' tanya Zahin dengan wajah yang marah. Razif dan Husni hanya mengangkat bahu.
----------------
Selepas beberapa jam, Fadzli sedar lalu melijat sekeliling dan terhenti pandangan pada wajah Razif. 'Punca kau! Kalau bukan sebab kau! Aku tak jadi macam ni! Tahu tak!?' tengking Fadzli yang didengari oleh semua orang didalam hospital itu. Husni dan Zahin cuba menenangkan Fadzli manakala Razif hanya tersentak. 'Dia orang memang akan bunuh kau! Siapa dekat dengan kau, hidup dia musnah! Sekarang aku, lepas ni siapa!? Zahin!? Husni!?' tengking Fadzli lagi. Husni dan Fadzli hanya terdiam lalu melihat wajah Razif. Razif menjadi kaku selepas mendengar kata - kata Fadzli itu. Mengapa Fadzli benci akan Razif? Razif adalah pemusnah hidup orang yang hampir dengannya? . .
YOU ARE READING
MUSNAH
Mystery / ThrillerKisah seorang remaja bernama Ahmad Razif yang menimpa pelbagai musibah. Hidupnya kini gelap dan MUSNAH. Apa yang membuat masa depannya gelap dan MUSNAH? Kisah pembunuhan atau apa? Ikuti Novel ini.