'Haih , aku terpaksa bagi tahu Mr.Lim tentang diorang gaduh tadi. Kalau tak teruk nanti diorang gaduh' kata Razif kepada kawannya yang bernama Amirul Haikal. 'Nasib baik kau bagi tahu. Kau pun tahukan , Is tu kalau gaduh memang lebam punyalah' kata si Amirul. "Kringg!!!". 'Ehh masa untuk masuk kelas , Jom!' kata Razif kepada Amirul.
----------------
Seperti biasa di dalam kelas. Murid - murid sekolah ini belajar seperti biasa. Namun , Razif tidak tekun dalam pelajarannya. Dia hanya termenung dengan kejadian semalam. 'Keputusan mak muktamat! Mak nak kahwin dengan Uncle Jamal!' tengking ibunya semalam tentang ingin berkahwin dengan Jamal hanya bermain di fikiran Razif. 'Oit! Termenung nampak? Ada masalah ke? Ceritalah dengan aku?' kata Intan Nurhidayah , kawan perempuan sekelasnya. 'Ish! Kau ni! Terkejut aku. Nasib baik aku tak ada heartattack' kata Razif kepada Intan. 'Hehe. Sorry! Weh , asal termenung je dari tadi? Cerita la'. 'Hm. Aku akan dapat bapa tiri' kata Razif dengan nada yang mengecewakan. 'Ha!? Seriously!? Tahniah weh! Tapi kenapa kau macam tak suka je?' tanya Intan. 'Aku dah cukup bahagia ada seorang mak. Aku tak nak orang luar ada dalam keluarga aku' kata Razif. 'Pulak??? Habis mak kau tahu tak yang kau tak suka ada bapa tiri?' 'Tahu , semalam aku bertekak dengan dia' balas Razif dengan nada yang kecewa. 'Baik balik ni kau mintak maaf kat mak kau. Bincang dengan dia baik - baik' pesan Intan. "Kringgg" 'Ehh!? Mulut aku masin laa dah balik pun. Bye Razif , assalamualaikum' 'Bye , waalaikumsalam' balas Razif dengan senyuman. Razif pulang ke rumah dengan hanya berjalan kaki seorang diri. Tiba - tiba seseorang memanggil namanya dari belakang 'RAZIF!!! Tunggu aku!' rupanya suara kawan perempuannya yang bernama Nur Iman. Nur Iman ialah murid tingkatan 2 di sekolah itu. 'Ohh , Iman' kata Razif. 'Huih! Lajunya kau jalan' dengus Iman. 'Haha. Aku nak balik cepat. Tu je' 'Balik cepat? Asal? Ada masalah ke?' tanya Iman. Razif mula bercerita seperti mana dia memberitahu Intan tadi didalam kelas. 'Haih , tulah ceritanya. Aku dah takda mood tadi nak belajar' kata Razif dengan nada yang letih. 'Takpe sabar je. Okaylah! Aku balik dulu. Bye! Assalamualaikum' 'Waalaikumsalam' balas Razif sambil melambai tangan. Perbualan mereka tamat disitu sahaja lalu Razif meneruskan perjalanannya pulang.
----------------
'Assalamualaikum' Razif memberi salam setelah membuka pintu rumah. 'Waalaikumsalam' jawap ibunya. Razif berhenti melangkah setelah melihat Jamal dan seorang wanita tua sedang duduk di ruang tamu. Razif terkejut lalu bergegas lari masuk ke dalam bilik tidurnya. Ibunya terkejut melihat reaksi anaknya begitu. "Knock! Knock! Knock!" ibuya mengetuk pintu bilik Razif. Jamal dan wanita tua dalam lingkungan 60-an yang digelar ibu kepada Jamal hanya berdiam sahaja di ruang tamu. Puan Sarah mengetuk dan terus mengetuk pintu bilik Razif. Namun , Razif hanya berdiam diri.
----------------
Jam menunjukkan 4.30 petang. Sekarang adalah waktu solat Asar. Selepas Razif selesai solat Asar , pintunya di ketuk lagi. "Knock! Knock!". Razif membuka pintu dan melihat ibunya yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. 'Razif ..' dengan lembut ibunya menyebut namanya.'Mak , Razif nak bincang dengan mak pasal Uncle Jamal' kata Razif. Maknya membawa dia duduk diatas katil lalu berkata 'Kenapa nak? Kau tak suka Uncle Jamal? Mak janji kalau mak dah kahwin dengan Uncle Jamal , kau akan hidup bahagia dengan dia. Mak janji. Kalau dia cederakan anak mak , mak akan balas apa yang dia buat pada anak mak sorang ni' kata ibunya dengan lemah lembut sambil mencubit pipi anaknya. Razif menjadi lemah dengan kata - kata ibunya yang lemah lembut itu lalu tersenyum. 'Baiklah mak. Razif akan terima Uncle Jamal dengan seadanya tapi ingat janji mak , jangan mungkir janji. Puan Sarah hanya mengangguk dan senyum . .
YOU ARE READING
MUSNAH
Mystery / ThrillerKisah seorang remaja bernama Ahmad Razif yang menimpa pelbagai musibah. Hidupnya kini gelap dan MUSNAH. Apa yang membuat masa depannya gelap dan MUSNAH? Kisah pembunuhan atau apa? Ikuti Novel ini.