Razif tersentap selepas mendengar kata - kata Fadzli tadi. Dia kini berada di lobby hospital sambil termenung. Husni muncul keluar dari lift dan terus kearah Razif. 'Sabar .. Ini semua dugaan dari Allah. Allah tengah uji kau' kata Husni sambil mengusap bahu Razif. Razif hanya tunduk dan berdiam sahaja. Tiba - tiba, lagu dari telefon Razif berbunyi. Ibunya yang menelefonya. Razif menjawab panggilan 'Assalamualaikum mak?' 'Razif! Tolong mak!' jerit ibunya di dalam telefon Razif. Razif dan Husni terkejut. 'MAK! Kenapa ni!?' 'SELAMAT TINGGAL' kata suara yang di kenali Razif. Suara tersebut adalah suara penjahat yang ingin membunuhnya beberapa hari yang lepas. "BANG!" bunyi pistol yang didengar dari telefon Razif. 'MAK!!!' 'Hahaha!!! Sesiapa yang dekat dengan kau akan MATI!' kata penjahat lalu ketawa dengan rakan - rakannya. 'Kau! Tak akan terlepas!' ugut Razif. 'Baiklah, buang masa je aku cakap dengan kau ni' kata penjahat itu lagi lalu mematikan talian. Air mata Razif mula jatuh. 'Kita balik rumah kau sekarang cepat!' kata Husni lalu menarik tangan Razif. Bergegas mereka berlari kearah kereta HONDA CITY milik Husni.
----------------
Tiba di rumah Razif. Pintu rumahnya terbuka luas dan kawasan menjadi sunyi. Razif dengan perlahan masuk ke dalam rumahnya manakala Husni hanya menunggu di luar supaya jika berlaku sesuatu dia akan bersedia. Razif masuk ke dalam rumahnya dengan langkah kanan dan melihat rumahnya menjadi tunggang terbalik. Matanya meliar - liar mencari maknya. 'Mak?' panggil Razif. Dia berjalan hingga ke bilik tidur maknya. Di depan pintu bilik maknya terdapat pisau yang berdarah. Razif dengan pantas menolak pintu bilik lalu melihat mayat maknya yang terbaring diatas katil yang berlumuran darah dan terdapat kesan kelar dileher maknya. 'Mak!?' suara Razif menjadi sayu.
Razif meratap mayat maknya. Husni yang berada di luar bergegas masuk selepas mendengar Razif menjerit. 'Razif sabar Zif' pujuk Husni. 'Aku akan bunuh syaitan yang dah bunuh mak aku' kata Razif dengan nada yang geram. Di tepi katil maknya terdapat sehelai kertas yang dilipat kemas. Razif mengambilnya lalu membuka lipatan dan bacanya
"SESIAPA YANG HAMPIR DENGAN KAU AKAN MATI!"
ISKANDAR.
Razif terkejut selepas melihat nama yang di tulis pada kertas itu. Mengapa kawannya ingin membunuhnya? Membalas dendam? ..
YOU ARE READING
MUSNAH
Mystery / ThrillerKisah seorang remaja bernama Ahmad Razif yang menimpa pelbagai musibah. Hidupnya kini gelap dan MUSNAH. Apa yang membuat masa depannya gelap dan MUSNAH? Kisah pembunuhan atau apa? Ikuti Novel ini.