Bab 4 : 'Kau tak akan hidup senang . .'

199 3 0
                                    

Setelah beberapa bulan kemudian , sebuah majlis telah diadakan iaitu majlis pernikahan ibunya dengan Jamal. Ia berlangsung pada hari Sabtu pada bulan 11. Ramai saudara mara Razif yang hadir ke majlis pernikahan ibunya. Saudara Jamal turut hadir. Mereka agak peramah. Razif hanya melihat gelagat - gelagat saudaranya yang asyik bergelak sakan. Razif tersenyum. Semasa pernikahan berlangsung , saudara maranya sungguh gembira. Dengan sekali lafaz yang di sebut oleh Jamal. Puan Sarah dan Jamal telah sah diijab kabulkan. Mereka menjamu selera dengan berbagai hidang. Majlis akad nikah ini berlangsung di rumah nenek kepada Razif. Semua orang yang hadir amat gembira. 'Razif ..' 'Ya , mak?' jawab Razif kepada ibunya dengan nada yang gembira. 'Sekarang kita dah jadi keluarga jadi Razif tak boleh panggil Uncle Jamal lagi , Razif kena panggil Ayah' kata ibunya. 'Betul tu. Sekarang kita akan hidup bahagia' kata Jamal pula. 'Baik mak , baik ayah' balas Razif dengan senyuman. Majlis terus berlangsung sehingga senja.

----------------

Setelah selesai majlis pernikahan yang beberapa minggu yang lepas , kini Razif hidup dengan seorang bapa dan seorang ibu yang menjadi lengkap kepada sebuah keluarga. Tetapi pada suatu malam , Razif pergi ke dapur untuk membuat air untuk dirinya sendiri. Muncul Jamal dari pintu dapur lalu berdiri berhampiran dengan Razif. Razif terkejut sehingga sudu yang di pegangnya jatuh. Bapa tiri mendekatkan mukanya ke muka Razif sehingga boleh mendengar pernafasan Razif yang sangat laju. 'Mulai esok hidup kau akan berubah. Kau tak akan hidup senang lagi dan kau tak akan jumpa mak kau lagi' kata Jamal dengan nada yang kejam. Razif terpaku. 'Aku dah agak! Kau memang jahat! Dasar pembohong!' tiba - tiba mulutnya ditutup dengan tangan Jamal. 'Kau cakap kuat - kuat kenapa bodoh? Kau nak mati? Jangan sampai mak kau tahu hal ni , kalau tak mak kau sekali aku bunuh' kata Jamal sambil memegang pisau yang tajam lalu mengacu ke hidung Razif. Razif dengan pantas menyepak 'testis' Jamal sehingga Jamal jatuh terduduk akibat senak. Razif tanpa berfikir panjang dia bergegas lari dan masuk kedalam biliknya lalu mengunci pintu. 'Fuhh , selamat. Kalau tak mati aku tadi' kata Razif didalam hatinya. 'Perlu ke aku report Polis?' kata hatinya lagi. Pada malam itu Razif tidak dapat tidur dengan tenang. 'Kau tak akan hidup senang ..' ayat yang bermain di telinganya dan membuat dia menjadi takut dengan Jamal . .

MUSNAHWhere stories live. Discover now