Bab 11 : Selepas 9 tahun

123 4 1
                                    

9 tahun berlalu . .
Razif dengan tangannya masih di gari dan mukanya ditutup dengan kain hitam. Dua orang anggota polis mengiringnya jalan. Tiba masanya untuk Razif keluar dari sini iaitu Pusat Pemulihan Juvana di Melaka. Kain dimukanya di buka. Razif dengan leganya dapat menghirup semula udara luar selepas beberapa tahun berada di Pusat Juvana ini. 'Alhamdulilah' lafaz yang di sebut oleh Razif kerana berasa bersyukur selepas keluar dari situ. Puan Sarah yang mukanya berkedut kerana tua sedang menunggu Razif dengan tenang sekali. Bertahun yang lepas ibunya akan melawat Razif sebulan sekali untuk melepaskan rasa rindu terhadap anaknya. 'Mak!' dengan pantas Razif memeluk ibunya. 'Alhamdulilah nak kau dah bebas' 'Hm .. Masa depan Razif gelap mak' kata Razif dengan nada yang sedih. 'Tak apa, yang penting kau masih hidup' kata ibunya sambil meraup wajah Razif.

----------------

Selang beberapa minggu . .
Razif kini bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya iaitu di Taman Universiti. Dia kini dikenali ramai rakan di tempat kerjanya. Zahin , kawan setugasnya untuk menghantar barangan pasar ke pasar lain. Fadzli , rakannya yang selalu menjaga kaunter bayaran dan yang terakhir , Husni , rakan yang selalu ingin mengusha awek yang datang ke pasar. Mereka sangat rapat dengan Razif dan selalu membantu Razif. Pada suatu hari sedang Razif sibuk mengemas untuk pulang , tiba - tiba , lima orang lelaki datang dan membawa senjata lalu mengugut Razif untuk memberi mereka wang sebagai tebusan. Razif binggung. Muncul Zahin , Fadzli dan Husni datang membawa parang untuk menakutkan mereka yang membawa pistol dan senapang. 'Aku akan bunuh kau!' ugut salah seorang lelaki yang bertopeng yang sedang meletakkan pistol kearah kepala Razif. 'Korang nak apa dengan Razif? Kau nak rompak dia? Baik kau pergi rompak bank sana , banyak kau dapat' sindir Zahin sambil mengeyit matanya kearah Razif sebagai isyarat untuk melawan mereka. Razif dengan pantas memukul keatas tangan lelaki yang bertopeng itu sehingga pistol yang di acu ke kepala Razif terpelanting jauh. Empat orang rakannya yang lain terkejut lalu mula menembak. Razif tunduk dengan pantas. Mereka tidak dapat menembak Razif tetapi ditembaknya mereka , lelaki yang mengugut tadi. Darah terpecik sehingga tempias kena ke muka Razif. Zahin dengan lincah membaling parang tersebut sehingga menetak salah seorang lelaki yang bertopeng dan bersenjata senapang di bahunya. 'Berhenti! Aduh!' penjahat itu mengaduh. Husni dan Fadzli mula bertindak untuk melawan mereka selepas mereka berhenti menembak. 'Ambik ni!' Fadzli menendang salah seorang lelaki yang bertopeng itu dari belakang. Husni pula menumbuk muka lelaki yang terakhir bertopeng itu sehingga topengnya senget. 'Bla jom!' kata lelaki yang di tetak oleh Zahin. Dengan pantas mereka memasuki kereta Proton Saga dan berlalu pergi dari situ meninggalkan rakannya yang terkorban akibat di tembak oleh rakan - rakannya sendiri. 'Selamat kau tak cedera' kata Zahin. Husni dan Fadzli hanya terdiam selepas kejadian itu. 'Terima kasih korang , kalau korang tak ada tadi , aku tak tahu apa dah jadi' 'Tak apa , sekarang jom pegi report polis' Razif hanya mengangguk menunjukkan dia setuju selepas Zahim mengajaknya pergi melaporkan perkara ini kepada polis. Fadzli dan Husni terdiam melihat mayat lelaki yang ditembak di badannya sehingga berlubang - lubang. Siapakah lima orang lelaki yang bertopeng itu? Mengapa dia ingin membunuh Razif? . .

MUSNAHWhere stories live. Discover now