Bab 5 : Lari!

190 5 4
                                    

Seperti biasa Razif akan pergi ke sekolah pada awal pagi tetapi hari ini Razif bangun terlebih awal untuk ke sekolah. Dia bangun pada pukul 4.00 pagi. Hendak dikatakan waktu Subuh belum lagi dan nak dikatakan Tahajjud dah lepas. Ini kerana dia tidak ingin berjumpa dengan "Si Gila" pada pagi itu. Jadi dia bersiap - siap. Selepas beberapa minit kemudian , Razif dengan perlahan membuka pintu biliknya lalu menutup semula. Dia berjalan dengan kaki yang jengket dan badan yang bongkok supaya tidak kedengaran bapa tirinya. Sedang dia berjalan , tiba - tiba bapa tirinya muncul dari bilik kosong. Razif terkejut. Dengan pantas tangan Jamal mencekik leher Razif dan Razif terus tersandar di dinding. 'Ingat! Aku tak nak ada sapa - sapa tahu pasal ni! Kalau tak , balik sekolah nanti kepala mak kau aku potong! Faham!?' kata Jamal dengan nada yang perlahan dan menyeramkan. Razif sedaya upaya ingat melepaskan diri dari cekikkan Jamal tetapi tidak berjaya. Tanpa berfikir panjang , Razif menumbuk muka Jamal "Kedebukk!". Muka Jamal terus memandang ke kiri. 'Sial punya budak!' kata Jamal sambil ingin menumbuk muka Razif. Razif menepis lalu menendang perut Jamal sehingga terduduk di dinding. Razif lari keluar rumah. 'Kau akan terima balasan , budak bodoh!' riak hati Jamal yang masih terduduk.

----------------

Razif berhenti berlari. 'Bangsat punya orang tua' kata Razif dalam hati. Razif tidak berhenti bernafas. Dadanya menaik dan menurun dengan kencang. Razif melihat jam pada tangannya yang menunjukkan waktu 4.30 pagi. 'Awal lagi!?' katanya sambil menepuk dahi. Razif mengambil keputusan untuk berehat di surau. Jarak antara surau dan rumahnya hanya 500 meter. Tiba di surau , dia baring dan mengunakan begnya sebagai bantal. Setelah 1 jam dia melelapkan mata , tiba tiba seseorang mengejutnya. 'Weh , bangun nak Subuh ni' kata seseorang sambil mengoyangkan badan Razif. Razif mamai kerana masih gantuk. Dia masih ingin melihat orang yang mengejutnya itu. Rupa - rupanya 'Syamil! Eh!? Dah subuh ea? Kau rajin pulak pagi - pagi datang surau?' kata Razif kepada rakan sekolahnya , Syamil. 'Arh , jom masuk solat subuh skali' kata Syamil dengan nada yang menyampah. Selepas selesai solat Subuh , Razif duduk di lantau bersandarkan dinding batu. 'Weh? Asal? Muka kau macam ada masalah je?' tanya Syamil. 'Takde pape , aku letih je ni' 'Rajin pulak kau pagi - pagi ni gi surau? Selalunya nampak muka kau kat surau masa bulan Ramadhan? Tu pun kau tak solat Terawih , gi main basikal je gan Nabil' kata Syamil yang panjang berjela. 'Kau dah sarapan belum? Kalau belum , jom gi rumah aku sarapan?' kata Syamil lagi. 'Boleh ke?' tanya Razif. 'Nak ke tak nak?' 'Hm .. nak' 'Haa , jom!' ajak Syamil.

----------------

Selepas sarapan , 'Sekolah tak hari ni?' tanya Razif kepada Syamil. 'Eh? Sekolah lerr , minggu ni last sekolah' kata Syamil. Razif menunggu Syamil untuk bersiap - siap ke sekolah. Jam menunjukkan 6.50 pagi. 'Mana siak mamat ni?' kata Razif dalam hati. Tiba - tiba Syamil muncul keluar dari rumahnya. 'Lambat beb kau , mengalahkan perempuan siap' 'Diam ah kau , aku tumbuk nanti' balasan Syamil. Mereka memulakan perjalanan ke sekolah. Jarak rumah Syamil dan sekolah hanya 350 meter. Ketika mereka berjalan , sebuah kereta berhenti depan mereka lalu membuka tingkap. 'Razif! Sini kejap!' rupa - rupanya Puan Sarah Aida yang berada didalam kereta tersebut bersama suaminya , Jamal. Syamil teruskan perjalanan dan meninggalkan Razif. 'Mak nak pegi KL naik bus. Nanti kau tinggal dengan ayah ea? Nah duit. Mak dah masak. Ni ayah hantar mak pergi beli tiket bus' kata Puan Sarah sambil menghulurkan duit yang bernilai RM20. Razif sempat menjelingkan matanya melihat Jamal yang sedang tersenyum. Terbukti senyuman Jamal akan melakukan sesuatu pada Razif jika dia pulang dari sekolah nanti. 'Mak pergi dulu' kata ibunya sambil menutup tingkap dan berlalu pergi. 'Balik ni aku kena buat sesuatu ataupun lepak rumah Syamil , kalau tak balik mesti akan terjadi apa - apa kat aku' katanya dalam hati. Apa yang akan Jamal lakukan pada Razif ketika maknya tiada di rumah . .

MUSNAHWhere stories live. Discover now