Razif , Husni dan Fadzli hanya menunggu di luar balai polis di Taman Universiti. Zahin yang berada di dalam balai sedang membuat laporan tentang gangster yang ingin membunuh Razif kelmarin. Selepas beberapa minit , Zahin muncul dan keluar dari balai dengan membawa kertas laporan. 'Polis memang tengah cari dia orang sebenarnya. Mayat yang di bunuh tu rupa - rupanya pembunuh upahan dan dia bunuh orang lelaki sahaja' kata Zahin selepas berhenti berjalan. Husni, Fadzli dan Razif hanya mendengar sahaja. 'Tapi masa lelaki yang aku rasa ketua tu , dia nak bunuh aku dan aku rasa dia cari aku' teka Razif. 'Haah , aku perasan jugak tadi' memyampuk Fadzli. 'Sekarang ni , kita pergi minum petang jom? Aku belanje?' 'Jom!' hanya Fadzli dan Husni sahaja yang membalasan ajakan Zahin. Razif hanya terdiam.
----------------
Di sebuah restoran. Mereka berbual dengan begitu rancak dan ketawa sepuas hati tanpa ada segan silu. Razif hanya tersenyum melihat telatah rakan - rakannya itu. "Bip! Bip! Bip!" bunyi yang menandakan telefon Razif mendapat mesej. "Ingat! Kau yang buat kita orang dibuang sekolah! Sekarang masa depan kami telah menjadi gelap yang berpunca dari kau! Sekarang masa untuk aku membalas dendam! Aku nak kau sekeluarga mati!" kata mesej yang di hantar kepada Razif. Razif tersentak melihat mesej itu. Husni saja yang perasan muka Razif berubah setelah membaca mesej itu. 'Zif? Kau ok tak?' tanya Husni. Zahin dan Fadzli yang sedang rancak berbual akhir berhenti ketika mendengar Husni menegur Razif. Ketiga - tiga mereka melihat ke arah Razif. 'Ah? Takde apa - apa. Aku okay, mak aku kirim salam' kata Razif dengan senyuman. 'Waalaikumsalam. Kirim salam mak kau jugak dari kita orang' kata Zahin selepas menjawap salam serentak. Mereka bertiga sambung berbual semula. Razif hanya terdiam dan memikirkan siapa yang menghantar mesej ini. "Siapa kau?" Razif membalas mesej. "Kawan lama kau! Haha!" balas manusia misteri itu. Siapa kawan lama Razif yang dibuang sekolah itu? . .
YOU ARE READING
MUSNAH
Mister / ThrillerKisah seorang remaja bernama Ahmad Razif yang menimpa pelbagai musibah. Hidupnya kini gelap dan MUSNAH. Apa yang membuat masa depannya gelap dan MUSNAH? Kisah pembunuhan atau apa? Ikuti Novel ini.